JUST ME AND ME AGAIN

Wednesday, August 27, 2014

KISAH HANTU YANG PALING MENYERAMKAN KETIKA BERSENDIRIAN

Anda terlebih dahulu dinasihatkan supaya tidak membaca kisah ini ketika bersendirian atau pun ketika waktu malam,kerana kisah ini amat lah menyeramkan.Pastikan anda membaca sehingga tamat.

Dilihat dari tajuk sahaja telah terbukti ini adalah kisah yang menyeramkan atau pun paling tepat,kisah yang amat menyeramkan.Memandangkan ianya sebuah kisah seram sudah pastilah ada hantu dalam kisah ini.Dan hantu itu pastilah amat menyeramkan.Kalau tidak,tidaklah dikatakan kisah seram.Bagaimana tahap keseraman kisah ini bergantung kepada hantunya yang menyeramkan.Jika membaca kisahnya sahaja telah membuatkan kita seram,bagaimana kalau kita terjumpa hantunya yang sungguh menyeramkan?Jadi sekali lagi diingatkan ini adalah sebuah kisah yang amat-amat menyeramkan.

Untuk memastikan kisah ini benar-benar seram pemilihan hantu yang menyeramkan amatlah diperlukan.Kerana dengan keseraman hantu-hantu ini akan menambahkan lagi keseraman kisah ini.Sungguh menyeramkan sekali.Dah namanya pun kisah seram,pasti lah menyeramkan.Kalau tidak timbul keseraman ketika membaca kisah ini,maka ini bukanlah kisah hantu yang amat menyeramkan.Jadi hantu-hantu ini juga banyak memainkan peranan menyeramkan kisah seram ini.Jika anda menghayati dengan sepenuh penghayatan,pasti anda terasa keseramannya sebaik sahaja anda membaca tajuknya.Tajuknya berbunyi,kisah hantu yang amat menyeramkan.Bila dah seram pasti ada hantu dan bila ada hantu,tentulah lebih menyeramkan.Jadi berhati-hatilah membaca kisah seram ini.

Kesimpulan dari kisah seram ini ialah,hantu adalah satu yang menyeramkan.Seram membaca kisah seram tidaklah sama dengan keseraman menemui hantu yang sebenar.Kerana hantu yang sebenar adalah lebih menyeramkan.Kalau anda tidak percaya tolehlah kebelakang anda seketika.Adakah timbul sesuatu yang menyeramkan dalam diri anda?Atau pun tiada apa yang kelihatan,maka anda tidak berasa seram.Maka lihat pula dipenjuru pintu bilik anda.nampak tak sesuatu kalibat yang berdiri ditepi sebelah kiri pintu tersebut.Pasti amat menyeramkan untuk mengakuinya yang anda telah merasa sedikit keseramannya.Pastikan anda hanya melihat dengan sepintas lalu.Kerana sesuatu yang menyeramkan itu boleh membuatkan anda terkaku sambil terkencing dengan sendirinya.Bulu roma dan bulu tengkuk anda akan berdiri dan meremang dengan sendirinya.Itu tanda ia begitu hampir dengan anda.Hanya anda yang tidak perasan atau pun buat-buat tak perasan.Disebelah kiri atau kanan katil anda pasti ada sebuah almari yang becermin.Awas..!Jangan anda cuba-cuba berani untuk menoleh kearah cermin tersebut ketika ini.Kerana hantu yang menyeramkan itu akan muncul apabila kita asyik bercerita tentangnya.Ia juga boleh membuatkan anda berasa keseramannya dengan muncul dibelakang tubuh anda sambil tersenyum penuh makna.Dan yang paling pasti,hantu-hantu ini memang terlalu suka mengusik anda yang dalam ketakutan ketika sendirian.Dan kalau anda masih tercari-cari dimana hantu tersebut suka bersarang,nanti masa anda masuk kebilik air untuk kencing,anda toleh keatas...Pandang kearah siling sepintas lalu.pasti anda nampak sesuatu....he he he..Amacam?Dah gi tengok ke?Tak jumpa gak...Rasa dah bersarang kat blog aku ni kot...