Saturday, September 18, 2010

PETAI OH POTAI

     Musim petai dah tak menentu.Kejap ada kejap tiada,kejap banyak kejap sedikit.Apa2 pun kita masih boleh membeli petai dan sekali gus membusukkan lagi bilik air walaupun harganya sedikit mahal.Nak buat macam mana,bukan senang nak mengambil buah petai dari pokoknya.Bagi pencari2 petai,mereka terpaksa meredah hutan,semak belukar,gaung,denai,lopak untuk sampai ke pokok petai.Kalau ada jalan balak,ok lah jugak.Yang tiada tu,harung je lah.Dah sampai ke pokok petai,satu hal lagi,belum tentu pokok petai tu berbuah.Kalau nasib tak baik,buahnya pulak dah di tibai dek kaum semalam lusa...Nak lagi best,sampai2 je,tengok dah ada kaum kat atas pokok tu.Korang bayangkan,dah berjalan kaki hampir setengah hari,last2 kaum yang sampai dulu..Mau rasanya guling2 atas tanah sambil termuntah kahak hijau.Itu kira kes tiada rezeki lah.Membar dah tibai dulu....
     Dan kalau kita pulak yang sampai dulu ke pokok petai tu,lain pula ceritanya.Tambah pula pokok tu berbuah lebat.Nak diturunkan semua buah petai tu,takut tak larat nak bawa balik.Nak diambil separuh je,takut bakinya ditibai dek kaum.Jadi pikir punya pikir,turun kan semua.Korang bayangkan kalau ada seribu keping buah petai tu.Kemudian diasingkan menjadi 10 ikat.Setiap ikat ada 100 keping buah petai.Seikat tu bukan ringan bang,mau 15 kilo lebih.
     Kesimpulannya,10 ikat petai + separuh ari perjalanan,mau senja baru sampai kerumah.Jadi korang pikirlah sendiri kenapa harga petai di pasaran begitu mahal.Pernah aku jumpa sekeping petai dijual rm 1 di tepi jalan.Kalau kat hotel,mau rm 10....Zaman aku dulu baru rm 1 untuk lima keping.
     Aku berharap suatu hari nanti harga petai akan turun dan stabil semula macam dulu2.Tapi kalau di turunkan harga,kesian pula pada pencari2 petai dikampung.Jadi,aku rasa baik kita pikirkan satu cara macam mana nak turunkan buah petai dari pokoknya dengan mudah.Aku rasa ia akan memurahkan sedikit harga petai di pasaran.Kurang 10 sen pun,turun juga namanya,ye tak.?Apa caranya ya...?Mungkin dengan meminta bantuan spaiderman dan superman dan kawan2 seangkatannya yang boleh terbang.....
     Korang pikir lah sendiri,sebab aku tak makan petai,tak tahan baunya.....ha ha haaa