JUST ME AND ME AGAIN

Tuesday, September 14, 2010

JANGAN BACA ANDAINYA ANDA SAKIT JANTUNG


     Pada suatu malam,aku menyusuri sebatang lebuhraya di gurun yang gelap.Angin bertiup sepoi2 terasa mengusap muka ku.Perjalanan masih jauh.Motosikal yang ku tunggang terasa begitu perlahan.Aku cuba menambah kelajuan motor dengan memulas pendikit ke tahap maksima.Namun kekuatan enjin berkuasa kuda 70 cc ini tidak mampu untuk membawa aku pada kelajuan 325 km/jam seperti yang dilakukan oleh Valentino Rossi dilitar Sepang.Lalu aku pasrah dengan apa yang aku ada.....

     Sedang aku mengelamun,tiba2 aku terdengar seperti ada bunyi benda terjatuh dibelakang ku."gedebukkk"Kuat juga bunyinya sehingga aku hilang tumpuan seketika.Aku terperanjat.Tayar motor ku hampir mengelepar ke tepi jalan.Aku terpaksa menggunakan kedua2 belah kaki ku sebagai kuda2 emergensi untuk mengawal motor dari terjatuh kedalam parit.

     Setelah berjaya mengawal motor ku ke paras normal,aku tumpukan kembali ingatan ku pada bunyi yang baru berlaku tadi.Jauh disudut limpa aku,aku begitu ingin mengetahui bunyi apakah itu.Namun hati dan jantung ku membisikan........jangan pandang belakang......Namun naluri ingin tahu ku,memaksa kepala ku untuk menoleh ke belakang......Lalu aku memberhentikan motor di tepi jalan.Sebaik sahaja aku memandang ke belakang.......hati ku berderau....

     CISSSSSSSSSS.......

     Rupa2nya buntil getah buku yang baru aku tibai tadi telah terjatuh.Patutlah terhuyung-hayang motor ku dibuatnya.Hampeh.......habis berselerak getah buku di atas jalan.Aku buntu.Otak kanan ku tidak dapat berfikir dengan logik.Namun aku harus membuat satu keputusan yang tepat.Akhirnya,setelah berfikir dengan otak kiri ku,aku membuat keputusan untuk cabut lari.Semua ini ku laku kan kerana aku tak mahu perbuatan ku diketahui orang.

     Tanpa berfikir panjang lagi,aku terus cabut dengan lajunya dari tempat kejadian.Hampir 1 kilo aku cabut lari,tiba2 otak kanan ku mampu berfikir dengan normal semula.Aku berhenti seketika di tepi jalan.Ingatan ku telah pulih semula.Kini baru aku teringat,yang aku cabut lari dengan berlari.......Motor ku tertinggal ditempat kejadian.Sekali lagi......

     CISSSSSSSSSS......


MORAL:Jangan mencuri,nanti sesuatu akan tercuri dari kita.(ilang ingatan la pulak...)