Sunday, April 1, 2012

TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI


Berhati-hati dijalan raya.Pandu cermat jiwa selamat.
Namun bila hati dah kemaruk nak pergi beraya kat rumah
mak we pagi-pagi buta,sampai lupa nak senbahyang raya,
pemandu yang berhemahpun kadang-kadang boleh terkena.


Penantian itu satu penyeksaan.Yang bulat takkan datang
bergolek,yang pipih takkan datang melayang.Menanti sesuatu
yang tak pasti begitu menguji diri,umpama menunggu bulan
jatuh keriba.Jangan terlalu menguji diri,takut nanti bulan
tak datang bergolek,pelempang pula datang melayang.


Undang-undang untuk dipatuhi bukan untuk di
ingkari.Bukan nak mencabar peraturan namun apakan daya,
undang-undang dah 5 kali ambil tak pernah nak lulus.Nak
kata bebal,tahu pula bezakan yang mana polis yang mana
tali pinggang keledar.