Saturday, November 13, 2010

PESAN TUK MAK BAPAK

     Budak2 ari neh semua bijak2...Cakap jew lagu terbaru ape kat pasaran.Semua diorang tau.Tak banyak,sikit pun diorng tau gak liriknya.Tapi cuba korang suruh dia nyanyi lagu dulu2 macam lagu injit2 semut,burung kakak tua,lagu tiga kupang,lompat sikatak lompat..aku rasa ramai yang melopong dari menyanyi...Tu belum suruh mengaji Quran..Muqaddam pun rasanya tak khatam lae...


     Nak salah kan siapa..Mak bapak?Mak bapak dah berbuih mulut suruh pergi mengaji.Dia pergi..Tapi tak sampai kat surau..Separuh jalan diorang pakat masuk semak..Jumpa pokok biaweh(jambu batu)terus panjat.Makan sebiji dua,yang lain buat pembaling kambing.Letih panjat pokok,diorang pergi cari sungai,cempere sejam,dua.Panjat pokok ara tepi sungai,buat terjun tiruk lak.Letih berendam,diorang pergi lastik burung lak.Petang pukul 7 baru balik rumah.


     Mak bapak tunggu anak balik kat muka pintu,ingat anak betul2 pergi mengaji.Rupa2nya dah kena kelentong.Anak2 balik buat muka sadin.Cam tu le tiap2 hari.


     La ni bila dah dewasa,mula la kecut perut bila dengar orang ajak pergi tahlil arwah,ajak bace Yassin,ajak kenduri masjid ke.Mula la cari helah bukan2....Yang lebih parah bila nak nikah,tok kadi siap tanya macam2 masa nak akad.Masa tu baru le tau langit tu tinggi rendah.Masa tu baru le ingat kenapa mak bapak bising2 suruh kita pergi mengaji masa kecik2 dulu.Bukan aku nak perli sesapa.Memang betul pun.Tak percaya korang tengok kat keliling korang,melambak...


     Ni aku nak kasi peringat,pada sesapa yang ada anak tengah nak hidup tu,Paksa2 lah diorang belajar mengaji.Kalau boleh ajar sendiri lagi baik.Semua tu berguna untuk diorang bila dewasa nanti.Jangan jadi suatu hari nanti,diorang kata mak bapak tak ajar bila tak lancar surah Al Fatihah,masa nak akad nikah depan tok imam....Masa tu aku rasa baik korang cepat2 cari karung plastik tuk buat tutup muka.....Yang lain2 korang pikir le sendiri.Otak aku dah mula nak beku ni.Mata aku pun dah berair...nunggu saat nak lelap jew lagi...bobay..Assalammualaikum..