JUST ME AND ME AGAIN

Wednesday, December 29, 2010

TENGGILING DAN TENAGO BATIN


klik untuk besarkan gambar


     Ekau kona tak kek tenggiling?Bukan batu giling.Batu giling tuk baeh kepalo ekau,kalau tak donga cakap orang tuo2.Tenggiling binatang bersisik yang bilo diusik terus badan eh bergulung macam bola.Dio tak makan orang.Dio makan nanai dongan somut yo.




     La ni tenggiling dah pupus kek kampung den.Ni sumo angkaro pemburu haram yang tamak kerano hargo tenggiling dipasaran golap sekarang neh naik melambung.Kalau dulu den boleh jumpo tengiling kek bolakang umah den,sekarang jangan harap lah.Nak jumpo bangkai tenggiling penyek kono langga kek lori pun susah...Den naik polik lah ngan manusio2 neh.Apo lah bona hasiat yang ado kek tenggiling tu.Dongan baunyo yang hamih,baya duit pun tak sanggup den nak tolan walaupun sesudu sup tenggiling neh...Hasiat2 yang dicanang an tu somo eh pemongak.Kononnyo boleh menambah an tenago batin.Khasnyo tuk orang jantan yang dah tak beberapo nak jantan lae.Ideo bodoh...Dah umo makin tuo.Badan dah bau tanah.Kubo kato mari,rumah kato poi...Mano nak ado tenago lae.Terimo yo lah hakikat tu.Jangan lah menggata nak menanbah an tenago lae.Lobih baik ekau menambah an amal ibadat...Ado yo pek dah eh...

Sunday, December 26, 2010

NEWS N KOMIK



MORAL - JANGAN BERCAKAP SOMBONG.NANTI DIBAHAM IKAN.HA HA HA












Sedekah itu satu amalan yang mulia.Tetapi jangan bersedekah benda yang tidak sepatutnya.

Saturday, December 25, 2010

PARANG MASAK ASAM




     3 hari bercuti di Kuala Sungai Baru,Melaka...Aku dapat melihat bertapa beruntungnya penduduk2 yang tinggal berhampiran dengan pantai.Mereka menjamah nasi setiap hari bersama hidangan ikan segar yang baru ditangkap dari laut.Satu perkara yang tak mungkin dapat aku lihat ditempat aku.Aku sempat meluangkan masa melihat2 nelayan menaikkan hasil tangkapan mereka di jeti nelayan Kuala Sungai Baru.Berbagai2 jenis ikan ada seperti tenggiri,parang,pari,cencaru dan macam2 lagi yang aku dah lupa namanya..Semuanya segar2 belaka dan harganya pun murah2....


     Aku teringat di tempat aku,nak mencari ikan segar dipasar,punyalah susah.Boleh dikatakan kesemua ikan2 yang ada dipasar sudah berhari2 lamanya dan tak menimbulkan selera langsung bila melihatnya.Kebanyakkannya sudah meletup perut dan berbau semacam.Ada jugak yang sudah tertanggal biji mata.Kalau ketam,ada yang sudah tak bertangan dan bersepit.Udang pulak sudah berbau.Berbanding dengan ikan2 yang aku lihat di Kuala Sungai Baru,kesemuanya fresh2 belaka.....


     Bagi yang berminat untuk mencari remis,sejenis kerang yang kulitnya berwarna-warni,boleh mencarinya disepanjang persisiran pantai.Remis cukup enak digoreng pedas.Rasa isinya manis.Tapi untuk memakannya cukup leceh sekali,kerana remis ni terlalu kecil.Isinya pun betul2 untuk buat taik gigi saja.


     Kepada yang kemaruk untuk menikmati ikan segar yang dibakar,boleh mencarinya di jeti ikan bakar Kuala Sungai Baru.Pilih sahaja ikan yang diingini,bakar,makan dan jangan lupa bayar.Kalau korang tak nak bayar,jangan harap lah korang boleh tunjuk muka dekat sana lagi.


     Bagi kaki2 pancing,boleh pergi memancing pada sebelah malamnya.Umpan tiada masaalah.Boleh dibeli disana.Bot juga boleh disewa.Kalau nak memancing di tepi pantai pun boleh.Aku lihat ikan sembilang laut yang banyak dapat dipancing dipersisiran pantai.Kalau nak ikan yang lain,kenalah ketengah laut sikit.


     Aku juga tak melepaskan peluang untuk membeli ikan2 segar sebelum pulang ke N Sembilan.Tidaklah banyak sangat,tapi cukuplah untuk 2,3 keluarga.Ikan2 yang aku beli itu dimasukkan kedalam peti polisterin berair batu untuk menjamin kesegarannya.Nota ini aku tulis selepas aku melantak ikan parang masak asam.Nikmatnya,siapa yang makan je yang tahu.Kalau korang tak percaya,cuba try test sekali...Tapi syaratnya mesti ikan parang yang baru ditangkap dilaut....Pasti korang tersandar dekat pangkal tiang...


     Selamat menghabiskan cuti tahunan kepada yang sedang bercuti.Kepada yang beragama kristian,selamat menyambut Hari Natal.Salam satu Malaysia dari aku.


                              -Assalammualaikum-

AKU DAN KAP CAI



     Adoi...time2 ni la pulak dia nak abis...Selalu ada je...Dalam almari tak ada...Atas gobok pun tak ada..Dekat rak tv...Lagi lah tak ada...Masa darurat ni la dia nak abis...Cuba tengok dalam almari baju jap..mana tahu,kot2 ada lak yang terselit kat situ...Tak ada jugak...Ni yang aku malas sesangat...TV cerita best lak tu.Pilem Hindustan.Ni Sanjay Dut tengah mengamuk kat pekan Mumbai....Rugi kalau aku tak tonton sampai abis.


     Tapi nak buat cam mana.Benda tu dah abis.Aku tak leh duduk diam depan tv.Nak tak nak aku mesti membuat satu keputusan yang bijak.Sunjay Dut dan amukannya kat Mumbai terpaksa aku tinggalkan.Misi khas aku lebih penting.


     Mandi..?Tak payah lah.Nanti terlewat lak.Mana baju aku tadi...Haaa...dapat dah.Seluar,seluar ni je lah...Ok lagi.Sarung tangan jangan lupa pakai.Kasut kulit penting jugak.Untuk keselamatan kaki.Pastikan tali diikat dengan kemas.Helmet fullface pilihan aku untuk melakukan tugas2 seperti ini.Kelengkapan diri semua dah ada.


     Tak boleh gerak terus ni.Enjin motor belum dipanaskan.Tapi sebelum tu,cek minyak itam dulu..Ok ,cukup sipat,memang itam.Hidupkan enjin.Panaskan enjin dalam 10 minit.Sesambil tu periksa lampu utama dan lampu signal.Semua ok.Periksa lak angin tayar.Semua memuaskan....


     Masa yang ditunggu dah tiba.Apa lagi,tekan gear 1,pulas pendikit secukupnya...Fuhhh...macam pelesit..Berdesup,sekejap dah ilang....Masa itu emas.Aku terpaksa menunggang ala2 moto gp untuk menjimatkan masa.Kalau aku menunggang gaya Pak Samah Debet,mahu petang karang baru sampai kedestinasi...


     15 minit perjalanan menggunakan jentera beroda dua dengan kapasiti enjin 69cc,aku rasakan seperti 2 jam...Walaupun pendikit habis dipulas,namun kelajuannya tetap sama...Badan aku pulak yang rasa sesemut....


     Akhirnya aku sampai juga kedestinasi yang dituju.Untuk memberhentikan enjin berkuasa 69cc ini,aku terpaksa melakukan emergensi brake.Tuas brake aku tekan dengan kuat.Tayar belakang berhenti dengan mengejut.Srettttttt....Parking ditempat terbuka.Jangan sesekali tinggalkan helmet dalam bakul motor..Silap haribulan,karang terpaksa pulak beli helmet apollo....


     Melangkah terus kesasaran..Seseorang berbadan gempal sedang menunggu.


Apik-Hai ya...Lu lagi ka...?Apa balang lu mau..
Aku-Pik...tolong aku Pik...
Apik-Lu cakap dulu,nanti wa tolong calik apa balang lu mau...
Aku-Ni,aku nak mee maggi 2 bungkus,telur ayam 2 bijik....aaa..bawang putih 30 sen....Cepat sikit Pik...Dah lapar gile neh...
Apik-Apa raa...Wa ingat apa balang...Nanti sikijap,wa amik kasi lu..Nah...suma 3 linggit....
Aku-Pik....Errrr...macam biasa ha..Tulis buku..
Apik-Adoyai...lingkup wa punya niaga kalau ada 10 olang macam ini hantu........





Friday, December 24, 2010

ANAK2 ANDA BUKAN LEMBU

Hari pertama terima buku teks bagi murid2 tahun 1



Cuti sekolah hampir tamat.Sesi persekolahan baru akan bermula seminggu lagi.Anak2 dah mula sebuk minta itu ini kat mak bapak.Mak bapak pulak sebuk dari siang sampai kemalam cari duit lebih untuk membeli kelengkapan persekolahan anak2.Mana2 yang anak baru sorang dua bersekolah,masih boleh sengih2 lagi.Tapi yang ada anak seramai pasukan ragbi 7 sebelah,dan kesemuanya masih bersekolah,korang paham2 je lah.Aku paham sesangat la....

Budak2 sekolah zaman sekarang beruntung.Apa mintak semua dapat.Bila musim baru persekolahan bermula,semua barang nak yang baru.Baju,seluar,kasut,stokin,beg dan ntah apa2 lagi yang baru2...Botol bekal isi air pun nak yang baru...Yang penting,berani mintak,mesti dapat punya....Bukan macam zaman aku dedulu,dapat.....dapat la jugak...dapat pelempang..

Aku masih ingat lagi,beg sekolah aku dari darjah 1 hingga darjah 6,tak pernah berganti.Kalau bebudak sekarang suruh buat macam tu,aku rasa ada yang guling2 atas tanah tak mahu pergi kesekolah...Bukan nak mengata anak orang...Anak aku sendiri...Dah boleh buat pameran beg sekolah kat belakang rumah nun...Tapi nak salahkan bebudak pun,tak boleh jugak...Bukan diorang sesaja nak mintak beg baru setiap tahun.Setiap kali anak aku nak beg sekolah baru,aku akan cek,beg sekolah lamanya.Apa yang aku dapat lihat,tali beg dah putus sebelah.Roda dah gelong.Macam tayar basikal tak berbering je.Bahagian tepi beg dah terkoyak....Itu antara kerosakkan biasa yang aku lihat tiap2 tahun.Mula2 salahkan anak.Tak pandai nak jaga harta....Tapi bila pikir2 balik tak patut pulak nak salahkan anak seratus-peratus...Mana tidaknya,bila aku lihat jumlah buku teks dan buku latihan yang terpaksa disumbatkan kedalam beg tu dah melebihi muatan sebenar.Tu belum campur alat tulis,pensil warna,kamus dan ntah apa2 lagi....Aku pernah cuba beli beg yang bermutu,namun keputusannya pada hujung tahun tetap sama,kalau tak roda tercabut,tali penyandang terputus...Aku rasa ada satu beg je yang boleh tahan tugas berat macam tu,beg askar....tapi tak larat pulak bebudak nak pikul...terpaksa pulak taruk dalam kereta tolak..

Jadi nak selesaikan masaalah,beli je lah beg yang baru....

Satu aku nak ingat mengingatkan sesama kita,mana2 yang ada anak masih bersekolah tu,rajin2 la jenguk anak kat sekolah.Jangan pagi hantar sampai pagar sekolah,petang jemput kat pagar sekolah...Nak lagi best,hari Q dan penutup sekolah pun tak pernah hadir.Mana2 yang tak pernah buat,cuba buat...dan lihat perubahan prestasi anak pada hujung tahun nanti..pasti ada perubahan.Jangan asyik berleter kat rumah bila anak2 bawak balik report kad bertulis dakwad merah.Jengukan anda itu akan memberi anak2 satu semangat untuk belajar apabila anak2 merasakan pembelajaran mereka dikelas diberi perhatian.

Kepada mereka2 yang tak pernah jejak kesekolah anak2 dan sekadar menghantar sampai kepintu pagar sekolah,sama lah seperti malepaskan lembu kepadang meragut.Kalau rumput banyak,gemuklah lembu tu,kalau tak kuruslah lembu tu.

Jadi ingatlah,anak2 anda bukan lembu.Kepada yang terasa,aku mohon maaf.Aku cuma ingin membuka sedikit minda kita yang tak berapa nak terbuka,termasuk aku sendiri....

Selamat memulakan musim persekolahan yang baru kepada semua anak2 yang masih bersekolah.Laku kan yang terbaik.

-Assalammualaikum-

Thursday, December 23, 2010

jalan-jalan cari penyakit




Korang pernah tak terkene dengan situasi macam ni?Rasa2 korang boleh angin satu badan tak?Aku rasa korang pasti angin punya...Paling tidak pun perut korang yang masuk angin....Yang atas ni aku tak tau le pernah terjadi ke tidak.Yang belah bawah tu,aku rasa ramai yang terkena.Tapi tak lah sampai arwah kat gerai makan tu..Abis kuat pun korang angkat kaki sambil menyumpah seranah serangkap dua....Aku pun pernah terkene..Itu biasa.Pelayan gerai makan ni pun bukan betul sangat.Tambah pulak yang mata stim ala2 lalok ubat batuk...18 kali dia lalu lalang depan kita,sepatah haram tak ditanyanya nak makan apa..Rasa diri ni macam tak cukup hiasan je bila orang kiri-kanan yang sedang melantak sup tunjang ngan nasi ayam jeling2 sesambil sengih2 dengan member dia...siol..
Setelah sekian lama menunggu,baru lah si pelayan stim datang tanya kita nak makan apa.Kalau ikutkan hati yang panas,mahu je kita bagi dia makan penangan dulu sebelum kita order makanan.Lepas order,kena tunggu lagi.Belum pernah aku jumpa gerai makan,order je,makanan datang melayang cam kat atas tu.Kalau ada cam tu,aku nasehatkan,baik korang blah...Ada yang tak kena ngan kedai tu..
Tunggu punya tunggu,lastnya makanan pun sampai.Nasi ayam ada,nasi goreng cina ada,tom yam ada,sup tulang ada...Apa lagi,perut pun dah angin,bedal ajelah apa yang ada didepan mata..Tengah sedap2 makan tetiba kepala tegak,mata buntang pejam celik,halkum turun naik macam itik angsa telan sagu...Adoi... tercekik pulak pasal makan gelojoh sangat.Nak capai air minum,alamak....air minum tak sampai lagi...sudah...nasib baik ada kuah sup..hirup ajelah daripada mati tercekik kat gerai makan tu....
Ni satu aku nak peringat kat pengusaha2,tokey2 dan pelayan2 gerai2 makan yang ada kat tanah air kita ni,tolong le tunjukkan muka yang manis dan kata2 yang baik walaupun korang dalam mod yang tak baik,letih dan sebagainya ketika berurusan dengan pelanggan.Dan kalau tak boleh jugak nak buat benda yang mudah tu,aku cadangkan korang tutuplah gerai makan tu dan bukak bengkel besi atau pun kedai besi buruk.Aku rasa kedai macam tu lagi sesuai untuk muka2 masam yang tak pandai nak ambil hati pelanggan....
Akhir kata terima kasih kat gerai makan yang satu ni,sebab aku dapat ilham lukis kartun ni masa makan kat gerai dia...Assalammualaikum













                                                                                                                                                                                                

























Sunday, December 12, 2010

RAJA LELONG

Lelong,lelong gak...tu ade orang amik gambar...senyum..senyum



RL-Rapat,rapat...abang,abang...kakak,kakak...kalau tak rapat,tak dapat...kalau tak dapat nanti kempunan......yaaaa mari,mari...jangan takut jangan ragu,lagi rapat lagi baik...saya tak makan orang.....hahahaaa...yaaaa mari....


Sentil-Moh kite tinjau,ape yang dijualnya...


Sunut-Jom lah,bunyi macam bagus jew...


Cengggggggg........


RL-Yaaaaa...hari ini abang2,kakak2 sangat bertuah...hahaha nak tahu kenapa...?


Cengggggggg......


Sentil-Cehh...jual barang lelong...blah la Sunut...


Sunut-Alaaa...tunggu la kejap...kot2 ade barang baik die lelong....


RL-Kenapa saya kata bertuah.....


Cengggggggg....


RL-Haaaa...kerana hari ini hari jadi saya....Maka saya akan bagi harga lelong istimewa untuk abang2 dan kakak2....


Cenggggggg...


Sentil-Pembohong besar...pasar malam kelmarin pun dia kata hari jadinya pada hari tu....Ni apa barang ni...ceh...setakat jam loceng ngan radio tiruan buatan cina neh,baik tak yah...


Sunut-Eh tu apa tu...wah...ada pengering rambut lah...kita tunggu dia lelong nak..?


Sentil-Adoi....ada jugak yang ngko bekenan Sunut....


Sunut-Rilek la beb....kejap jew tu...


Cenggggggggg....


RL-Abang2,kakak2...jangan panggil saya raja lelong...kalau barang yang saya lelong tak dapat dilelong....hahahaa.......jadi rapat2 lagi....


Cengggggggg.....


Abdul Sudip-Aku,suka2 tengok jugak...beli ,lain tahun bole cerita.Aku duit jugak kumpul,negri balik...


Kadir Bedi-Oooo...itu macam ka baiya..sama la aku...duit jugak kumpul...lain minggu wayang jugak mahu tengok sama adik manis...hahahaaa..


Abdul Sudip-Apa gambar ada tayang..?


Kadir Bedi-Itu hantu jugak cerita..apa dia punya tajuk...kangkung ka..cangkung ka..itu macam bunyi la baiya.


Abdul Sudip-Lain cerita tada ka..?romen2 ka...love2 ka...?Hantu jugak mahu tengok..?


Kadir Bedi-Hahahaa...itu pun tada tahu ka..?Itu suma aku punya taktik la baiya..Cerita hantu kasi tengok,ada seram jugak,bila itu adik manis ada takut,dia aku juga kasi pelok...bodoh la baiya..itu pun tada tahu...


Cenggggggggg....


RL-Jangan malu jangan segan..rapat,rapat,rapat...ini untuk yang mula2...Saya bukak meja..ini lelongan yang pertama...1 radio mini +1 jam loceng...tapi jangan takut,saya tambah lagi 1 barang..yaa..ini dia,betri lampu 4 bijik..Abang2,kakak2...saya bukak harga lelong pagi ini...3 barang 20 ringgit...


Cengggggggg....


RL-20 ringgit....cepat,cepat...20 ringgit...mari abang mari kakak....


Sentil-Cehhh...Apa kelas  3 barang bodoh tu 20 ringgit..?Aku boleh dapat kat kedai 2 hengget,3 barang tu rm 6 jew....


Sunut-Kecoh la ngko Sentil...kita tengok le dulu ek...?


Sentil-Adoiii...letih berjalan ngan pompuan neh....


Cengggggggg....


RL-Yaa...rapat,cepat,3 barang 20 ringgit...Rasa mahal..?Kurang duit..?Yaa...saya kasi kurang 5 ringgit...Cepat2 abang2,kakak,3 barang 15 ringgit...Tak cukup lagi...saya tambah ini pen.Ini pen ada lighter...yaaa...kini 4 barang 15 ringgit...


Cengggggggg.....


Supir-Apa-apaan neh...barang kokak...kalo di Bandung baru 1000 rupiah...Kenapa mahal bangat neh....


Benjamin-Ia kek...mahal bangat neh...tukang lelong neh kaki sembelihan kok...?


Cengggggggg....


RL-Abang2,kakak,masih rasa mahal..?Masih tak mahu..?Ya,saya tambah lagi 2 barang...2 barang...bukan 1...tapi 2 barang....Saya tambah ini gam tikus sama lampu suluh...Abang2,kakak,jangan terkejut...bukan 3,bukan 4...tapi 6 barang 15 ringgit...cepat2...siapa cepat dia dapat...


Cengggggggg....


Samad Debet-Bang...aku nak bang...boleh kurang sikit lagi tak...?


RL-Hahaha...abang punya pasal,abang pembeli pertama...saya kasi kurang lagi 5 ringgit...ini dia bang,6 barang 10 ringgit....Jangan pikir lagi bang...bayar saja bawak pulang....hahahaa...


Cengggggggg....


RL-Yaa..lelongan pertama telah habis...saya bukak lelongan kedua...Yaa...ini dia,1 walkman,1 set pemutar skru,1 kotak betri AA,1 set pisau cukur....Ini dia,abang2,kakak2,..saya bukak harga lelong,20 ringgit 4 barang....cepat,cepat...siapa cepat dia dapat...hahahaaa...


Sentil-Adoi...ni ponamo barang yang dia lelong neh..?


Sunut-Lelong pasar tani, ni le barangnya...


Sentil-Ceh..aku ingat ada la lelong motosikal ke,kereta ke,motobot ke....Apa kelas lelong cam neh...


Sunut-Oiii Sentil..Nak beli motosikal lelong ke,kereta kebal lelong ke...cari kat JPJ...ni pasar tani...bodoh..bengap..


Tammmmmmm...bedentummmmm...


Teng Tong-Haiyaa..ujan tulun la...lali..lali..


RL-Adoi...hujan la pulak...abis la lelong aku...kalau tiap2 ari cam ni mahu aku pulak yang kena lelong...


Tammmmmmmmmm....




RL-Baik aku bungkus cepat..sebelum aku pulak yang kena bungkus ngan kain kapan..Jangan main2 petir cam ni...silap2 boleh rentung.....Apa nak buat,baru 1 kepala aku sembelih,dah kena hukuman lak....Cabuttttttt....

BACANG PERKASA



     Nama aku Bacang.Bukan Badang ataupun Balang..Badang hidup pada zaman dahulu kala.Manakala aku hidup pada zaman sain dan teknologi baru nak berkembang.Badang menjadi perkasa kerana memakan muntah hantu sungai.Aku pun perkasa jugak.Tetapi aku tidak menjadi perkasa dengan memakan muntah hantu sungai.Aku rasa kalau aku memakan muntah hantu sungai,dah lama aku dimasukan ke wad 7,Hospital Seremban akibat mengidap taun.Tak pun aku dihantar beramai2 ke tanah merah batu dua.


     Bukan sehari dua aku berlatih dengan latihan yang keras untuk mendapatkan badan yang berketul2 sebegini.Bukan 2,3 bulan.Tetapi puluhan tahun.Bermula dari aku kecil lagi aku telah melakukan kerja2 keras seperti memikul kekabu,menangkap ikan diparit dan tali air,menjemur koko dipadang dan lain2 lagi....Apabila meningkat remaja,aku bekerja pula di kilang batu bata,membantu ayah dibendang,mengambil upah menarik kereta rosak dan bermacam2 kerja keras lagi.


     Berbekalkan kerja keras selama bertahun2 akhirnya aku mendapat badan yang aku idam2kan selama ini.Dikampung aku menjadi idaman bakal2 mak mertua.Dengan badan aku yang berketul2 dan sifat kerajinan aku yang luar biasa,membuatkan bakal2 mak mertua tak kering air liur bercerita dan mengumpat pasal aku.Bagi mereka kalau dapat bermenantukan aku,umpama bulan jatuh keriba.Umpama mendapat jarum emas.Kecil tapak tangan,tikar mengkuang mereka tadahkan....


     Namun itu semua hanya dimata dan dimulut bakal2 mak mertua sahaja.Sedangkan dimata anak2 dara kampung,aku tidak lebih dari seorang badut sarkas yang ketinggalan bas.Aku langsung tidak dipandang,walaupun sebelah mata.Bagi mereka aku hanya layak berdiri didepan istana sambil memegang tombak.


     Aku keliru.Mengapa ini terjadi...?Apakah aku tidak cukup sempurna lagi...?Apakah aku tidak kacak...?Apakah aku tidak hensem..?Aku rasa semuanya aku miliki.Sehinggalah.....


     ....Pada suatu malam aku bermimpi,aku menghadiri kursus nikah dipekan Jelondong.Bermacam2 soalan ditanyakan oleh pegawai agama,namun satu pun tidak dapat aku menjawabnya.Aku menangis.Aku meraung....sehingga aku tersedar dari tidur.Aku termenung sambil menggaru2 kepala aku yang dah memang gatal.Peluh dingin mengalir didahi.Ku biarkan meleleh.Otak kanan ku ligat berputar mengimbas kembali mimpi sebentar tadi.


     Kini baru aku faham,kenapa aku hanya layak menjadi badut sarkas dan pengawal istana.....Aku jahil...Aku jahil...!Aku fikir,dengan badan aku yang berketul2 ni,aku sudah sempurna segala2nya.Namun aku tersilap.Aku dah bazir 30 tahun semata2 untuk memperkasakan diri....Namun hakikatnya aku lemah......


     Dua hari selepas itu Bacang tidak kelihatan lagi dikampung Kuala Pah...Tidak seorang pun tahu kemana Bacang menghilang.Ada yang mengatakan Bacang pergi keKuala Lumpur untuk menjadi model baju mandi.Ada yang mengatakan Bacang memasuki acara bena badan didalam sukan komanwel.Ada juga kabar angin mengatakan Bacang mati lemas ditasik semasa menangkap itik.Badannya yang berketul menyebabkan mayatnya tengelam didasar tasik.Namun semua itu hanyalah andaian semata.....Bacang telah hilang entah kemana membawa seribu kekecewaan....sehinggalah pada satu hari ada kabar angin mengatakan Bacang dilihat diKelantan........



BOLA WAKA KAH KAH KAH

Pasukan bolasepak kampung den sekali lagi membuat kejutan pada perlawanan pra musim sejuk semalam.Dalam keadaan cuaca yang tak menentu,kami tetap meneruskan perlawanan hingga tiada kesudahan apabila pengadil dari Senegal memberhentikan perlawanan pada minit ke 75,apabila padang ditengelami air sehingga ke paras pinggang.Ditambah pula dengan petir dan halilintar berdendum pada skala 6.3 mb/s.
Namun keputusan perlawanan tetap diambil kira,walaupun perlawanan diberhentikan kerana cuaca buruk.Dalam perlawanan itu pasukan kami telah memboloskan gawang sendiri sebanyak 7 gol.Manakala pasukan lawan pula telah membolosi gawang gol kami sebanyak 10 gol.Jadi kesemuanya berjumlah 17 gol telah kami berikan kepada pasukan lawan....Berdasarkan keputusan jaringan yang diambil kire sebelum perlawanan dihentikan,jelas pengadil dari Senegal telah membuat keputusan yang tepat apabila beliau memenangkan pasukan lawan dengan 17 gol berbalas 0....Kami sedikit pun tidak berkecil hati,walaupun penyerang2 kami gagal menjaringkan gol...Sebaliknya kami betul2 berbangga apabila pemain pertahanan kami pula yang berjaya menjaringkan gol sendiri sebanyak 7 gol...
Sementara itu pasukan lawan yang berpesta gol,telah memberhentikan pesta mereka serta-merta apabila menyedari,kenderaan yang membawa pasukan mereka telah dihanyutkan oleh arus deras.Keadaan riang gembira bertukar gundah gulana apabila didapati tiada satu pun kenderaan mereka yang terselamat.Laporan polis telah dibuat.Pada sidang akhbar,mereka melaporkan sebanyak 4 buah bmx,7 basikal tua dan 5 beca roda 3 telah dihanyutkan air.Lebih memilukan kesemua kenderaan mereka tidak dilindungi insuran....Ha ha haaaa...Padan muke..

Wednesday, December 8, 2010

DIALOG RIMBA

hi hi hi....
Ngek-Bagi la aku pulak....Asyik ngko jew dari semalam...


Otai-Sabo le...Tak nampak ko aku tengah download neh...


Ngek-Ngko ingek,ngko sorang jew nak download...aku pun nak ugak..


Ngok-Ntah...Udah2 lew tu...Aku pun ade syer jugak..


Otai-Itu aku tahu,tapi syer ngko sikit,dalam 1.3 peratus jew...


Ngek-Abis....Syer ngko berape...?Banyak sangat ko,sampai ngko boleh gune berjam2 lamanye...


Otai-Campur amik latop kat pekan,upah rakit,sewa generator,beli berukband...adalah dalam 85 peratus saham aku....


Cempaka-Betul tu,abang Otai punya saham yang terbanyak.Jadi dia boleh gune lama2....Kan Kuntum,kan....?


Kuntum-A ahhh...Lagi pun ngkorang bukan tahu pun gune bende tu...


Otai-Ha ha ha...Tahu pun...Adoiii...line pulak putus..siol betul...


Ngek-Ape yang ngko download tu,Otai...?


Otai-Ni...Aku tengah download gambar Kanggaru...Lepas print karang,aku nak tampal kat bilik aku...


Ngok-Macam mana rupe Kanggaru tu,Otai..?


Otai-Warna kulit die same macam ngko..Cume beza die bawak beg kat pinggang...ngko lak beg sangkut kat kepala...


Anjing-Gongg...gonggggg...gongggggg...


Tulip-Isssss....Diam lah Jonny...Memekak jew kat sini...Pergi tangkap ular....Ade gak pekdahnye...


Baby boy-Ayuh,Jonny...Mari kite blah....duk lelame kat sini pun bukan boleh tengok Dragon Ball on line...Orang tua tu asyik dengan wallpaper binatang,dari semalam...tah bile nak melingkup....


Anjing-Gongggg......Gonggggg...


Tulip-Hantu punye anjing....Aku kate diammm...Nah amik ngko kayu api sedas....(gedebik....)


Anjing-Kaingggg....kainggggg...(terus lari bawah jambatan)


Tulip-Ha ha haaaaa....Padan muke ngko anjing....Kan dah,tak pasal2 jual kain.....


Kuntum-Ape lah ngko ni tulip...Sian anjing tu...


Tulip-Kalo ngko kesian,ngko jage bebaik...kang kalo aku jumpe lagi sekali,sahih aku buat serunding....he heeee..


Otai-Hoiii...ngkorang leh diam tak....?Sakit pundi kencing aku dibuat ngkorang cam ni...


Busu-Otai,ngko cube bukak pes buk aku jap...Aku nak cek tengok,awek yang aku add semalam dah accept ke belum...


Otai-Bolehhhh...No hal...Neh aku bukak...Hahahaaaa..ni profil picture ngko kenape pakai cawat harimau kumbang..?Labu zakar ngko mane..?


Busu-Aku basuh mase tu...Tak sempat kering...hahahahaaa..Alamak..Awek tu tak accept lagi le....


Cempaka-Padan muke....Ade ati nak menggatal....


Busu-Aku nak buat adik angkat jew...tak lebih dari tu...


Kelopak-Abang Busu bohong kak...Ari tu kan,die cube ngorat kelopak mase akak pergi pasar karat...Die pujuk Kelopak jadi bini no 7 die....


Cempaka-Ape....Oooo...ade ati nak nambah lagi satu...Nah....
(gedebik)Mane nak lari...aku sumpit kang.....


Busu-Adoiiii...Tolongggggg....(lari2 anak sesambil memegang pinggang yang baru dikerate kek Cempaka)


Ngok-Tu pasal la aku tak mau kawin cepat...


Ngek-Aku pun....


Ngok-Eh...ngko pe sal...Sampuk cakap aku...


Ngek-Suke ati aku la....Mulut aku...Bukan mulut ngko...


Ngok-Eeeeee...melawan pulak...


Otai-Adoiiii....ape lagi ni...Nak bergadoh pergi kat sawah nun...Tombak ngan belitung ade kat bilik aku...amik sorang satu...Orang nak berpes buk pun tak senang....


Sepetir-Bang Otai,download satu lagu untuk aku boleh tak...?


Otai-Lagu ape..?


Sepetir-Lagu,tiada lagi kidung mu,dendangan kumpulan Lefthanded..


Otai-Amboi...Sepetir...rock jugak kamu ye...


Sepetir-Rock jiwang tu bang....he he hee...


Semangkuk-Bang Otai,ruangan memasak ade tak..?


Otai-Adaaa....Bagi abang search kejap....haaaa...dapat 
dah...www.masak.com...Hidangan hari ni,kambing memasak kari,lobster masak kicap n ayam belacan...ngko salin resipi ni Semangkuk....


     Beberapa minit kemudian....


Baby girl-Abah!Apa yang berasap tuuu...
Otai-Mane....?
Ngok-Tuuu...kat celah kangkang ngko tu....
Ngek-Lariiii.....Lap top nak melatup.....


     Semua yang ade kat situ bukak langkah seribu,kecuali Otai..


Otai-Ha ha haaa....Bodoh...Oiiii  yang ngkorang semua lari po hal..?Bukan lap top yang berasap....Ni..kentut aku berasap....Ha ha haaa...Pagi tadi aku makan ubi rebus n pisang salai banyak sangat....tu yang kentut berasap..... Ha ha haaaaaaa...



Bukan Kerana Kuih Ciki



       Sudah hampir 2 bulan abah meninggalkan kami.Pergi yang takkan kembali lagi.
     Seperti biasa,tengahhari tadi selepas balik dari kerja,aku melawati pusara abah.Aku bersihkan mana2 yang patut.Rumput2 kecil yang mula tumbuh,aku cabut.Mana2 bahagian tanah yang terhakis,aku kemaskan kembali dengan cangkul.Dua,tiga hari ni hujan begitu lebat.Jadi,banyak juga bahagian yang terhakis.Berpeluh jugak aku dibuatnya.Mana taknya,matahari tegak diatas kepala.
     Setelah agak yakin dan sempurna pada pandangan mata aku,aku kemaskan peralatan.Cangkul dan skop,aku masukkan semula kedalam stor surau.Kemudian aku bersihkan tangan dan kaki.Air yang aku bawa,aku teguk sehingga habis.Haus betul rasanya...Itu baru didunia...
     Aku kembali semula kepusara abah.Aku duduk didepan pusara.Lalu aku sedekahkan Fathihah dan doa untuk abah dan semua arwah2 yang bersemadi disitu.....Amin..Setelah bertafakur seketika,aku meninggalkan pusara abah.


     Petangnya,setelah menunaikan solat asar,aku termenung seketika dimeja makan.Mata aku terpandang sebungkus kuih yang aku beli semasa pulang dari melawat pusara abah tengahari tadi.Aku belek2 bungkusan kuih itu.....Maseh belum dibuka pembungkusnya.
     Tanpa aku sedari,air mata aku jatuh satu persatu...Hati aku tiba2 terasa begitu sebak sekali.Aku kesat air mata yang jatuh...Aku pandang semula pada bungkusan kuih itu...kuih ciki....Aku tak pasti samaada itu nama yang sebenarnya.Tapi itulah yang tertulis pada pembungkusnya.
     Ingatan aku tiba2 melayang kembali semasa zaman kanak2 dahulu.Semasa kecil dahulu aku panggil kuih sabun,sebab bila dihancurkan rupanya saling tak ubah seperti serbuk pencuci fab....Ia dibuat daripada tepung pulut.Berbentuk segi empat panjang,berasa manis dan sedikit kasar.Dibalut dengan kertas berwarna merah jambu dan ia dijual didalam paket yang mengandungi 10 keping.
     Masih segar dalam ingatan aku,30 tahun yang lalu,Setiap kali abah menjual sekerap,dia pasti akan membeli kuih ciki untuk aku dan adik.Biasanya aku yang menghabiskan,kerana adik aku tak suka.Aku tersenyum pahit...Air mata ku biarkan mengalir...Bukan kerana kuih ciki aku menangis....Tetapi ingatan kepada arwah abah yang membuatkan aku mengalirkan air mata buat pertama kalinya,setelah hampir 2 bulan abah pergi mengadap tuhan yang maha esa.....


     Al-fathihah untuk arwah abah dan arwah2 yang telah dahulu pergi,semoga ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman....
                                           
                                           -Amin-


     
    

Saturday, December 4, 2010

Hello...hello...


     Anda pernah menggunakan talipon rumah?Bosan dengan pemanggil yg tak dikenali?Anda tahu cara menjawab yang betul agar sipemanggil tidak membuat panggilan yang kedua?Meh sini aku tolong tunjukkan..


Pemanggil-Hello,siapa disana..?
Korang-Kalau tak tau siapa kat sini,buat apa ko tepon...?Baik ko tepon orang yang ko kenal.....


Pemanggil-Hello,boleh tanya tak..?
Korang-Maaf,ini bukan tempat bertanya...sila ke kaunter sebelah ya...


Pemanggil-Hello,dik,ayah ada tak...?
Korang-Kalau dia ada aku tak yah nak jawab panggilan neh..Lain kali tunggu ayah aku ada baru tepon..


Pemanggil-Hello,buat apa tu..?
Korang-Aku tengah menyelam kat dasar lautan ha..Ko waras ke tidak ni...?


Pemanggil-Hello,boleh tolong panggilkan ayah..?
Korang-Panggil sendiri...aku nak kejamban neh...perut sakit...


Pemanggil-Hello,betul ke ini no 064944544..?
Korang-Jelas sekali no tu tak betul...Kalau betul ko tak yah tanya lagi dah......


Pemanggil-Hello,bapak ada rumah tak..?
Korang-Memang bapak saya ada rumah...tapi,semuanya dah abis disewakan...ko carik rumah lain le...


Pemanggil-Hallo,ada olang ka..?
Korang-Abis,aku ni apa..?Antu,pontianak,sundel bolong,zombi kg pisang...congkak....?Bodoh punya olang.....


Pemanggil-Hello,Ramli Bobet ke tu..?
Korang-Bukan,dia tengah tengok tv tu ha....Tapi dia pesan,kalau sesapa tepon,cakap dia dah kuar...Ko nak pecaya ke tidak,ko punya pasal..aku tolong sampaikan pesan dia je...pe pehal..esok ko tepon balik...itu pun kalo ko tak amik ati le ngan dia....


Pemanggil-Hello,Tambi,papa ada rumah ka..?
Korang-Maaf,saya bukan Tambi...Tambi tiada kena-mengena dengan saya...Tolong tepon jiran sebelah saya,En Ravi...Mungkin anak dia bernama Tambi.......


Pemanggil-Hello pak,bisa cakap sama Pak Om..?
Korang-Maaf,saya tak ada anak yang bercakap macam awak ni,dan kalau bapak saya terkena bisa,pandailah saya hantar dia pergi klinik....


Pemanggil-Hello...Kakak ada ka..?Saya utang jugak mahu tanya...
Korang-Senjak bila pulak ko pandai mengaku adik-beradik ngan aku bila nak kutip utang neh...?Dan setahu aku,aku sorang je adik kakak aku...Ko jangan nak buat hal...Kang aku repot kang...


Pemanggil-Hello,Ramli ke tu...?
Korang-Assalammualaikum..Apa salahnya ko mulakan dengan salam...Sejuk sikit ati aku yang panas neh.Lain kali kalo ko tepon tak bagi salam,Aku suruh nyonya depan rumah jawabkan...Paham..?Masih tak paham...?Baik ko berambus sekarang,sebelum aku belangkung ko ngan tepon neh......


     Just for joke....korang jangan buat pulak...Salam dari aku.
                               - Assalammualaikum-