JUST ME AND ME AGAIN

Wednesday, August 28, 2013

PISANG GORENG DAN BULU KAKI




Sedang aku asyik mengunyah pisang goreng panas,tiba2 ingatan pada satu kisah sewaktu aku masih kanak2 datang melayang dalam fikiran aku.Memang kisahnya ada kaitan dengan pisang goreng juga.Aku tersengih sendirian.Apa ke jadah aku teringat pada kisah tu,aku pun tak tahu.Dah berpuluh tahun.Tiba2 pula muncul difikiran.

Suatu pagi kira2 35 tahun yang lalu aku bangun awal pagi walaupun masih belum bersekolah.Tanpa membasuh muka apa lagi menggosok gigi aku duduk bersila bersama abang dan kakak aku untuk bersarapan.Mereka bersarapan sebelum kesekolah.Aku bersarapan kerana dah terjaga dari tidur.Sarapan pada pagi itu ialah pisang goreng.Sambil mengunyah pisang goreng aku memerhatikan gelagat abang aku.Apa yang aku pelik sebaik sahaja abang aku habis memakan seketul pisang goreng cepat2 dia menyapukan tangannya yang masih berminyak kebahagian betisnya kiri dan kanan.Lalu diusapnya keatas dan kebawah berulang kali.

Yang membuatkan aku bertambah pelik hanya bila bersarapan dengan pisang goreng,keladi goreng,cempedak goreng ,lempeng dan cekodok goreng sahaja abang aku akan mengusap kedua betisnya dengan minyak goreng yang melekat ditangannya.kalau makan nasi goreng atau nasi lemak tak pulak abang aku mengusap betisnya.

Suatu hari timbul niat dihati untuk bertanya.Setelah diperli dua tiga kali barulah aku mendapat jawapannya walaupun jawapannya pada masa itu tidak dapat diterima akal aku yang masih mentah.Abang aku jawab dengan ringkas je,"ni nak lebatkan bulu kaki..."Adoi apa nama jawapan la ni...Apa kejadahnya semua tu aku pun tak faham.Lantak dia lah apa dia nak buat.

Hinggalah aku meningkat remaja dan bersekolah di sekolah menengah barulah aku faham apa yang abang aku maksudkan.Patut lah beriya2 nak melebatkan bulu kaki sebab masa zaman abang aku disekolah menengah dia hanya memakai seluar pendek.Masing2 tunjuk betis,lebih2 lagi kat budak pompuan.Aku rasa masa tu kalau betis boleng tak berbulu pasti kena kutuk habis-habisan punyalah.Sesapa yang betis berbulu lebat tu kira jantan sangat la masa tu.Hampeh tul....

Apa lah punya bebal,kenapa tak celup je minyak masak dalam kuali kat atas dapur?Kan senang.Tak payah nak tunggu makan pisang goreng.Lumurkan kat betis sampai meleleh tiap2 hari..Aku gerenti kena selak bulu kaki baru nampak betis...Keh keh keh...

Mana diorang dapat petua ni pun aku tak tahu.Entah nenek kebayan mana yang diorang menuntut.Apa yang aku pasti masa dulu2 mak aku gunakan minyak kelapa tuk menggoreng.Bukan minyak sawit.Minyak sawit belum muncul masa tu.Dan minyak kelapa juga digunakan sebagai minyak rambut bertujuan untuk melabat dan menghitamkan rambut.Rasa2 diorang dapat idea dari petua tu agaknya...Lantak korang lah,,tak sanggup aku nak buat,,Mahu bersemut dan dihurung lalat kaki aku nanti.

Ada baik aku teruskan melantak pisang goreng...