JUST ME AND ME AGAIN

Friday, March 25, 2011

APA AKU MEREPEK ?




Peargh......cakap pun tak guna.
Apa yang paling hebat didunia?
Nak tau apa dia?Ni aku nak ceritakan.
Semuanya hebat-hebat belaka.Bukan bangunan pencakar langit.Bukan juga jet F14 terbaru.Bukan juga konsert M Daud Kilau.Bukan juga rancangan raja lawak...Kalau korang nak tahu,baca seterusnya dibawah ini.




MOYANG AKU

Moyang aku bernama Bin Mangkuk.
Berasal dari Timur Tengah.
Beliau bersahabat baik dengan Bin Ladin.Mengusahakan 7 buah 
kilang memproses minyak dhab.Pernah menjawat jawatan PM
selama 6 tahun semasa di Turkistan.(PM adalah
singkatan bagi Post Master di Pejabat Pos)
Nilai kekayaan dianggarkan 4.5 bilion.


ATUK AKU

Atuk aku bernama Mangkuk Claus.
Beliau menetap di Kutub Selatan.Mempunyai hobi
yang pelik,iaitu mengumpul ikan paus.Beliau mempunyai
8 buah kilang memproses air batu.Keuntungannya berlipat
kali ganda kerana air batu tidak perlu di simpan
didalam peti ais.Ini telah menjimatkan kos bil
elektrik sebanyak 3 juta setahun.
Nilai kekayaan dianggarkan 3 bilion.


ABAH AKU

Abah aku bernama Mangkuk Jackson.
Beliau begitu meminati bidang tarian dan nyanyian.
Berkat hasil titik peluhnya selama 50 tahun sebagai penari
tambahan,beliau kini mempunyai 6 buah bengkel
membaiki basikal di USA.Penyanyi yang paling diminati oleh
beliau adalah,R Azmi.Sementara penari pula adalah En Ahmad Kasan.
Nilai kekayaan dianggarkan 2.7 bilion.


PAK CIK AKU

Pak cik aku bernama Mangkuk Clinton.
Dalam keturunan Bin Mangkuk,beliau lah yang paling kaya sekali.
Menjawat jawatan presiden selama 4 penggal.Mendapat sokongan padu
dari parti buruh.Menjadi pengerusi tetap CEO bagi kilang lilin,kilang mancis,
kilang belerang dan kilang pelita.Beliau pernah dikutuk hebat
kerana melancarkan bom nuklier keserata dunia.
Nilai kekayaan dianggarkan 19 bilion.


SEPUPU AKU

Sepupu aku bernama Semangkuk.
Beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap.Namun kehidupannya
dilimpahi kekayaan ayahnya.Masanya dihabiskan dengan
memancing ikan di parit2 dan tali air.Beliau juga ada menjalankan 
perusahaan membela tokek secara sambilan.Mempunyai 3 buah bot mewah,
7 sampan,9 motobot,18 perahu,43 feri dan sebuah rakit buluh.
Nilai kekayaan dianggarkan 1 bilion.



AKU

Nama aku Mangkuk Tingkat.
Bagaimana?Hebat tak keturunan aku?
Semuanya hebat2 belaka.
Cuma aku seorang sahaja yang tak berapa nak hebat.
Ha Ha Ha....