JUST ME AND ME AGAIN

Sunday, September 19, 2010

PANTUN LAH PULAK



SORONG PAPAN TARIK PAPAN
BUAH KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN AKU MAKAN
SURUH MENGAJI AKU TAK TAHU




p/s:Sebelum aku memulakan catatan ini,terlebih dahulu aku ingin memohon maaf andainya catatan aku nanti akan menyinggung perasaan mana2 pehak,termasuk pencipta pantun ini,yang hidup,yang baru nak hidup,yang dah lama hidup,yang dah nazak dan yang telah tiada.Aku tidak berniat begitu.Cuma sekadar untuk berhibur sesambil merengankan otak yang dah berserabut.






     Anda tentu selalu membaca pantun,berbalas pantun atau pun mendengar pantun.Anda juga paham apa maksud yang tersirat disebalik satu2 pantun itu.Seperti pantun di atas,maksudnya lebih kurang,seseorang akan cepat melakukan kerja yang mudah apabila disuruh dan akan buat2 tak tahu atau pun memang tak tau apabila disuruh membuat kerja2 yang sukar.
     Namun begitu adakah anda tahu dan sedar siapakah pemegang watak2 utama didalam setiap rangkap pantun?Contohnya sorong papan.Siapakah yang menyorongkan papan itu?Apakah papan yang di gunakannya?
     Jadi di kelapangan ini,aku ingin membongkar misteri disebalik pemegang watak2 didalam setiap rangkap pantun di atas.


     SORONG PAPAN TARIK PAPAN.


Siapa yang menyorong papan dan siapa yang menarik papan.Papan itu disorong oleh Ulam Kidir bin Ezlieshah,berasal dari keluarga miskin dari utara Pakistan.Beliau amat pemalas orangnya.Beliau juga lebih banyak menghabiskan masa melepak dikomplek beli belah daripada menolong ayahnya menoreh getah.Tugas menyorong papan ini dirasakannya begitu mencabar sekali.Beliau berjanji inilah kali pertama dan terakhir beliau melakukan kerja yang sia2 ini.Papan itu disorong oleh beliau kebawah rumah.Kemudian datang pula Cik Apis Cik Loos, lalu menarik papan itu ketepi parit.Cik Apis adalah rakan sembang internet Ulam Kidir.Beliau berpendidikan darjah tiga,pernah menyarung jersi skuad Hobin Jang Hobin sebagai pembancuh sirap yang disegani.Papan yang mereka gunakan ialah papan pemuka jenis meranti ketam.Mereka memilih papan ini kerana harganya tidak mahal dan boleh dibuat reban ayam bila tidak digunakan nanti.Papan ini dibeli dari seorang Saudagar Cina yang giat menjalankan perniagaannya di Pasar Ampangan.Mereka bertukar2 menyorong dan menarik papan itu sampailah ke malam.


     BUAH KERANJI DALAM PERAHU.


Kenapa buah keranji?kenapa bukan buah pisang,buah cempedak,buah kurma,buah kedondong, atau pun anak buah?Sebenarnya buah pisang telah pergi belayar ke Somalia,manakala buah cempedak pula berada di luar pagar.Pagarnya pula berkunci.Ini menambahkan lagi kesukaran untuk menggunakan buah cempedak.Lagi pun buah keranji ini jarang dikenali umum.Jadi,secara tak lansung buah keranji telah mengiklankan sendiri namanya didalam pantun ini.

Pada peringkat awal,mereka mahu menggunakan kapal selam,namun memandangkan kos selenggaraan yang mahal,akhirnya perahu dipilih bagi menggantikan kapal selam.Perahu yang digunakan itu dipinjam dari Jabatan Perikanan.Mereka telah mengisi sebanyak 6 tan buah keranji didalam perahu itu.Dalam perjalanan ke Amarika,perahu itu telah karam di Segitiga Bermuda.Ia tidak ditemui lagi sehingga kehari ini.


     SURUH MAKAN AKU MAKAN.


Makan yang dimaksudkan dalam pantun ini bukanlah makan rojak,laksam,roti jon,apam balik atau pun makan kue tiow goreng,sebaliknya makan buah dam aji.Kisahnya Ujang Amid sedang bermain dam aji dengan kamarol Aripin.Ujang Amid menyuruh Kamarol Aripin memakan buah dam yang diumpannya.Kamarol Aripin pun makan.lepas tu Ujang Amid makan balik 6 biji buah dam Kamarol Aripin dan terus masuk aji.Mereka bermain dam aji di kedai kopi Kasim Loyo.Didepannya pasar raya,dibelakangnya tandas awam dan dikanannya balai raya.


     SURUH MENGAJI AKU TAK TAHU.


Sebenarnya aku yang dimaksudkan diatas bukanlah tak tahu mengaji.Atau pun bengap.Atau pun buta huruf.Yang sebenarnya aku itu baru berusia 2 tahun.Manalah dia tahu mengaji.Si tukang suruh pun satu hal.Cari lah orang yang dewasa.Jadi jelas di sini si tukang suruh itu lah yang tak tahu mengaji.Sebabnya,sebab dia bengap suruh budak umor 2 tahun baca kitab.

Jadi,begitulah serba sedikit tentang misteri pemegang watak didalam sesuatu pantun.Selepas ini jika anda membaca mana2 pantun,pikir2kan lah pemegang watak2 dalam pantun itu.Sekali lagi aku mohon maaf andainya lidah korang berbelit2membaca catatan aku ini.Tangan aku pun dah terbelit ha.Sehingga berjumpa dilain catatan.Adios Brongkos Jonggos...