JUST ME AND ME AGAIN

Wednesday, March 23, 2011

KISAH DAN TAULADAN

     Ini ada satu kisah yang nak aku kongsi dengan korang semua.Kisah ni diceritakan kepada aku oleh bilal kampung aku.Kesahihan kisah ni tak dapat aku nak pastikan.Tapi yang pasti,kisah ni boleh dijadikan tauladan walaupun pengakhirannya agak mengejutkan.


     Kisahnya lebih kurang begini.Ada sepasang suami isteri tinggal disalah satu daerah kat Malaysia ni.Pengetahuan agama sisuami sangat rendah dan boleh dikatakan tiada langsung.Manakala siisteri tahulah sikit2.Sisuami tidak pernah menunaikan tuntutan agama seperti solat,puasa,zakat dan sebagainya.Apabila ditegur oleh isterinya,beliau memberikan alasan tidak tahu.Nak belajar pulak,katanya dah tua.Susah nak masuk.


     Hari demi hari,usia mereka makin meningkat.Pernah suatu ketika sisuami berasa malu yang amat sangat apabila semua kaum lelaki seangkatannya dikampung itu menunaikan solat secara berjamaah dimasjid.Dia juga ada mendengar kata2 sindiran dikedai kopi kononnya dia tak tahu solat.Sisuami berasa terhina dengan kata2 sindiran itu memandangkan usianya yang telah tua.Dan yang paling menyentuh hatinya apabila imam sendiri pernah mengajaknya solat berjamaah dimasjid.


     Hinggalah pada satu petang hatinya tergerak untuk pergi kemasjid bersolat maghrib secara berjamaah.Namun kejahilannya,membuatkan dia teragak2 untuk pergi kemasjid.


Suami-Aku takut, aku diketawakan oleh jamaah yang lain kerana aku tak tahu bersolat jamaah.Alangkah malunya aku nanti.Mana aku nak sorokkan muka....


Isteri-Janganlah takut sangat.Belum cuba belum tahu.Tuhan dah gerakkan hati abang untuk bersolat,abang pergi ajalah...


Suami-Masaalahnya aku tak tahu langsung nak bersolat...?


Isteri-Bang,begini...Nanti abang ambil barisan dibelakang imam.Abang ikut sahaja apa yang imam lakukan.Kalau imam berdiri,abang berdiri.Kalau imam rukok,abang rukok.Kalau imam sujud,abang pun ikutlah sujud sama...Kan solat berjamaah ni kena ikut imam.Jadi apa yang imam lakukan,abang ikutlah....


Suami-Ye lah,ye lah....Dah panjang lebar engkau berceramah,aku pergi ajalah nanti.


     Senja itu,sisuami melangkah penuh semangat menuju kemasjid untuk solat maghrib berjamaah.Seperti kata isterinya,dia berdiri betul2 dibelakang imam.Ini akan memudahkannya untuk mengikut setiap pergerakan imam semasa solat.Bermula solat,semuanya berjalan lancar bagi sisuami.Imam rukok,dia rukok.Imam sujud,dia ikut sujud.Pada rakaat kedua,secara tiba2 imam menarik kain pelikatnya keparas lutut sambil mengibas2kan kedepan dan kebelakang,kemudian menyambung semula solat.Sisuami apa lagi,dia pun turut sama mengangkat kain keparas lutut sambil mengibas2kan seperti yang dilakukan oleh imam.Ada makmum yang tersengeh2.Ada juga yang menundukkan kepala agar tidak ketawa.Sisuami pula mula berasa tak sedap hati.Manakan tidak,hanya dia seorang sahaja yang mengangkat kain bersama imam,sedangkan makmum yang lain tidak berbuat begitu.Namun solat diteruskan hingga selesai.


     Selesai menunaikan solat,kelihatan beberapa orang makmum cepat2 keluar dari masjid.Sebaik sahaja sampai keluar masjid,mereka terus ketawa berdekah2 hingga nak pecah perut.Bilal mengeleng2kan kepala.Sementara sisuami berasa gelisah,seakan2 ketawa itu ditujikan kepadanya.Melihat keadaan itu,bilal cepat2 menarik tangan sisuami kedapur masjid.


Suami-Ada apa bilal tergesa2 menarik saya kedapur ni..?


Bilal-Ni aku nak cakap sikit,tapi sebelum tu aku nak mintak maaf dulu kalau kata2 aku nanti menyinggung hati engkau.Tadi semasa rakaat kedua seekor cicak masuk kedalam kain pelikat tuan imam kita,lalu dikibas kain pelikatnya agar cicak itu keluar.Yang aku pelik,aku terperasan tadi yang engkau pun sama mengibas2 kain pelikat.Cicak masuk dalam kain kamu juga ke..?


Suami-Se..se..sebenarnya aku ikut apa yang imam buat....Aku tak tahu cara bersolat,jadi isteri aku suruh aku ikut sahaja apa yang imam buat....Jadi yang imam kibas2 kain tadi tu tak ada dalam rukun lah...?


Bilal-Tak ada pun..Imam terperanjat bila rasa ada benda merayap dekat kakinya,lantas dikibaskan kainnya dua kali,cicak tu pun melompat keluar.


Suami-Aduhhhh...malunya aku...


     Itulah apa yang kita dapat,apabila bermacam2 alasan cuba kita berikan apabila disuruh membuat sesuatu.Kononnya datang kemasjid kerana malu diejek.Akhirnya malu juga yang kita dapat bila datang kemasjid.Korang fikirkanlah pengajarannya.Berfikir itu jalan penyelesaian.Jangan jadikan alasan malas belajar kerana usia sudah lanjut,kerana belajar itu terhenti hanya bila kita menghembuskan nafas yang terakhir...


                                              -Assalammualaikum-