Friday, August 29, 2014

MAKHLUK MISTERI DI SAMARA / TENGOK DULU BARU KOMEN

Benda apa kah ini.Adakah sejenis haiwan?Hantu atau pun makhluk asing?Korang perati dengan teliti,ia keluar dari kawasan semak dan terus melompat kedinding dan kemudian memanjatnya sampai ke puncak bangunan.Aku pun pelik.Nak kata penipuan,macam real la sangat.Nak kata petikan dari filem,tak pernah lak tengok.Video ni telah dialih format kepada fail gif untuk memudahkan kita melihatnya berulang kali.Diambil dari video"something crawling on the wall of the house on Samara"

nak real lagi klik link youtube kat bawah untuk tengok video.

Found from this video titled “something crawling on the walls of the houses on Samara” 








Thursday, August 28, 2014

HEBATNYA GAMBAR LUCAH/PORNO KITA DAH MACAM GAMBAR DALAM MAJALAH

Ni aku nak cerita lagi pasai kehebatan orang islam zaman sekarang.Mereka memang hebat segala-galanya.Ilmu pelajaran,ilmu agama dunia akhirat,harta berlimpah ruah,datang pula dari keluarga baik-baik,sesungguhnya mereka memang hebat.Namun itu baru sedikit...Banyak lagi kehebatan lain yang keluarga mereka sendiri tidak tahu apatah lagi kita ini.Salah satunya aku tunjukan kat bawah ni.Ini mungkin diantara model2 terawal atau pun perintis dunia permodelan global dalam bidang pornografi bagi wanita islam.Setiap gambar ada aksi tersendiri.Bukan seperti dahulu,kaku sambil tutup muka.Aku tak nafikan dulu2 lagi dah ada benda macam ni kat Malaysia ni,tapi tak sehebat zaman sekarang.Dulu2 ia tak disebarkan,atau pun tak mampu untuk disebarkan keseluruh dunia.La ni dengan hanya tab berharga rm199 pun gambar ini boleh merentas ke segala benua.Lagi satu dulu2 mereka melakukannya kerana terpaksa dibawah tahap kesedaran katanya.Sekarang ni tidak lagi,mereka buat dengan penuh kerelaan dan ketaatan kepada kekasih tercinta demi cinta sejati...Haktuihhh..

Satu yang aku pelik sangat,kenapa kain tudung itu tak dibuka sekali.Adakah ia sengaja tidak dibuka sedangkan yang lain dah habis terdedah.Atau itu satu dari kehebatan mereka untuk sengaja menunjukan yang mereka beragama islam dengan wajah kelabu kelat orang Asia.hanya mereka yang tahu.

Korang fikir sendiri..Apa akan berlaku 20 tahun dari sekarang kat Malaysia ni.

Maaf tak de gambar tuk rujukan korang,,,,

blog aku ni bukan blog lucah@porno.Kalau itu sangkaan korang,di persilakan berambus....





























Wednesday, August 27, 2014

SOALAN BODOH YANG KADANG2 JAWAPANNYA MUNASABAH

Antara soalan berkaitan pantun dulu2,yang rasanya prop pun belum tentu dapat menjawabnya dengan tepat...Kalau korang nak cuba2 menjawabnya,silakan...Tapi jangan salahkan aku kalau tidak ketemui jawapan yang tepat,,Masa diberikan,ikut suka korang....just for fun,

Soalan berikut berdasarkan pantun dibawah.Pilih satu jawapan sahaja.



Budak-budak bermain tombak,

Tombak diikat dengan rantai,

Kalau takut dilambung ombak,

Jangan berumah ditepi pantai.



1)Siapakah nama seorang dari budak-budak yang bermain tombak itu?

a-Hang nak gi mana

b-Hang Harun Salim Bacik ke

c-Hang Lekuk

d-Hang pikir la sendiri

e-Hang temberang je lebih



2)Kenapa tombak diikat dengan rantai?

a-Tombak itu cuba melarikan diri

b-Tombak itu telah patah

c-Ada aku kisah

d-Kerana kau kekasih

e-Kerana tombak adalah seekor lembu



3)Siapakah yang takut dilambung ombak?

a-Ketua kampung 

b-Rambo

c-Tukang kebun sekolah

d-Penggali kubur musim ke 4

e-Rakit buluh



4)Kenapa rumah dibuat ditepi pantai,bukan ditepi perigi?

a-Kerana disebelahnya ada pasar raya

b-Senang untuk berkelah

c-Arahan ketua jkkk

d-Tepi pantai ramai pelancung asing

e-Mereka sendiri pun tak tahu



Cari perkataan lain yang sesuai menggantikan perkataan berhuruf gelap berdasarkan pantun dibawah.



Kajang tuan kajang berlipat

kajang hamba mengkuang layu

Dagang tuan dagang bertempat

Dagang hamba terbuang lalu



5)Kajang tuan kajang berlipat

a-Bergusti

b-Bergosip

c-Bercanda

d-Berkarauke

e-Berkipas lipas



6)Kajang hamba mengkuang layu

a-Kangkung

b-Asparagus

c-Lengkuas

d-Tembikai susu

e-Engko ada



7)Dagang tuan dagang bertempat

a-Dugong

b-Tunggang

c-Kacang

d-Bacang

e-Bangang



8)Dagang hamba terbuang lalu

a-Bedah tong gas

b-Cipan gunung

c-Artis k pop

d-Pak Maun

e-Pencacai



Jawab semua soalan berdasarkan pantun dibawah



Dari Arab turun ke Aceh

Naik ke Jawa berkebun serai

Apa diharap pada yang kaseh

Badan dan nyawa lagi bercerai



9)Kenapa mereka turun ke aceh?

a-Hanya mereka yang tahu

b-Kerana ada kenduri

c-Kerana terpaksa

d-Kerana kehabisan minyak

e-Kerana kau



10)Apakah yang ditanamnya selain serai?

a-Angan-angan

b-Cerucuk konkrit

c-Ubi kayu

d-Periuk api

e-Lantak korang



11)Apakah yang diharapkan?

a-Balasan sms

b-Harapkan pagar

c-BR1M

d-Harapan ku musnah

e-Semua ini poyo



12)Siapakah yang bercerai?

a-Artis tempatan yang hantarannya puluhan ribu

b-Jiran ketua kampung korang

c-Ahli politik

d-Towkey kedai emas

e-Entah

Kalau jawapan korang semuanya (e),korang memang bijak dari prop kat UM sinun...Bhahahahhh



KISAH HANTU YANG PALING MENYERAMKAN KETIKA BERSENDIRIAN

Anda terlebih dahulu dinasihatkan supaya tidak membaca kisah ini ketika bersendirian atau pun ketika waktu malam,kerana kisah ini amat lah menyeramkan.Pastikan anda membaca sehingga tamat.

Dilihat dari tajuk sahaja telah terbukti ini adalah kisah yang menyeramkan atau pun paling tepat,kisah yang amat menyeramkan.Memandangkan ianya sebuah kisah seram sudah pastilah ada hantu dalam kisah ini.Dan hantu itu pastilah amat menyeramkan.Kalau tidak,tidaklah dikatakan kisah seram.Bagaimana tahap keseraman kisah ini bergantung kepada hantunya yang menyeramkan.Jika membaca kisahnya sahaja telah membuatkan kita seram,bagaimana kalau kita terjumpa hantunya yang sungguh menyeramkan?Jadi sekali lagi diingatkan ini adalah sebuah kisah yang amat-amat menyeramkan.

Untuk memastikan kisah ini benar-benar seram pemilihan hantu yang menyeramkan amatlah diperlukan.Kerana dengan keseraman hantu-hantu ini akan menambahkan lagi keseraman kisah ini.Sungguh menyeramkan sekali.Dah namanya pun kisah seram,pasti lah menyeramkan.Kalau tidak timbul keseraman ketika membaca kisah ini,maka ini bukanlah kisah hantu yang amat menyeramkan.Jadi hantu-hantu ini juga banyak memainkan peranan menyeramkan kisah seram ini.Jika anda menghayati dengan sepenuh penghayatan,pasti anda terasa keseramannya sebaik sahaja anda membaca tajuknya.Tajuknya berbunyi,kisah hantu yang amat menyeramkan.Bila dah seram pasti ada hantu dan bila ada hantu,tentulah lebih menyeramkan.Jadi berhati-hatilah membaca kisah seram ini.

Kesimpulan dari kisah seram ini ialah,hantu adalah satu yang menyeramkan.Seram membaca kisah seram tidaklah sama dengan keseraman menemui hantu yang sebenar.Kerana hantu yang sebenar adalah lebih menyeramkan.Kalau anda tidak percaya tolehlah kebelakang anda seketika.Adakah timbul sesuatu yang menyeramkan dalam diri anda?Atau pun tiada apa yang kelihatan,maka anda tidak berasa seram.Maka lihat pula dipenjuru pintu bilik anda.nampak tak sesuatu kalibat yang berdiri ditepi sebelah kiri pintu tersebut.Pasti amat menyeramkan untuk mengakuinya yang anda telah merasa sedikit keseramannya.Pastikan anda hanya melihat dengan sepintas lalu.Kerana sesuatu yang menyeramkan itu boleh membuatkan anda terkaku sambil terkencing dengan sendirinya.Bulu roma dan bulu tengkuk anda akan berdiri dan meremang dengan sendirinya.Itu tanda ia begitu hampir dengan anda.Hanya anda yang tidak perasan atau pun buat-buat tak perasan.Disebelah kiri atau kanan katil anda pasti ada sebuah almari yang becermin.Awas..!Jangan anda cuba-cuba berani untuk menoleh kearah cermin tersebut ketika ini.Kerana hantu yang menyeramkan itu akan muncul apabila kita asyik bercerita tentangnya.Ia juga boleh membuatkan anda berasa keseramannya dengan muncul dibelakang tubuh anda sambil tersenyum penuh makna.Dan yang paling pasti,hantu-hantu ini memang terlalu suka mengusik anda yang dalam ketakutan ketika sendirian.Dan kalau anda masih tercari-cari dimana hantu tersebut suka bersarang,nanti masa anda masuk kebilik air untuk kencing,anda toleh keatas...Pandang kearah siling sepintas lalu.pasti anda nampak sesuatu....he he he..Amacam?Dah gi tengok ke?Tak jumpa gak...Rasa dah bersarang kat blog aku ni kot...


SURAT UNTUK CIKGU DARJAH 5 MERAH

asalammualaikum.Aku nak tanya korang 2 soalan mudah.jawab dengan jujur,k.Bila korang pertama kali menulis surat dan bila kali pertama korang pandai menipu.Yang bestnya pulak,penipuan korang tu tak berapa nak menjadi.Dah lupa?Ke buat2 lupa.Kalau tak nak mengaku gak,tak apa lah.Korang baca je surat kat bawah ni.Untung2 korang ingat balik....Bhahahah


KOMIK GILA-GILA-KARTUN DULU-DULU YANG JARANG-JARANG KORANG DAPAT TENGOK

Ni ada 2 cover muka depan majalah komik gila-gila keluaran tahun 1983 bertemakan sambutan hari kemerdekaan dan beberapa keping komik yang sempat aku scan.Pada korang yang tak pernah baca atau tengok komik dulu-dulu,boleh ar buat semakan atau rujukan.Jalan cerita tak banyak berubah seperti sekarang.Masih bertemakan sesuatu peristiwa semasa yang berlaku.Sindiran,nasihat dan lawak disatukan.Banyak yang masih aku simpan sebagai koleksi,namun terlalu sukar untuk menjaganya.Serangan tikus,lipas,juga serangan dari anak-anak aku sendiri.Betul lah kata orang,nak menyimpan benda lama ni bukan senang...

COVER DEPAN MAJALAH KOMIK GILA-GILA


COVER DEPAN MAJALAH KOMIK GILA-GILA


KOMIK DULU-DULU/1


KOMIK DULU-DULU/2


KOMIK DULU-DULU/3


KOMIK DULU-DULU/4


KOMIK DULU-DULU/5


KOMIK DULU-DULU/6


KOMIK DULU-DULU/7


KOMIK DULU-DULU/8


KOMIK DULU-DULU/9


KOMIK DULU-DULU/10


KOMIK DULU-DULU/11


KOMIK DULU-DULU/12


KOMIK DULU-DULU/13


KOMIK DULU-DULU/14


KOMIK DULU-DULU/15


KOMIK DULU-DULU/16


KOMIK DULU-DULU/17


KOMIK DULU-DULU/18

Monday, August 18, 2014

10 Craziest Phone Cases We’ve Ever Seen

Telefon pintar kini lebih popular berbanding sebelumnya, dan ia tidaklah mudah untuk mencari cover telefon yang sepadan dengan personaliti anda. 

Walaupun kebanyakan orang membeli cover untuk melindungi peranti mereka daripada jatuh dan calar, namun pada masa kini ia menjadi lebih rumit.Terlalu banyak pilihan yang ada dijual.

kini anda boleh memilih antara gaya,praktikal, luar biasa, dan benar-benar pelik apabila anda membeli cover telefon pintar anda.

Cover beserta gadjet serba guna seperti pemutar skru
dan sebagainya.Jangan disalah gunakan pula.

Cever beserta pembuka minuman dalam botol


Cover beserta semburan lada pemedih mata
sesuai untuk wanita mempertahankan diri

Cover pelik hidupan laut pra sejarah untuk mereka yang pelik

Cover berbentuk botol minyak wangi,ia bukan sekadar hiasan,ia boleh
membuat semburan minyak wangi.Ia melambangkan kemewahan.

Cover ini juga sesuai untuk wanita.Ia disertakan
dengan pistol renjatan elektrik.

Cover ini menukarkan gelombang elektromagnet telefon
anda menjadi tenaga, jadi ia tidak mengambil apa-apa
kuasa dari telefon anda. Ia juga boleh mengesan panggilan masuk dan mesej
sebelum mereka muncul di skrin anda, dan anda boleh melihat pemberitahuan
pertama anda dengan cahaya dibelakang cover ini.

Cover ini menggunakan kamera Inframerah untuk membolehkan anda
melihat imej haba dengan iPhone 5 atau 5S iPhone. Ia juga
boleh membantu anda melihat di mana air berhenti mengalir atau
tersumbat didalam paip singki rumah, atau anda boleh menggunakannya
apabila berkhemah untuk memeriksa sama ada arang dari unggun api
anda telah sejuk atau masih panas.

Cover beserta objek berbentuk tangan yang sebenar.Ia hanya bertujuan
untuk menekutkan rakan-rakan.Kelemahannya ia terpaksa
dibuka andai pengguna ingin menggunakan
kamera.

Cover terbaik,Anda tidak perlu bimbang jika terlupa membawa kabel
mengecas anda. Cover ini disertakan soket pengecas terus
kepunca elektrik dimana-mana sahaja terdapat soket elektrik.

Saturday, August 16, 2014

FESYEN JILBOOBS DIHARAMKAN DI INDONESIA


Gaya fesyen 'Jilboobs' telah mencipta fenomena di Indonesia, tetapi ia telah dikritik banyak pihak termasuklah Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengeluarkan fatwa adalah haram bagi kaum wanita untuk mengenakan pakaian muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat


Namun apakah 'Jilboobs'? Ia sebenarnya adalah gandingan nama Jilbab (tudung) dan Boobs (payudara). 

Menurut Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin seperti dipetik daripada laporan The Globe Journal, fatwa ini dikeluarkan memandangkan cara menutup aurat oleh golongan ini tidak bersesuaian dan tidak menepati syariat Islam tentang cara berpakaian. 

"Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu. 

"Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual, itu dilarang sama sekali," ujarnya. 

Pada Januari 2014, sebuah komuniti wanita Muslimah dikenali sebagai Jilboobs Community dalam Facebook telah memuatnaik foto mereka mengenakan gaya fesyen tersebut sehinggakan ia mencetus reaksi kurang senang dan menerima kritikan ramai.

Namun kita di Malaysia masih di dalam kealpaan....Ini lah fesyen yang diceritakan pada zaman dahulu,bahawasanya akan datang satu zaman dimana umatnya berpakaian tetapi telanjang....

Friday, August 15, 2014

9 PULAU TERSEMBUNYI DAN TERINDAH YANG ANDA TIDAK KETAHUI

Berikut adalah gambar2 10 pulau yang anda tidak ketahui selama ini.Ianya sungguh mempersonakan.


Azores, Portugal 

Terpencil di Lautan Atlantik Utara, Azores, satu rangkaian pulau Portugis tidak diketahui oleh kebanyakan rakyat Amerika, berasa jauh tetapi sebenarnya lebih dekat ke Amerika Syarikat daripada mana-mana tempat lain di Eropah. Setiap satu daripada sembilan buah pulau-pulau gunung berapi dari Sao Miguel hingga ke pulau yang kecil Corvo memiliki keindahan tersendiri. Tetapi semua pulau-pulau ini ada mempunyai daya tarikan Dunia Lama dan menawarkan banyak cara untuk mengalami budaya tempatan. 



San Andres, Colombia 

Sebahagian daripada rangkaian pulau di Laut Caribbean kira-kira 435 batu dari tanah besar Colombia, San Andres mempunyai budaya Raizal asli yang kaya dengan Bahasa Inggeris, Belanda, Afrika, dan pengaruh Sepanyol. Penduduk tempatan, terutama di kampung kecil La Loma, masih  mengekalkan tradisi seperti membuat kraftangan daripada kelapa dan totumo kayu. Hidangan istimewa di pulau ini? Rondon, makanan berebus yang dibuat dengan ikan, Yucca, plantains, dan ladu (atau "domplines"),  Aktiviti luar dan utama bagi pelancong ialah  boleh mengelilingi pulau dengan skuter. Sambil menikmati dan meneroka teluk-teluk kecil yang tersembunyi .Juga terumbu karang yang mempersonakan penuh dengan ikan yang merupakan sebahagian daripada Rizab Biosfera UNESCO.




Kepulauan Summer, Scotland 

Di pulau Summer, hanya menawarkan  sedikit tamadun, sementara masih jauh dari pembangunan. Pulau yang tidak mempunyai jalan raya dan ia tidak boleh menampung lebih daripada 35 orang, tetapi apa yang ia miliki ialah beratus-ratus ekar tanah berlumpur gambut dan cerun terlindung, hidupan liar yang banyak, dan banyak inspirasi untuk artis dan penulis yang mencari ilham. 



Chiloe, Chile 

Kepulauan Chiloe, berhampiran Puerto Montt di pinggir utara Patagonia,  dengan landskap yang berkabus dan tradisi purba. Penduduk tempatan terkenal dengan keramahan mereka, akan menggerakkan imaginasi anda dengan cerita tentang ahli-ahli sihir dan kapal hantu. Pulau terbesar, Isla Grande de Chiloe, adalah rumah bagi kampung-kampung tepi pantai dipenuhi dengan palafitos berwarna-warni, rumah-rumah kayu di atas tiang, dan berpuluh-puluh shingledchurches. Dan walaupun Charles Darwin menghabiskan masa di sini, ramai pelancong tidak perlu. Taman negara di pinggir barat pulau itu kekal tidak disentuh, dengan batu-batuan ditepian pantai dan hutan hujan beriklim sederhana juga terbentang luas tanah ladang yang beralun dan hutan belantara, semua ini yang membuatkan Chiloe satu  tempat yang sesuai untuk bercuti.




Lord Howe Island, Australia 

Dengan tiada penerimaan telefon bimbit dan had kelajuan 15 batu per jam (untuk beberapa kereta dibenarkan), Lord Howe Island, di luar pantai timur New South Wales, melambangkan masa dahulu di Australia. Boleh berbasikal  di seluruh pulau yang tujuh batu panjangnya ini. Anda juga boleh bersnorkeling di Hole Erscott atau memberi ikan besar makan menggunakan tangan di Pantai Ned ini. Pulau terpencil gunung berapi ini terletak di persimpangan lima arus laut utama, dan sebagai rumah hidupan laut dan batu  karang karang di dunia. ia adalah syurga kepada penyelam skuba, menawarkan lebih daripada 90 spesies karang dan 500 spesies ikan tropika.  Galapagos, Lord Howe merupakan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO, dan 75 peratus daripada pulau ini dipelihara.




Isle au Haut, Maine 

"Anda tidak boleh sampai ke sana dari sini" adalah satu frasa biasa di Maine. Dan bagi kawasan tersembunyi seperti Isle au Haut yang mahu kekal rahsia, itu satu perkara yang baik. Terletak 17 batu di luar pantai berbatu Maine,  Penobscot Bay adalah tempat yang tenang untuk mendarat, tempat di mana lebih separuh daripada pulau itu (kira-kira 2,700 ekar) dilindungi sebagai sebahagian daripada Acadia National Park. James Kaiser, pengarang Acadia:. Panduan Lengkap, berkata, "Terima kasih kepada lokasi yang terpencil, Isle au Haut kerana ia adalah tempat yang sempurna untuk berendam dalam kadar perlahan dan santai. Pada bulan Julai dan Ogos,  kebanyakan pantai adalah penuh dengan pelancong. Isle au Haut berasa sangat menyenangkan tidak pernah disentuh. "Bilangan kecil pelawat (hanya kira-kira 7,000 setahun) boleh berkhemah bermalam di Duck Harbor .




Pulau Ibo, Mozambique 

Jalan laut perdagangan Arab. Kubu pertahanan Portugis. Lanun dan banduan.Itu aktiviti disini satu masa dahulu.  Pulau Ibo di utara Mozambique mungkin mempunyai sejarah tersendiri yang lalu, tetapi  sebahagian besarnya belum ditemui oleh  dunia moden. Sebahagian pulau ini beralih daripada Arab kepada jajahan Portugis sehingga Mozambique mencapai kemerdekaan pada tahun 1975. pengaruh Arab masih jelas dalam dhow (perahu layar kayu buatan tangan) kini digunakan untuk belayar dari pulau ke pulau.Ia dipenuhi dengan  perhiasan perak Kerawang yang direka oleh generasi artis berkemahiran. 





Kepulauan Corn, Nicaragua 

Pulau Corn adalah satu kepulauan yang teramat sesuai untuk bercuti bersama orang tersayang.Udaranya yang nyaman dan pemandangan yang indah,segala masalah akan hilang dari kepala anda.Anda juga boleh mendaki puncak tertinggi di pulau itu untuk melihat keseluruhan rupa bumi indah pulau itu.Boleh juga menyusuri hutan hujan nya yang subur. Juga anda boleh menyewa banglo berbumbung jerami jagung dengan kadar sewa yang berpatutan.




Koh Rong, Kemboja 

 Koh Rong, sebahagian daripada rentetan pulau-pulau di Teluk Thailand, di mana ATM dan elektrik adalah  terhad . Kira-kira 15 batu dari Sihanoukville,ia adalah pulau kedua terbesar di Kemboja, terdapat empat buah kampung kecil, membentang panjang pantai yg tidak disentuh, air yang jernih sesuai untuk menyelam dan snorkeling, dan hutan pedalaman yang padat . Terdapat trek untuk melalui pulau di denai tersembunyi atau menyewa bot nelayan tempatan untuk membawa anda sekitar Koh Rong atau ke pulau-pulau sekitarnya. Pasangan bercinta dapat mencari ketenangan di pusat peranginan di sepanjang pantai.  Pengunjung akan dapat mengalami sebuah pulau yang masih murni dan hampir tidak dibangunkan .



Thursday, August 14, 2014

AYAM,IKAN SARDIN CAP AYAM DAN IKAN BILIS

Lihat pada tajuk macam senarai barang nak dibeli kat pasar je..Hu hu..Apa yang korang boleh tafsirkan dari tiga barang yang aku tulis di atas?Aku bukan nak cerita pasal boikot barang yahudi....Aku bukan nak cerita pasal kapal terbang hilang dan aku bukan nak cerita pasal rumah ketua kampung kena rompak....

Aku nak cerita pasal dulu dan sekarang....kenapa dulu dan sekarang?Bukan cerita masa depan ke?Cerita ini ada kaitan dengan hari kemerdekaan yang ke 57 tak lama lagi.Namun apa pula kena mengena ayam,sardin dan ikan bilis dalam cerita aku ini?Apa jasa ayam dalam memerdekakan negara kita....?Tak masuk akal langsung...Ke sardin cap ayam yang membantu negara kita mencapai kemerdekaan?Ke ikan bilis..?Hu hu...

Tak ada lah sampai kesitu pula...Tak kan ayam nak pikul senapang kot..Tak munasabah langsung..Aku cuma nak imbas kembali kisah dulu2 dan kisah sekarang berkaitan tiga barang tersebut.

Kita sibuk melaungkan merdeka,,merdeka,,setiap kali sampai pada hari sambutan kemerdekaan..Namun dari segi apa yang kita merdeka,hanya diri kita yang tahu...Tok imam kampung seberang tak tahu apa kemerdekaan yang kita raikan.Pemandu lori pun tak tahu kita merdeka kerana apa..

Nak kata merdeka dari penjajah,,kita lahir selepas penjajah pulang..Rupa penjajah pun kita tak kenal,apa lagi nak bergambar kenangan dengannya.Ada yang jawab,,aku sambut merdeka ni sebab orang sambut....Kesitu pulak dah..Ada yang kata merdeka hanya tinggal nama,tang mana yang merdekanya,dia pun tak tahu..

Kita lupakan bab erti kemerdekaan ini dulu..Apa yang nak aku ceritakan ialah berkenaan dengan ayam,ikan sardin cap ayam dan ikan bilis.

Begini,dulu2 nak merasa makan ayam punyalah susah...Kalau ada kenduri kendara kat kampung dapatlah makan ayam.Itu pun kenduri sekali sekala..Bukan macam sekarang,hari2 kenduri...Mak ada bela ayam.Tak banyak mana pun...Bapak pulak selalu suruh tangkap ayam.Kita pun bagai nak rak,satu kampung kejar ayam,ingat bapak nak sembelih ayam...Dapatlah kita makan lauk ayam hari ni...Dah dapat tangkap,bapak ambil ayam tu,ikat kakinya,sangkut kat basikal terus pergi pekan.Jual ayam rupanya...melepas la kita nak makan ayam...punyalah kita hot..dah lah badan berlendir dengan peluh,bau taik ayam jangan cerita lah...senang2 je bapak pi jual ayam tu..Bersungut je kita masa tu....

Bila dah besar panjang,baru kita tahu apa yang bapak kita buat tu adalah yang terbaik untuk kita.Bapak jual ayam,duit hasil jualan itu pula dibelinya beras,ikan sardin dan ikan bilis.Maka dapatlah kita menikmatinya dalam beberapa hari...

La ni kita dah berkeluarga dan ada anak,kita masih tak dapat nak makan ayam.Bukan tak mampu,namun faktor kesihatan pula yang menghalang.Fikir balik ada logiknya kenapa orang dulu2 panjang umor dan kurang dihinggapi penyakit berangkai(jantung,kencing manis,darah tinggi,buah pinggang).Faktor makanan lah antara penyebabnya.Dulu kita kurang makan ayam.Kita banyak makan sayur dan pucuk kayu.Semua tanam sendiri.tak ada racun perosak yang disembur.Patut la lembu dan kambing tak pernah sakit..Hu hu..Sekarang ni ayam pun beracun..Patut  la ayam daging hidup tak lama,lebih kurang 45 hari je,terus kena sembelih...Kalau biar lama,nanti ayam tu mati sebab sakit..Ha ha..(tiori tak leh pakai)

Dulu2 kalau kita jumpa keluarga yang hari2 makan ikan sardin dan ikan bilis sebagai lauk utamanya,kita anggap keluarga tu miskin.Apa kelas makan ikan sardin dan ikan bilis goreng ngan kicap?Itu dulu2 punya cerita la.Sekarang ni kalau kita jumpa keluarga makan ikan sardin dan ikan bilis sebagai menu utamanya,keluarga tu mang hebat la...Mana tak nya,punyalah mahal harganya sekarang.Percaya atau tidak zaman sekarang orang susah(miskin dah tak ada)tak mampu nak beli ikan sardin cap ayam...Begitu juga dengan ikan bilis.Cuba tanya kat kedai berapa harga sardin cap ayam setin dan ikan bilis sekilo?

Moral dari cerita aku ni cuma nak mengenali diri dalam erti kemerdekaan.Bukan merdeka dari segi penjajah.Namun merdeka dalam segala hal.salah satunya yang aku tulis diatas,merdeka dari kekangan ekonomi.Maksudnya kita masih ada satu kekangan dalam segala hal...Walaupun perkaranya berbeza namun asanya tetap sama,kita masih ditakuk lama.sama seperti 40 tahun yang lalu walaupun kini pada zahirnya kita telah 57 tahun merdeka.

Maaf la kalau entri aku kali ni membosankan.Dah lama aku tak menulis.Idea pun tengelam timbul.

Asalammualaikum