JUST ME AND ME AGAIN

Saturday, October 2, 2010

RAYA LAH PULAK


Apa yang korang tahu tentang RAYA.Apa yang korang cuba bayangkan bila dengar perkataan raya disebut.Raya apa yang korang tahu.Bila korang boleh jumpa raya.Siapa disebalik raya.Ada tak orang nama raya.Kalau tak tau.meh sini pak cik nak cerita sikit pasal raya meraya ni.....

Hari raya-Sebenarnya tidak pernah wujud hari yang beraya.Sebaliknya manusia macam aku dan korang lah yang sibuk kehulu,kehilir berhari raya,walaupun ada sesetengahnya tak pernah puasa penoh....Trend sekarang,hari raya adalah hari untuk mereka2 yang duduk jauh nun balik kampung untuk tunjuk kereta baru kat orang kampung.Aku heran gak,macamana mereka ni mencari duit,macamana mereka ni berbelanja,berapa gaji mereka...?Aku yang duduk kat kampung,dah sepuluh tahun pakai kereta yang sama.Mereka pulak,setiap kali balik beraya,pasti bertukar kereta.Ah,lantak korang lah.Yang penting korang tak mintak duit kat aku untuk bayar ansuran bulanan yang dah 3 bulan tertunggak.

Hantu raya-Spesis asal hantu raya ni tak pernah pun berhari raya.Tak paham apa itu hari raya.Tak tahu bila hari raya.Dan tak akan menyambut hari raya hingga kiamat nanti.Namun klon2 baru hantu raya ni,banyak terdapat sekarang.Klon baru hantu raya ni tak bertenggek atas pokok,tapi bersila bawah pokok.Bawah jambatan.Atas jejantas.Juga dalam belukar.Klon baru hantu raya ni tak pernah memilih mangsa.Mereka membalun dan membaham apa sahaja.Mereka keluar tak kira waktu.Hantu raya keluar bekerja sebelah malam 12 jam sahaja.Klon hantu raya ni keluar 24 jam.Apa nama klon baru hantu raya ni?Ntah,aku panggil hantu raya je....Tak de beza,rambut pun sama...

Jalan raya-Semua orang tahu apa itu jalan raya.Kalau ada yang tak tahu,mungkin dia baru berusia setahun.Jalan raya banyak manfaatnya pada pengguna.Kalau tiada jalan raya,kita mungkin terpaksa meredah semak untuk ke Kuala Lumpur.Bila tiada jalan raya,maka tiadalah perniagaan,tiadalah pembangunan,tiadalah kemajuan dan tiadalah istilah jalan raya.Korang pikir,berapa banyak kota2 purba yang masyur suatu masa dahulu,akhirnya berkubur.Puncanya,mereka tiada jalan raya macam sekarang.Bila tiada jalan raya,segalanya terputus.Contohnya,mungkin satu hari mereka terputus bekalan beras selama 10 hari.Padi yang ditanam tak menjadi akibat kemarau.Beras simpanan dah habis diguna.Nak beli di kota lain,tiada jalan raya.Nak gunakan laluan air,kota mereka diatas bukit.Jadi,kesudahannya mereka pakat ramai2 mati kering dalam kota tu dan sehingga sekarang ahli sejarah masih bingung memikirkan kenapa kota yang masyur itu ditinggalkan begitu sahaja.Kita yang tinggal di Genting Highland pun rasanya akan mati kering kalau tiada jalan raya......Namun yang pasti pada abad ini jalan raya adalah kubur2 sementara untuk pengguna2 yang balik untuk berhari raya dengan kereta raya bila tiba hari raya.....

Balai raya-Namanya boleh diterima pakai juga lah.walaupun pada kebiasaannya balai raya digunakan untuk bermesyuarat,taklimat Peladang,sukaneka dan sebagainya,namun sesekali digunakan juga untuk jamuan hari raya.Kuih yang sinonim dengan balai raya ialah kuih karipap dan mee hun goreng tak bersayur.Kalau korang tak percaya,korang cuba2lah bertandang ke balai raya bila ada sesuatu program dan aktiviti.Dan korang akan dikira bernasib baik andainya menu pada hari tu mee kari dan laksa.....

Bunga raya-Siapa yang tak kenal bunga raya?Aku rasa mat2 Banggla kerja kontrek tu pun kenal bunga raya.Nak aku terangkan lagi pasal bunga raya?Tak payah lah.Mod raya aku dah kendur,otak aku pun dah beku ni.Cair nanti esok ke lusa,aku sambung balik.

Jadi pada korang yang masih dalam mod raya,pergilah beraya.Gunakan jalan raya.Jangan jadi hantu raya.Singgah kat balai raya kalau ada jamuan raya......bye..

BIKEZZZZ

BIKEZZZ



Aku paling suka lawak kartun stail 80 an.Macam kat atas tu lah.Cerita tempat lain watak tempat lain.Penamatnya,temukan dua2.Korang macam mana?La ni,kartun sekarang banyak terikut2 jalan cerita komik dari Jepun dan Hong Kong.Seperti komik berbentuk Manga yg banyak terdapat di sana.Jenis tu bukan kegemaran aku.La ni aku tengah nunggu,bila la dapat nengok A Mamud ngan skuter buruknya kuar dalam komik semula.Atau impian aku sekadar hayalan.