JUST ME AND ME AGAIN

Friday, January 7, 2011

ANTU MAK LIMAH BELI RUMAH LA PULAK...

  
     Pak Wie seorang penyanyi terkenal.Beliau telah mengukir nama dipersada muzik tanahair setanding dengan nama2 besar yang lain.Sebut saja nama Pak Wie,semua orang tahu,semua orang kenal.Siapa yang tak kenal Pak Wie..?Siapa..?Hanya kanak2 yang berumur 1 tahun kebawah saja yang tak mengenali Pak Wie.Selain pada itu,semua kenal pada Pak Wie.Pak Wie begitu terkenal.Namanya menjadi sebutan.Lagu2nya menjadi siulan tak kira umur.Tua,muda,kecik,besar,semuanya meminati lagu2 dendangan Pak Wie.

     Pak Wie telah memiliki semuanya.Kereta besar,rumah besar,bini yang besar2,keluarga yang besar dan bermacam2 lagi yang besar2..Namun ada satu perkara yang Pak Wie amat kesali.Semenjak Pak wie merantau ke kota metropolitan,sehinggalah beliau mengukir nama sebagai penyanyi pujaan ramai,Pak Wie tidak pernah pulang kekampung halamannya sendiri.Semua ini kerana gara2 Pak Wie dihalau dari rumah oleh ayahnya 13 tahun yang lalu.Pak Wie bukan tak mahu pulang.Tapi Pak Wie berasa malu yang amat sangat.Malu kepada orang2 kampung yang menyaksikan peristiwa paling pahit dalam hidup Pak wie.

     Pak wie masih ingat,13 tahun yang lalu,lebih kurang pukul 8 malam,Pak Wie sedang menjalankan operasi kebas dan lari.Target Pak Wie pada malam itu ialah rumah Mak Limah.Rumah Mak Limah agak terpencil sedikit dari rumah2 yang lain.Lagipun Mak Limah cuma tinggal berdua sahaja bersama anak daranya,Kelesom.Ini akan memudahkan tugas Pak Wie.Modus operandi Pak Wie mudah sahaja.Pergi rumah Mak Limah,Beritahu Mak Limah kononnya ada orang meninggal dunia kat surau.Bila Mak Limah dah keluar dengan Kelesom untuk kesurau,Pak Wie akan pecah masuk rumah Mak Limah.Ambil apa yang patut.Kebas dan lari.Mudah....

     Malam itu seperti kebiasaan,Pak Wie pergi berjalan kaki tanpa membawa lampu suluh.Sampai dibelakang dapur Mak Limah,Pak Wie mempertajamkan pendengarannya.Hanya kedengaran bunyi air dicurah datang dari arah bilik mandi Mak Limah yang hanya berdindingkan daun rembia.Pak Wie mengendap untuk memastikan siapa yang sedang mandi.Berderau darah Pak Wie dengan apa yang dilihatnya.Jantungnya hampir berhenti berdegup.Peluh jantan berjujuran keluar membasahi muka Pak Wie.Otak Pak Wie berhenti berfikir.Buntu...Cuma kata2 ini yang dapat Pak Wie lafazkan..."Aaa aa.aa be be betul tul tul ke ke a a apa pa yang yang a a aku ku li lihat hat ni ni niiiii....."

"...Aaaaaaa..tolonggggggggg..ada orang mengintaiiii....."Terdengar pula suara Mak Limah sedang menjerit dari dalam bilik air berdinding rembia."Tolonggggg....Tolongggggg...."Jerit Mak Limah Lagi.

     Pak Wie hanya mampu mendengar sahaja jeritan Mak Limah.Pak Wie tak mampu hendak melarikan diri.Kaki Pak Wie seakan2 kaku,kebas..tak mampu digerakkan. Apa yang dilihatnya sebentar tadi betul2 mengganggu fikirannya...Tiba2 "Gedebukkkk...!"Bunyi terakhir yang Pak Wie dengar pada malam itu.Sebiji kelapa masak jatuh tepat keatas kepala Pak Wie.Pak Wie tak ingat lagi apa yang berlaku selepas itu.

     Hinggalah pada keesokkan paginya,Apabila Pak Wie membuka mata,Pak Wie mendapati dia berada didalam sebuah rumah kosong yang hampir roboh.Kepala Pak Wie masih terasa sakit.Berdenyut2..Pak Wie meraba kepalanya.Ada kesan benjol pada kepala Pak Wie.Pak Wie kuatkan semangat,lalu melangkah keluar dari rumah usang itu.Alangkah terkejutnya Pak Wie bila saja dia keluar dari rumah usang itu,Pak Wie mendapati,rumah itu adalah rumah lama kepunyaan arwah suami Mak Limah didalam dusun durian dihulu kampung...Kira2 5 batu jauhnya dari rumah Mak Limah.Tanpa berfikir untuk kali kedua,Pak Wie terus mengatur langkah seribu menuju kerumahnya....

     Sementara itu dihalaman rumah Pak Wie sedang berlaku satu kekecohan."Celaka betul anak engkau lebai oi...Aku yang tua ni pun nak diintainya semasa aku mandi..."Tempik Mak Limah dihadapan Lebai Husen dan orang2 kampung yang semakin ramai mengerumuni halaman rumah Lebai Husen."...Engkau biar betul Limah...?Anak aku tak pernah buat kerja tak senonoh tu.."Balas Lebai Husen."Ah..Engkau pun sama dengan anak engkau...Lagi engkau nak menangkan budak tak guna tu..."Sambung Mak Limah pantas."Dan kalau engkau masih tak percaya,bila budak tak guna tu balik nanti engkau tengok,pasti ada benjol dikepalanya,kesan pukulan pelepah kelapa dari aku..."Nada Mak Limah makin meninggi.Marahnya kepada Pak Wie teramat sangat."Kalau budak tak guna tu tak lari malam tadi,mahu mati aku kerjakan..."Lebai Husen hanya mampu mendengar.Beliau sudah kehabisan modal untuk mematahkan kata2 Mak Limah."Ingat lebai,ini amaran terakhir aku,Lebih baik engkau halau sahaja budak tak guna tu dari kampung hari ini juga.Dan kalau aku lihat lagi mukanya pada besok pagi,aku tiada pilihan lain,selain membuat repot dibalai polis..."

     "Dah lah mak,mari lah kita balik.Malu lah sikit pada orang kampung terjerit2 macam kena rasuk..."Kelesom mencelah.Dengan harapan dapat memujuk emaknya."Engkau apa tahu Kelesom.Tak kena pada batang hidung engkau,bolehlah engkau cakap..."Mak Limah masih belum mahu berlembut."Ye lah Mak Limah,elok Mak Limah balik dulu,nanti kalau Pak Wie balik tahulah kami menguruskannya..."Sunut cuba menyampuk,tapi ditempelak balik oleh Mak Limah."Engkau diam...Jangan nak masuk campur.Nanti kalau keluarga engkau pula kena intai,baru engkau tahu...."Sunut terkulat2.

    Lebai Husen cuba berlembut"Macam ni lah Limah,nanti kalau Pak Wie balik tahu lah aku menyelesaikannya.Baiklah,kalau betul anak aku buat apa yang engkau kata,aku sendiri yang akan menghalaunya nanti.Engkau baliklah dulu.Aku janji..Engkau tak perlu risau...Baliklah kerumah engkau...Aku akan uruskan..."

     "Emmmmm...Baiklah,kalau engkau dah berjanji macam tu,aku setuju.Aku balik,tetapi ingat...Kata dikotakan...Kalau tidak dengan engkau2 sekali nahas nanti...."Mak Limah menoleh kepada Kelesom"Dah,mari kita balik...Makin lama aku disini,makin menyampah aku dengan muka lebai tu..."Pak Husen menelan sahaja bulat2 sindiran Mak Limah.Kalau dilawan mahu sahaja kepalanya pula nanti yang benjol.

     Keadaan menjadi aman kembali.Mak Limah sudah pulang.Yang tinggal hanya Pak Lebai dan beberapa orang kampung yang sedang asyik berbisik sesama sendiri,menganalisis kejadian yang baru berlaku.Bermacam2 andaian disuarakan.

     Tak lama kemudian,Pak Wie sampai kerumahnya.Pak Wie terkejut melihat orang2 kampung berkumpul dihalaman rumahnya.Sebelum sempat Pak Wie menegur"Hah,itu pun Si Pak Wie dah balik..."Laung Sunut.Lebai Husen terus meluru kearah Pak Wie."Sah...Memang sah..!Tak guna punya anak,sanggup engkau memalukan aku dengan mengintai Mak Limah tua bangka tu mandi...?"Ucap Lebai Husen sebaik sahaja beliau ternampak benjol dikepala Pak Wie."Engkau dengar sini baik2.Aku nak engkau kemaskan kain baju engkau sekarang dan berambus dari sini hari ini juga..Paham...?"

     "Tapi ayah...Ayah belum tahu cerita yang se..."Pak Wie cuba mempertahankan dirinya,Tetapi kata2nya dipotong dengan pantas."Sudah....Aku tak mahu dengar apa2 alasan lagi.Benjol dikepala engkau sudah cukup menjelaskan segala2nya...""Cepat,berambus engkau dari kampung ini.Engkau telah menyapu arang kemuka aku...Engkau telah menjatuhkan maruah aku sebagai lebai dikampung ini..."

     Pak Wie mengalah.Tiada gunanya dia melawan kata2 ayahnya.Dia paham sangat dengan perangai ayahnya.Kalau hitam katanya,hitam lah.Dengan langkah longlai Pak Wie menuju keatas rumah.Kain baju dimasukkan kedalam beg plastik.Pak Wie nekad,sekali dia dihalau keluar,dia tak akan kembali lagi.Dihalaman rumah suara2 sinis orang kampung mengutuknya,masih kedengaran..Air mata Pak Wie mengalir perlahan.Sebak terasa dihatinya,bila ayah kandungnya sendiri yang menghalaunya keluar.Pak Wie sedar,selama ini dia tidak pernah mahu menerima nasihat2 dari ayahnya.Dan inilah padahnya.Hukuman pada kesalahan2 yang pernah dilakukannya dahulu....Pak Wie pasrah,dia memang bersalah dan dia mesti pergi.Kalau arwah ibunya masih hidup tentu dia akan mempertahankan Pak Wie,namun semua itu tidak akan berlaku sekarang...Ibunya telah lama pergi meninggalkannya.....

     Bermula pada hari itu,Pak Wie memulakan hidup berkelana seorang diri.Merata pelosok bandar dijelajahinya.Begitu banyak pahit maung yang dilaluinya.Hinggalah kehari ini,Pak Wie telah berjaya membena satu empayar besar dalam bidang nyanyian.Satu pekerjaan yang tak pernah terlintas dihatinya sewaktu meninggalkan kampung dahulu.Kini Pak Wie hidup bahagia bersama isteri dan anak2nya dikota besar.Apa yang dingini pasti diperolehi.

     Cuma satu perkara yang Pak Wie tak dapat perolehi sehingga sekarang.Jawapan....Ya,jawapan pada apa yang dilihatnya 13 tahun yang lalu dibilik air berdinding rembia milik Mak limah....Pak Wie masih ingat lagi apa yang dilihatnya.Mak Limah dilihatnya sedang bermesra2 bersama pasangannya yang wajahnya tak ubah seperti Mak Limah sendiri!Dua orang Mak Limah sedang bermesra2 sambil membincangkan hal jual beli rumah peninggalan arwah suaminya yang terletak didalam dusun durian di hulu kampung......Urusan jual beli yang tidak membabitkan wang ringgit,sebaliknya darah Kelesom.....Hanya setakat itu yang Pak Wie tahu sebelum dia jatuh pengsan setelah kepalanya dihempap sesuatu.......

                                      -TAMAT DAH-
               cerita karut aku...yang lain2 korang pikir le sendiri...
           malas aku nak nyambung,bantal dah memanggil2....