JUST ME AND ME AGAIN

Saturday, January 22, 2011

ANJING

klik unuk besarkan gambar


     Hari tu kecoh pasal seorang pelancong Ireland Sullivan Maurice,50, mati digigit 2 ekor anjimg.Tidak diketahui apa sebenar punca anjing2 tu mengamuk hingga menyebabkan kematian.Ramai membuat andaian sendiri,tak kurang juga yang berasa pelik kerana sehari sebelumnya,anjing2 itu begitu mesra dan bermain2 dengan pelancong tersebut.Apakah anda berasa pelik?Atau pelancong Ireland itu yang berkelakuan pelik pada hari kejadian sehingga memaksa anjing2 itu bertindak...?


     Aku tak nak cerita pasal Maurice,sipelancong dari Ireland yang mati digigit anjing itu sekarang.Aku nak cerita pasal anjing.Bertepatan dengan slogan aku,berfikir diluar tempurung.


     Apa yang pelik?Digigit anjing..?Perbuatan menggigit oleh seekor anjing bukan sesuatu yang pelik.Semenjak kita mengenali anjing,kita sudah tahu anjing suka menggigit apabila marah.Jadi jangan buat sianjing marah.Pasti kena gigit anjing andainya anjing itu dapat mengejar kita.Peribahasa juga ada menyatakan,"seperti melepaskan anjing tersepit"Melepaskan anjing tersepit memang satu perbuatan yang sia2.Tetapi didalam peribahasa ini anjing itu menggambarkan sesuatu yang asing,musuh dan seumpamanya.Apa yang akan anda terima andainya anda membantu seorang musuh?Anda fikir sendiri,aku nak berbalik kepada anjing.Betul ke anjing yang tersepit,kalau dilepaskan akan menggigit sesiapa sahaja yang melepaskannya?Kalau anda kata "ya",pernahkah anda melepaskan anjing tersepit?Dan kalau anda tidak pernah melepaskan anjing tersepit,lebih baik anda berkata "tak tau".Tanggapan salah anda kepada anjing akan memburukkan lagi keadaan.


     Bukan niat aku nak memenangkan sianjing.Didalam ajaran islam pun tidak pernah menyuruh kita membenci anjing,walaupun anjing itu dalam kumpulan yang najis untuk kita.Namun itu tak bermaksud aku menyuruh korang membelai dan menyayangi sianjing.Cukuplah kalau korang ambil tahu pasal sianjing.Tuhan tidak menjadikan sesuatu dengan sia2.Semuanya berada didalam rantaian hidup kita.


     Berbalik kepada anjing,aku pernah memelihara anjing didusun belakang rumah.Asalnya,anjing liar itu kematian ibu.Tak sampai hati melihat sianak anjing menyalak2 kelaparan,aku ambil keputusan untuk memberinya makan.Bermula dari situ,aku memberinya makan setiap hari.Lama kelamaan,sianjing menganggap aku tuannya,walaupun aku tidak menganggap anjing itu kuli aku.Aku memberinya makan setiap hari atas dasar kasihan melihatnya kelaparan setelah kematian ibu.Selang beberapa minggu,akhirnya aku membuat keputusan untuk memeliharanya terus didusun memandangkan dusun buah2an aku sering diganggu dan dirosakkan oleh babi dan beruk.Aku berharap dengan adanya anjing itu akan mengurangkan sedikit gangguan yang dilakukan oleh babi dan beruk.Ternyata tanggapan aku benar.Semenjak anjing berada didusun kerosakkan yang dilakukan oleh musuh telah berkurangan.


     Aku tidak pernah melatih sianjing.Apa yang dilakukannya adalah mengikut naluri seekor anjing.Menyalak dan mengejar bila ternampak sesuatu yang mengganggu ataupun pelik.(bukan manusia)Jadi bagaimana pula dengan anjing yang telah dilatih?Anjing yang terlatih tentu lebih memahami keadaan.


     Berbalik kepada sianjing yang menggigit seorang pelancong sampai mati didusun buah2an tempohari,aku dapat rasakan yang sianjing telah dilatih untuk mengejar dan menggigit orang asing/luar(bagi sianjing adalah pencuri)yang mengambil buah2an didusun itu.Kekasih simati mendakwa mereka hanya mengambil gambar.Adakah beliau benar2 pasti hanya mengambil gambar?Mungkin simati sebelum itu ada mengambil sebiji dua buah2an untuk dimakan sesambil mengambil gambar tanpa menyedari sianjing yang telah diprogramkan untuk menyerang sesiapa sahaja(orang luar)yang mengambil buah2an sedang memerhatikannya dengan penuh kegairahan.Jangan percaya sangat dengan telahan aku ini.Aku hanya membuat andaian mengikut pengalaman aku yang pernah memelihara anjing tak terlatih.Bagi aku anjing peliharaan hanya akan menggigit manusia bila dilatih oleh tuannya untuk menggigit manusia.


     Jadi,tiada apa yang nak dihairankan.Sianjing itu telah dilatih untuk menggigit manusia,maka ia akan menggigit manusia.Jangan salahkan sianjing semata2.Sianjing hanya menjalankan tugasnya.Sianjing hanya mengikut arahan dan sianjing mungkin telah dihukum tembak.Ia menjadi mangsa keadaan.Bagaimana dengan tuan yang yang memberi arahan dan melatihnya untuk menggigit manusia?Apakah tidak terlintas perasaan bersalah dihati?Satu nyawa telah melayang disebabkan kebodohan seorang yang bernama tuan.


     Abaikan saja andainya tulisan aku ini tidak memberi apa2 manfaat pada korang semua.Pesan aku korang berhati2 lah bila ternampak anjing yang dirantai.Kerana anjing yang dirantai itu lebih merbahaya dari anjing liar yang berpeleseran dikaki lima.Kalau korang tak percaya,cuba korang baling dengan kayu.Anjing liar akan terus lari,sebaliknya anjing yang dirantai akan cuba untuk menerkam anda...ha ha ha...