Thursday, January 27, 2011
GAGAK HITAM
"Hitam-hitam sitampuk manggis,sungguhpun hitam dipandang manis."Bukan semua yang berwarna hitam itu dipandang manis.Malahan ada hitam yang sangat2 dibenci.Setiap kali kehadirannya tidak disenangi.Kelakuannya dihina dan dikeji.Gagak,engkau bukan merak untuk dipuji.Engkau bukan merbuk bersuara merdu.Engkau tetap engkau,si gagak hitam.
Apa yang menyebabkan gagak begitu dibenci?Adakah kerana warnanya yang hitam?Adakah kerana suaranya mengganggu kedamaian?Adakah kerana perangainya yang sukakan kekotoran?Adakah kerana gagak mencemarkan imej bandar kita?Aku tak nafikan,perangainya yang sukakan kekotoran adalah antara faktor utama kenapa kita begitu membenci sigagak.Tetapi pernahkah kita berfikir sejenak kenapa gagak sukakan kekotoran?Kenapa kita begitu mudah menghukum sigagak dan seterusnya menjadi mangsa keadaan?
Baru2 ini aku terbaca tentang satu lapuran mengatakan,operasi menembak burung gagak telah dijalankan disebuah taman diibu kota.Hampir 100 ekor gagak berjaya ditembak mati.Kenapa diibu kota?Kenapa bukan dikampung2 terpencil?Apakah gagak hanya berminat untuk tinggal diibu kota?Kalau benar gagak berminat tinggal diibu kota,apakah yang mendorongnya?Adakah kerana ibu kota satu kawasan yang moden?Adakah kerana ibu kota ada segala2nya?Entah lah..
Namun ada satu sebab yang aku pasti sangat.Semuanya gara2 segelintir manusia(bukan semua) yang lebih afdal kalau aku panggil melaun sahaja.Melaun ini kalau kita perhatikan betul2,perangainya tak ubah seperti gagak.Dan tidak mustahil,kalau aku katakan melaun2 inilah yang telah mengundang gagak2 untuk kekawasan mereka.Kenapa aku berkata begitu?Siapakah melaun2 ini?
Mereka adalah segelintir manusia yang kurang kesedaran sivik.Mungkin kerana2 melaun ini tak belajar pelajaran sivik masa disekolah dahulu.Melaun2 ini telah membuang sampah-sarap sesuka hati mereka.Aku pernah melihat melaun2 ini membuang seplastik beg penuh sampah dari atas motosikal yang sedang bergerak.Dan beg plastik penuh sampah itu pula tidak masuk kedalam tong sampah besar yang disediakan.Jatuh berderai disebelah tong sampah.Melaun terus cabut tanpa ada perasaan bersalah.Kemudian lalu sekumpulan manusia melintasi kawasan tong sampah besar itu.Apa yang mereka buat?Mereka hanya menyumpah seranah melaun yang empunya kerja membuang sampah diluar tong sampah sambil menutup hidung.Hanya itu yang mereka mampu buat kerana mereka tak mampu untuk mengumpul dan memasukkan semula plastik sampah yang telah berderai itu kedalam tong sampah besar.Beberapa minit kemudian,datang pula sekumpulan burung gagak.Burung gagak tidak menutup hidung.Burung gagak hanya tersenyum kerana disitu ada sampah-sarap buangan manusia yang mengandungi sisa2 makanan.Disebabkan tiada tangan,burung gagak terpaksa menyelongkar mengikut cara mereka.Maka berteraburlah segala harta benda yang terdapat didalam plastik sampah pecah itu.
Aku perhatikan juga tong sampah yang disediakan oleh pehak berkuasa tempatan tidak mempunyai penutup.Tak tahulah aku sama ada penutupnya telah hilang atau pun telah rosak.Kalau memang tiada penutup,aku sarankan agar selepas ini tong2 sampah besar yang akan dibekalkan ke ditaman2 perumahan harus mempunyai penutup.
Jadi siapakah yang bersalah.Siapakah yang menyebabkan burung gagak hadir disitu?Siapakah yang menyebabkan kawasan taman perumahan kita menjadi kotor?Siapa?Burung gagak?Bukan.Semua ini disebabkan oleh melaun2 yang tak berotak dan tak pernah belajar sivik masa disekolah dahulu.Melaun2 ini membuang sampah sesuka hati mereka.Sepatutnya melaun2 ini yang patut ditembak.......Bukan burung gagak.
Aku bukan membela burung gagak.Aku juga bukan ingin memenangkan burung gagak,aku hanya memberi sedikit pandangan agar kita tidak lagi menyalahkan burung gagak 100 peratus.Hari ini kita berlumba2 menembak dan membunuh burung gagak.Dan tak mustahil suatu hari nanti burung gagak akan pupus didunia ini.Waktu itu barulah kita sibuk kesana kemari,duk fikir siang malam macam mana nak tambah bilangan burung gagak yang masih ada.
Kenapa kita tidak mahu berfikir sedikit kenapa tuhan ciptakan burung gagak didunia ini.Apakah sekadar untuk membuat kekotoran?Apakah sekadar untuk dibenci dan dikeji?Atau untuk menyedarkan kita agar sentiasa menjaga kebersihan?Korang fikir sendiri.aku dah malas nak menulis.Berfikirlah diluar tempurung.
Label:
IKTIBAR
Subscribe to:
Posts (Atom)