JUST ME AND ME AGAIN

Saturday, September 25, 2010

SELAMAT PAGI CIK GU.....

   

  Alam persekolahan adalah waktu yang paling menyeronokan dan banyak meninggalkan kenangan dalam diri kita.Peringkat menengah adalah puncak segala kenikmatan dalam alam persekolahan.Ada yang pahit,ada yang manis,ada yang masam,ada yang kelat,yang pasti, semuanya menyeronokan...


  Ni aku nak cerita sikit kenangan manis pasal didenda.Sebelum aku teruskan catatan ini,aku nak bagi tahu korang,apa sahaja denda yang cik gu berikan kepada kita dahulu,adalah untuk kebaikan kita agar kita menjadi manusia yang berguna dan tidak mengulangi kesalahan itu lagi,cuma caranya sahaja berbeza.Kepada yang masih bersekolah,apabila di denda,ingat lah semuanya berpunca dari kita.Cik gu tak akan mendenda kita tampa usul periksa.Sebab kita adalah manusia dan bukannya pokok pisang karuk yang boleh diterajang dan di kung fu sesuka hati.

  Denda yang akan aku ceritakan ini mungkin tidak pernah korang dengar ataupun korang alami.

Kes 1

  Sekitar penghujung 80 an.Masa tu kami dalam tingkatan 3.Rasa dah bagus sangatlah.Tahun tu kami akan menghadapi peperiksaan SRP.Waktu itu juga muzik rock tengah hot dipersada seni tanah air.Kami yang masih bersekolah tidak ketinggalan dipengaruhi oleh gelombangnya.Kumpulan2 rock seperti Search,Wings.XPDC,Left Handed dan banyak lagi,menjadi ikutan kami.Apa sahaja budaya yang mereka bawa,Kami akan terimanya,termasuklah cara mereka berpakaian.Apa yang mereka pakai,kami akan pakai.Baju wajib,mesti ada gambar hantu.Paling top,hantu Iron Maiden.Warna mesti hitam.Warna lain,terutamanya pink kaler,boleh blah.Seluar pula jeans ketat macam bungkus nangka+senteng macam mengharung air banjir.Rambut panjang tutup mata.Nampak hidung dan mulut je.Yang bab rambut ni kami tak dapat nak ikut,sebab masih bersekolah.Bahasa pula,lu gua,gua lu.

   Kisahnya begini,suatu hari,aku dah lupa hari apa,kami telah membuat bising didalam kelas gara2 mendendangkan lagu rock terhangat masa tu.Tanpa kami sedari,perbuatan kami telah dihidu oleh guru besar.Memandangkan bilik beliau bertentangan dengan kelas kami,maka tersangatlah pantasnya guru besar datang menyerang.Walaupun guru besar kami tak sebesar mana,namun kemarahannya pada masa itu,mengalahkan Sarip Dol.Dengan bersenjatakan tali pengikat bendera yang secara kebetulan terputus pada sebelah paginya,beliau mengamuk dengan memberikan kami libasan2 padu dibahagian keting dan peha.Sakit?Jangan ceritalah.Kalau korang nak rasa,korang cubalah..

   Masa tu tuhan sahaja yang tahu macam mana takut dan cemasnya kami.Ada yang keluar air mata,ada yang terhencot2,ada yang lari2 anak dan macam2 lagi lah.Setelah puas membelasah kami,beliau berceramah lah pulak.Dalam 10 minit,ceramah pun tamat.Aku dapat rasakan keadaan akan kembali normal,namun sangkaan ku meleset apabila guru besar terpandang seluar sekolah ketat @ senteng ala2 penyanyi rock yang kami pakai.Beliau mengarahkan mereka2 yang memakai seluar ketat@senteng berkumpul di depan papan hitam.Guru besar sempat membuat lawak bodoh dan kami diketawakan oleh rakan2 lain yang tak terlibat.Rasa2 macam beruk sarkis lah pulak.Muka pun dah tukar kaler biru+merah.Korang tahu denda apa yang kami terima?Guru besar dengan rakusnya telah mengoyakkan seluar kami hingga keparas lutut.Nasib baik tak sampai ke pangkal peha.Apabila seluar dah dikoyakkan,maka parut kesan terkena libasan tali bendera tadi pun terserlah lah.Adoi,malunya.Tengah pikiaq,time balik kang macamana.Dah lah kena naik bas awam....malas aku nak bayangkan....ha ha haaaa......

   Apa pendapat korang,apabila denda2 sebegini,diguna pakai pada hari ini.Rasanya ramai gurubesar yang kena saman.Bagi aku,denda2 yang tak masuk akal sebeginilah yang banyak menyedarkan aku agar menjadi manusia yang berguna.Setakat rotan dan berdiri atas kerusi ni,dah lali.

  Terima kasih guru besar.Sekarang ni umor aku pun dah hampir nak sama dengan umor guru besar sewaktu dia membelasah aku dahulu.Dan kalaulah aku ada kesempatan melalui kesedaran ini,aku ingin memohon seribu kemaafan dari beliau,namun aku tidak berkesempatan,kerana beliau talah meninggalkan kami selama2nya.Amin.Kepada guru2 aku yang lain juga,aku memohon kemaafan,atas kenakalan ku dahulu.

Terima kasih cik gu.

   Korang rasa bagaimana?Pelajar2 sekarang ni lain pulak yang terkoyak.Aku dahulu,seluar yang koyak.Nak tahu apa dia?Korang pikirlah sendiri.Aku dah malas nak pikir,buat buang karan yo.