Thursday, September 16, 2010

NOSTALGIA ASAM KATUK



Ingat lagi tak suasana kedai zaman dulu2?Pada otai2 yang membaca artikel ni,pasti masih ingat lagi.Pada generasi baru,korang bayangkan aje lah.Kedai runcit dulu2 ada satu trade mark yang wajib.Sekarang ni dah tak wujud lagi dah.Korang tau apa dia?Ingat lagi tak tin milo atau pun tin marjerin planta saiz 2 kg yang tergantung sebelah atas kaunter pembayaran?disitu lah duit baki disimpan.Tin tu boleh diturun dan dinaikkan.Duit yang ada dalam tin tu adalah duit bersaiz kecil dan sederhana.Duit bersaiz besar ada dalam poket towkey kedai.Itu lah trade mark nya.Aku rasa rindu sangat nak nengok tin tu lagi.Tapi aku rasa dah tak praktikel lagi untuk digunakan oleh kedai2 zaman sekarang ni.Maklumlah tergantung,senang capai,tentu akan memudahkan pencuri.
Kedai zaman dulu2 tak ada plastik beg atau pun plastik jinjing.Apa yang dibeli akan dibungkus didalam kertas surat khabar yang digulung berbentuk kon.Kemudian diikat dengan tali.Aku tak ingat tali apa.Ada yang panggil tali rumput.Tali ni bila di kunyah dalam mulut ia akan mengeluarkan rasa masin.
Timbangan menggunakan sukatan kati dan tahil.Dacing timbangan seakan2 dacing yang ada di kedai membeli getah sekarang ni.Cuma bentuk nya kecil sedikit.Barang masa tu memang murah.Dengan rm 10,kita akan dapat macam2 barang.Zaman sekarang korang jangan mimpilah.Rokok sekotak je dah 10 ringgit.
Ingat lagi dengan tikam nombor dalam kertas berlipat yang tergantung kat tepi dinding?Tikam daun terup?Atau pun buah kana dan yang paling aku suka,asam katuk.Aku tak dapat nak gambarkan macam mana rasanya asam katuk tu sekarang ni.Aku dah lupa.Dah pupus lama ni.Rupanya macam penganan cair,warna hitam,ada bijik macam bijik kacang panjang,tapi keras,tak leh kunyah tapi beleh disemburkan dari mulut.Dijual sepeket 5 sen,didalamnya juga ada sekeping daun terup gambar superman yang dah naik kembang terkene isi asam katuk.Tak lupa juga ais krim potong.Bentuk macam sabun.Warna hijau.Ada pemegang macam lidi pencongkil gigi.Lambat makan ,habis cair.Punan lah korang.Tak lupa juga pada oren bodoh.Yang masih boleh lagi didapati dibeberapa kedai di hujung2 kampung.
Dan macam2 lagi lah.Yang kalau nak ditulis,mau sampai 2,3 hari baru siap.Jadi korang ingat2kan lah sendiri,pasal tangan aku dah letih tuk menaip ni.Dan pada generasi baru,ingatlah,tidak akan ada sekarang kalau tiada dahulu.......yang lain2 tak dapek den nolong eh tu doh......