JUST ME AND ME AGAIN

Thursday, August 29, 2013

MERDEKA DAN UBI KAYU




Letih betul mata melihat pembaziran makanan disana sini.Aku tahu korang semua dah mampu dan banyak duit.Tapi agak2 lah kalau nak berbelanja membeli makanan.Jangan lah membeli mengikut hawa nafsu.Ingatkan bila bulan puasa bertambah insaf,rupa2nya bertambah parah.Lepas bulan puasa lagi teruk.Masing2 balas dendam untuk mengisi tempolok..Tahu muatan perut tak seberapa,beli lah ala kadar saja,ni tak memborong macam nak buat kenduri.Sedih gak aku kat korang,sedih pasal duit yang korang susah payah cari dan kumpulkan terbang melayang kedalam longkang dan tong sampah.Nak buat cam mana, ya tak.Dah duit korang,korang punya pasal lah.Aku hanya memberi pandangan sahaja.Terpulang lah korang nak berbelanja sebanyak mana untuk membeli makanan,sebab bukan duit aku yang melayang.

Teringat aku pada cerita arwah abah satu masa dahulu.Kata arwah,semasa zaman kanak2nya makanan amat sukar untuk dibeli.Makanan ada dijual tetapi duitnya yang tak ada.Bela ayam tetapi tak dapat makan daging ayam.Tangkap ayam tu,jual kat pekan,dapat duit beli beras dan kicap.Ayam pun tak sebanyak mana.Hari demi hari,sereban ayam pun habis dijual.Yang tinggal cuma anak ayam je.Nak dijual tak laku,maka tak dapatlah nak beli beras.Nak tak nak pergi lah kekebun dibelakang rumah.Gali ubi kayu serumpun.Bawa balik,rebus,makan ramai2.Tetapi walaupun makan ubi kayu hari2,lauknya boleh tahan juga.Waktu itu menurut abah ikan sungai banyak.Tak payah nak beli kat pasar.Pasang lukah kat sungai atau parit,2,3 kilo ikan yang masuk.Tetapi hari2 makan lauk ikan sungai jemu juga.Dah tu nak buat cam mana,itu saja yang ada.

Cerita arwah abah lagi,semasa beliau bersekolah rendah sekitar tahun 30 an,pernah sekali diadakan pertandingan sukan  di sekolah.Acaranya hanya lumba lari.Dan hadiahnya adalah ubi kayu....Hadoy..tak dapat aku bayangkan kalau hari ini ubi kayu dijadikan sebagai hadiah untuk acara sukan disekolah.Aku rasa ada ubi kayu tu yang melayang balik ke kepala cikgu.Namun kata arwah abah,mana2 murid yang mendapat hadiah pada hari sukan tersebut begitu gembira pulang kerumah membawa hadiah ubi kayu.Mak bapak yang menanti dirumah pun senyum lebar.Kalau zaman sekarang ibarat anak kita balik dari sekolah bawa KFC satu kotak...Ha ha ha...

Cerita arwah abah lagi,kalau nak merasa makan daging,tunggu lah pada hujung tahun bila ada jiran2 sekampung yang membuat kenduri kahwin.Itu pun tak sebanyak macam sekarang.Dalam setahun adalah 2,3 kali kenduri kahwin.Kalau kena keluarga yang tak mampu,makan pulut dengan ikan sepat ajalah jawabnya.Berbanding dengan kita hari ini,,boleh dikatakan tiap2 bulan ada kenduri kahwin.Tu belum kira kenduri tahlil dan doa selamat....Mungkin itu sebab kita mudah jemu dengan makanan,sebab kita dah terbiasa sangat..Tak macam orang zaman dulu yang ghairah bila dengar ada majlis kenduri kahwin.Masa itulah mereka berpeluang makan makanan yang sedap2...

Selepas kemerdekan,suasana berubah,negara pun berubah dan perangai kita pun berubah sikit demi sedikit.Pada pendapat aku tiada maknanya kita merdeka tetapi perangai kita macam penjajah.Apa2 pun pesan aku pada korang,jangan lupa pasang dan kibarkan bendera di rumah.Kecil pun tak apa yang penting tunjukkan bahawa kita ada negara.Nagara yang aman makmor.Negara yang merdeka.Negara yang melimpah ruah dengan hasil dan rezeki.Dan bukan lagi negara yang makanan hariannya ubi kayu...

SELAMAT JALAN ROMEO -ANGKARA BANGLA ROTI



     Cuaca pada petang ini agak suam-suam kuku.Panas tak berapa nak panas.Sejuk pun tak juga.Matahari agak segan silu nak keluar.Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Bahasa apa aku tak tahu..Terasa nyaman sekali,redup mata memandang..Namun hati aku tak berapa nak redup.Hati aku berdegup kencang.Peluh bercucuran walaupun cuaca tak panas.Kekadang jejari aku mengeletar.Tanda apakah ini?Entah lah...Aku pun tak pasti..Macam ada sesuatu yang mengganggu perasaan aku.

     Aku memandang jam besar yang terletak dihujung taman.Baru pukul 4 petang.Masih awal setengah jam dari masa yang dijanjikan.Aku menghembus nafas perlahan bersama asap rokok yang aku hisap...Terasa sedikit kelegaan...Aku memerhati ke seberang jalan.Kelihatan beberapa awek sedang berjalan beriringan.Selamat lah korang petang ni mod aku tak berapa nak baik,getus hati ku...Kalau tak dah lama aku ayat.Bukan bersungguh-sungguh,sekadar mengisi masa lapang.Tapi kalau sangkut aku tak lepaskan.Biasa lah,rezeki yang datang jangan ditolak.Aku tersenyum sumbing..

     Sedang aku asyik menikmati keindahan yang lalu-lalang dihadapan ku,Aku tiba-tiba tersentak bila terdengar suara serak-serak basah menegur ku dari arah belakang.Aku kenal sangat dengan tuan punya suara tu.Kenapa dia datang dari arah belakang?Cis..Sudah pasti dia terlihat telatah aku sebentar tadi.Jatuh lah saham aku kalau begitu...Bisik hati ku.Namun aku telah sediakan beberapa jawapan kecemasan andainya aku diserang bertubi-tubi dengan soalan cemburu seorang wanita.

"Dah lama tunggu..?"Sapanya perlahan.

"Tak lah,baru je.Cepat U sampai,jalan tak jem ke..?"Soal aku semula.

"Nak jem apanya,kan I jalan kaki je dari rumah.Dah rumah I kat hujung taman tu,bukan U tak tahu.Yang U tanya soalan bodoh ni kenapa?Kan U yang beriya-iya sangat nak jumpa I Kat sini.Kata U biar I senang,tak payah keluar jauh-jauh.."Balas Sharmila,seorang gadis yang tak berapa nak lembut.Tapi tak lah keras sangat.Ibarat kerak nasi,kena air lembut lah..Aku dah lama kenal dengan Sharmila,semenjak 7 tahun yang lalu.Masa tu aku masih bekerja sebagai budak penghantar di Bandar C.Sementara Sharmila pula bekerja sebagai kerani di pejabat yang sama.Kami berkawan macam biasa walaupun sering keluar malam bersama,tengok wayang bersama,naik motor bersama,makan bersama,rumah je lain-lain.Tidak ada perasan cinta diantara kami berdua.Sayang tu adalah sikit.Cemburu...Itu biasa lah..Ampeh...

"I bukan apa Shar,I takut apa yang U kendong tu tercicir kalau U keluar jauh-jauh.Maklumlah benda tu baru nak lekat..."

"Merepek lah U ni...Belum pernah dalam sejarah manusia benda ni jatuh tercicir.."Rungut Sharmila dengan nada keras bercampur jelingan tajam.Korang jangan salah faham,Sharmila bukan mengendong buku atau pun buah tangan untuk aku.Sebenarnya Sharmila tengah mengandung.Yang menjadi masaalah sekarang ini,Sharmila mengandung sebelum bernikah.Tapi bukan aku yang punya angkara...

"Boleh tak jangan buat lawak bodoh tu...I tengah risau ni.."Sambung Sharmila lagi bila aku hanya tersenyum kambing memandang kearahnya.Memang tak patut aku berkata begitu disaat Sharmila berkeadaan begini.

"Ok..I minta maaf,I tak akan keluarkan soalan bodoh lagi.So apa keputusan yang U dah buat..?U dah fikir masak-masakkan...?"Balas aku dengan harapan hati Sharmila kembali sejuk.Namun aku terkedu,sebaik Sharmila memalingkan mukanya kehadapan,aku melihat ada manik-manik jernih mengalir perlahan dari matanya.Selama aku mengenali Sharmila,ini kali kedua Sharmila mengalirkan air mata.Kebiasaannya Sharmila sangat tabah dengan kenakalannya yang kadang-kadang mengalahkan orang lelaki.Nampaknya aku mesti berhati-hati bila mengeluarkan kata-kata,silap-silap nanti aku pulak yang terperangkap....Manalah tahu Sharmila cuba memancing aku dengan air matanya...

"Dah puas I fikir Rom...Namun I tak pasti jalan yang mana harus I ikut..Semuanya jalan buntu.I betul-betul takut ni Rom,Apa akan jadi kalau orang tua I kat kampung dapat tahu perkara ni.Mahu mati I dikerjakan..I betul-betul menyesal Rom,kalau I ikut nasihat U dulu,pasti benda macam ini tak berlaku..."Tiba-tiba hidung aku terasa kembang.Rupanya Sharmila masih menganggap aku seorang yang boleh diharap untuk melindunginya.Aku masih ingat pada hari pertama Sharmila mendapat kerja baru di Pejabat M,aku menawarkan diri untuk menghantar dan menjemput Sharmila dari pejabat barunya,memandangkan pejabat itu jauh dan Sharmila tidak mempunyai kenderaan sendiri.Namun Sharmila menolak dengan alasan tidak mahu menyusahkan aku,kerana pejabat barunya jauh dari tempat kerja aku.Katanya dia telah dewasa dan harus berdikari.Aku tak boleh nak kata apa kalau dah itu kemahuan Sharmila.Aku akur walaupun aku bimbangkan keselamatan Sharmila yang terpaksa pulang lewat malam menggunakan teksi.Aku hanya dapat berdoa agar Sharmila sentiasa dilindungi setiap masa.

"Rom...Maaf kan I,kalau I ikut nasihat U dulu,tentu perkara sebegini tak berlaku.I menyesal sangat Rom..."Aku perlu menenangkan Sharmila.Disini aku harus memainkan peranan sebagai orang yang paling diharapkan oleh Sharmila.

"Sudah lah Shar...U jangan ingatkan semua tu lagi.Yang sudah berlaku biarlah berlalu.Tidak akan dapat diundur walaupun sesaat..Yang penting sekarang masa depan U dengan baby yang U kandung tu.."Rasanya inilah kata-kata aku yang paling bernas senjak dari tadi.

"Itu I tahu Rom...Semakin I ingat,semakin merana jiwa I jadinya..Kini cuma U tempat I bergantung harap Rom...."Balas Sharmila sambil mengesat air matanya.

     Kini jantung aku pula yang berdegup kencang.Perkataan bergantung harap yang keluar dari mulut Sharmila seakan-akan mahu memerangkap aku.Aku kuatkan semangat.Aku andaikan itu cuma kata-kata sepontan yang keluar dari mulut Sharmila.

Pon...Pon...Pon....

"Roti...Roti...Kaya ada,krim ada,kelapa ada....Abang mahu roti ka..?Beli satu abang..kakak kasi belanja..."

Perbualan kami terhenti.Bangla roti ni pulak buat iklan murahan.

"Dah...Blah,blah...Tak mahu aku roti engkau.Aku kalau nak makan roti dekat rumah kena ada air kopi.Kat taman bunga ni apa yang ada...Air longkang adalah.."Rungut aku pada bangla roti.

"Aloo abang jangan marah,ini kakak banyak manis,abang banyak untung...He he...."

"Cis..Banyak cakap pulak dia..Engkau nak jual roti ke jual minyak urat..?"Hampeh punya bangla roti,sempat juga dia jeling-jeling kat Sharmila.Entah kenapa  aku begitu hangin dengan bangla roti sorang ni.Mungkin kerana...Ahh..Baru aku teringat..Kira-kira 3 bulan yang lalu Sharmila ada berjumpa dengan aku pada satu malam.Malam itu suara Sharmila terketar-ketar.Sharmila memberitahu aku bahawa beliau telah hilang kegadisannya sewaktu balik dari kerja.Aku ketawa terbahak-bahak ketika itu.Bagi aku lawak Sharmila pada malam itu begitu ganas..Namun Sharmila bersungguh-sungguh mengatakan bahawa ianya benar dan bukan lawak bodoh.Lalu aku terdiam.Aku minta Sharmila menceritakan satu persatu apa yang telah berlaku.Dengan sura teresak-esak Sharmila memberitahu bahawa dia telah diperkosa dibelakang pondok menunggu bas ketika ingin pulang dari kerja 2 malam yang lepas.Katanya pada masa itu dia bersaorangan kira-kira pukul 9 malam.Tiba-tiba datang seorang lelaki berdiri agak rapat dengan Sharmila.Sharmila tak endahkan lelaki itu.Matanya hanya tertumpu pada arah bas atau teksi yang akan datang sebentar lagi.Kemudian secara mendadak,Menurut Sharmila lelaki itu menolaknya sehingga terjatuh dan tergolek dibelakang tempat menunggu bas tersebut.Perkara itu berlaku dalam sekelip mata.Disebabkan panik,Sharmila cuba meronta.Namun semakin kuat dia meronta semakin rakus lelaki itu menggomolnya.Kemudian mungkin bengang dengan rontaan Sharmila,lelaki itu melepaskan satu tumbukan padu kemuka Sharmila.Dan selepas itu Sharmila tidak ingat lagi apa yang berlaku.Mungkin pengsan.Menurut Sharmila lagi,sedar sahaja dia telah berada dihospital K,dan doktor mengesahkan bahawa dia telah diperkosa.Ketika itu aku seperti orang bodoh hanya mendengar kata-kata Sharmila.Setelah agak lama aku dapat menerima kenyataan itu.Lalu aku bertanya pada Sharmila sama ada dia kenal lelaki yang memperkosanya itu.Menurut Sharmila dia tidak mengenali lelaki itu tetapi kalau dilihat dari segi pakaian,berkain pelikat dan berbaju kemeja lengan panjang,Sharmila yakin lelaki itu Mat Bangla.

     Tiba-tiba lamunan aku terhenti....

"Ya...Mat Bangla....Bangla...Bangla roti...Patutlah aku hangin sungguh bila terpandang muka Bangla roti tadi....Ampehh.."

"Sudah lah tu...U nak bersembang dengan Bangla roti ke atau dengan I.Kalau macam ni bila nak selesai masaalah I.."Sharmila bersuara lantas memadamkan ingatan aku pada si Bangla durjana...

Aku tersentak,lalu tergolek dari bangku simen.Aduh,sakit sungguh punggung aku.

"Kenapa Shar..?Kenapa main sergah2 jew ni...Lain kali bagilah salam ke,apa ke..."

Balas Sharmila bengang,

"Amboi amboi amboi.....Dah tiga kali kali I bagi salam,tapi U asyik sebut nama bangla roti...Apa kes ni..? Dah buang tabiat ke apa..?"

Aku tersipu2...Baru aku sedar rupanya aku bermimpi hingga terjatuh dari bangku tempat aku bersandar.Ermmmm...Pelik betul mimpi aku tadi...Sharmila mengandung anak luar nikah..he he..kemudian aku tersengeh sambil memandang kearah Sharmila yang masam mencuka.Tak dapat aku bayangkan kalau perkara ini betul2 terjadi..hai,,beruntung la enko mat bangla...Aku masih tersengeh...

"Yang U sengeh2 pe hal..?Ini last warning untuk U,,Kalau U buat sekali lagi benda macam ni,,I bersumpah,I akan tinggalkan U tanpa belas kasihan...Ingat..!!"

Tiba2 Sharmila memecahkan keheningan...

"Ok ok,,lain kali I tak buat dah,,,I janji,I tak akan tidur lagi dihalayak ramai sampai mengigau...Percaya kat I ya..."

Balas aku perlahan cuba memujuk Sharmila..

"Suka hati U lah,,Janji ke apa ke...Sekali lagi U buat,,,siappppp....Dah lah..I tak ada mod..U dah rosakkan semuanya...Mod I dah hilang entah kemana..I nak balik..Kensel date kita hari ni....Muktamad.."

Hadoi...kesitu pulak perginya minah ni....

"Shar...Tolong Shar...Jangan lah macam tu,,,Shar baik kan,kan,kan..."

"Maaf...Petang ni I jahat....Tak berapa nak baik...I nak blah...Selamat jalan romeo.....U pun boleh blah....."

Sharmila terus meninggalkan aku yang masih terpingga2...Apa lah punya nasib.....Melepas aku petang ni..kalau tak dah pasti perut aku kenyang...heh heh heh...aku masih mampu tersengeh....

"Hampeh punya bangla roti....Kerana engkau lah aku kempunan petang ni..."