JUST ME AND ME AGAIN

Thursday, August 14, 2014

AYAM,IKAN SARDIN CAP AYAM DAN IKAN BILIS

Lihat pada tajuk macam senarai barang nak dibeli kat pasar je..Hu hu..Apa yang korang boleh tafsirkan dari tiga barang yang aku tulis di atas?Aku bukan nak cerita pasal boikot barang yahudi....Aku bukan nak cerita pasal kapal terbang hilang dan aku bukan nak cerita pasal rumah ketua kampung kena rompak....

Aku nak cerita pasal dulu dan sekarang....kenapa dulu dan sekarang?Bukan cerita masa depan ke?Cerita ini ada kaitan dengan hari kemerdekaan yang ke 57 tak lama lagi.Namun apa pula kena mengena ayam,sardin dan ikan bilis dalam cerita aku ini?Apa jasa ayam dalam memerdekakan negara kita....?Tak masuk akal langsung...Ke sardin cap ayam yang membantu negara kita mencapai kemerdekaan?Ke ikan bilis..?Hu hu...

Tak ada lah sampai kesitu pula...Tak kan ayam nak pikul senapang kot..Tak munasabah langsung..Aku cuma nak imbas kembali kisah dulu2 dan kisah sekarang berkaitan tiga barang tersebut.

Kita sibuk melaungkan merdeka,,merdeka,,setiap kali sampai pada hari sambutan kemerdekaan..Namun dari segi apa yang kita merdeka,hanya diri kita yang tahu...Tok imam kampung seberang tak tahu apa kemerdekaan yang kita raikan.Pemandu lori pun tak tahu kita merdeka kerana apa..

Nak kata merdeka dari penjajah,,kita lahir selepas penjajah pulang..Rupa penjajah pun kita tak kenal,apa lagi nak bergambar kenangan dengannya.Ada yang jawab,,aku sambut merdeka ni sebab orang sambut....Kesitu pulak dah..Ada yang kata merdeka hanya tinggal nama,tang mana yang merdekanya,dia pun tak tahu..

Kita lupakan bab erti kemerdekaan ini dulu..Apa yang nak aku ceritakan ialah berkenaan dengan ayam,ikan sardin cap ayam dan ikan bilis.

Begini,dulu2 nak merasa makan ayam punyalah susah...Kalau ada kenduri kendara kat kampung dapatlah makan ayam.Itu pun kenduri sekali sekala..Bukan macam sekarang,hari2 kenduri...Mak ada bela ayam.Tak banyak mana pun...Bapak pulak selalu suruh tangkap ayam.Kita pun bagai nak rak,satu kampung kejar ayam,ingat bapak nak sembelih ayam...Dapatlah kita makan lauk ayam hari ni...Dah dapat tangkap,bapak ambil ayam tu,ikat kakinya,sangkut kat basikal terus pergi pekan.Jual ayam rupanya...melepas la kita nak makan ayam...punyalah kita hot..dah lah badan berlendir dengan peluh,bau taik ayam jangan cerita lah...senang2 je bapak pi jual ayam tu..Bersungut je kita masa tu....

Bila dah besar panjang,baru kita tahu apa yang bapak kita buat tu adalah yang terbaik untuk kita.Bapak jual ayam,duit hasil jualan itu pula dibelinya beras,ikan sardin dan ikan bilis.Maka dapatlah kita menikmatinya dalam beberapa hari...

La ni kita dah berkeluarga dan ada anak,kita masih tak dapat nak makan ayam.Bukan tak mampu,namun faktor kesihatan pula yang menghalang.Fikir balik ada logiknya kenapa orang dulu2 panjang umor dan kurang dihinggapi penyakit berangkai(jantung,kencing manis,darah tinggi,buah pinggang).Faktor makanan lah antara penyebabnya.Dulu kita kurang makan ayam.Kita banyak makan sayur dan pucuk kayu.Semua tanam sendiri.tak ada racun perosak yang disembur.Patut la lembu dan kambing tak pernah sakit..Hu hu..Sekarang ni ayam pun beracun..Patut  la ayam daging hidup tak lama,lebih kurang 45 hari je,terus kena sembelih...Kalau biar lama,nanti ayam tu mati sebab sakit..Ha ha..(tiori tak leh pakai)

Dulu2 kalau kita jumpa keluarga yang hari2 makan ikan sardin dan ikan bilis sebagai lauk utamanya,kita anggap keluarga tu miskin.Apa kelas makan ikan sardin dan ikan bilis goreng ngan kicap?Itu dulu2 punya cerita la.Sekarang ni kalau kita jumpa keluarga makan ikan sardin dan ikan bilis sebagai menu utamanya,keluarga tu mang hebat la...Mana tak nya,punyalah mahal harganya sekarang.Percaya atau tidak zaman sekarang orang susah(miskin dah tak ada)tak mampu nak beli ikan sardin cap ayam...Begitu juga dengan ikan bilis.Cuba tanya kat kedai berapa harga sardin cap ayam setin dan ikan bilis sekilo?

Moral dari cerita aku ni cuma nak mengenali diri dalam erti kemerdekaan.Bukan merdeka dari segi penjajah.Namun merdeka dalam segala hal.salah satunya yang aku tulis diatas,merdeka dari kekangan ekonomi.Maksudnya kita masih ada satu kekangan dalam segala hal...Walaupun perkaranya berbeza namun asanya tetap sama,kita masih ditakuk lama.sama seperti 40 tahun yang lalu walaupun kini pada zahirnya kita telah 57 tahun merdeka.

Maaf la kalau entri aku kali ni membosankan.Dah lama aku tak menulis.Idea pun tengelam timbul.

Asalammualaikum