Wednesday, March 9, 2011

HANTU



     Kecoh pasal pameran hantu...?Apa yang kecoh..?Para pelawat yang datang membuat kecoh?Ke,hantu2 yang dipamerkan disitu membuat kecoh?Ke,jenglot dan anak kerak membuat kecoh..?Itu aku tak pasti sangat.Yang aku pasti pihak penganjur dan pihak berkuasa yang berkenaan tidak sependapat berkenaan dengan tujuan hantu2 itu dipamerkan.Menurut pehak penganjur,mereka telah berbincang dengan Jabatan Mufti Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu.Jadi mengapa timbul kekecohan..?Masakan sesuatu yang tidak diluluskan,boleh diteruskan oleh pihak penganjur?Aku malas nak mengulas pasal kekecohan ini.Apa yang aku tulis ini pun,aku petik dari sebuah akhbar tempatan.Jadi jangan saman aku.

     Yang lebih menarik untuk aku persoalkan disini ialah,apakah tahap sebenar kemistikan setiap hantu yang dipamerkan dipameran itu sehinggakan boleh memesongkan akidah?Apa pula tujuan penganjur membuat pameran itu?Untuk membolehkan kita mengenali hantu dengan lebih terperinci?Sekadar hiburan?Atau sekadar untuk mencari untung semata2?Siapa yang pernah melihat makhluk halus atau pun hantu dalam kehidupan sehariannya?Aku rasa tak ada.Kalau adapun sedikit sangat.Itu pun dengan kehendak Allah SubhanaWataala.Kepada yang tak pernah melihatnya,tentu lah begitu teruja untuk melihat dengan mata kepala sendiri biarpun yang dilihat itu belum tentu kesahihannya.Andai kata aku ambil seketul batu,lalu aku lumurkan dengan darah ayam,kemudian disiarkan didalam akhbar dengan tajuk,"batu mengeluarkan darah"Aku rasa berlumba2 pembaca yang ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan batu itu akan datang mencari aku.Mereka akan bertanya itu dan ini.Setelah mereka melihatnya sendiri,mereka akan berfikir,betul atau tidaknya,mistik atau tidak,memesongkan akidah atau tidak....Apa yang aku merepek ni...?

     Ini lagi satu yang aku pelik sangat.Apa bezanya filem2 hantu yang macam cendawan tumbuh sekarang ini dengan pameran hantu yang sedang berlangsung?Bagi aku filem2 hantu ini lagi memesongkan akidah.Apatah lagi kalau yang menontonnya kurang pengetahuan dalam agama.Kalau tak percaya,cuba korang jeling2 sikit kat dalam panggung wayang tu.Kebanyakkan yang menonton boleh dikatakan pasangan kekasih.Segelintir dari mereka ini memang menunggu filem2 hantu ditayangkan.Sebabnya,disamping menonton filem hantu,mereka juga boleh bertukar menjadi hantu disaat kekasih mereka menjerit melihat hantu.Rasa2 aku tak ada pasangan kekasih yang berpeluk ketakutan ketika melihat pameran hantu.Kalau ada memang nak mampus namanya.Setiap pameran adalah untuk menambah pengetahuan.Ambil yang baik,yang buruk jadikan sempadan.Filem hantu semata2 untuk hiburan.Kalau tak percaya,cuba buat satu dokumentari ataupun rencana berkenaan hantu,dan tayangkan dipawagam.aku rasa tak ada siapa yang nak datang tengok.Jadi korang berfikirlah antara filem hantu dengan pameran hantu,mana yang menyesatkan.Aku dah puas berfikir.Berfikirlah diluar tempurung.