Antara soalan berkaitan pantun dulu2,yang rasanya prop pun belum tentu dapat menjawabnya dengan tepat...Kalau korang nak cuba2 menjawabnya,silakan...Tapi jangan salahkan aku kalau tidak ketemui jawapan yang tepat,,Masa diberikan,ikut suka korang....just for fun,
Soalan berikut berdasarkan pantun dibawah.Pilih satu jawapan sahaja.
Budak-budak bermain tombak,
Tombak diikat dengan rantai,
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah ditepi pantai.
1)Siapakah nama seorang dari budak-budak yang bermain tombak itu?
a-Hang nak gi mana
b-Hang Harun Salim Bacik ke
c-Hang Lekuk
d-Hang pikir la sendiri
e-Hang temberang je lebih
2)Kenapa tombak diikat dengan rantai?
a-Tombak itu cuba melarikan diri
b-Tombak itu telah patah
c-Ada aku kisah
d-Kerana kau kekasih
e-Kerana tombak adalah seekor lembu
3)Siapakah yang takut dilambung ombak?
a-Ketua kampung
b-Rambo
c-Tukang kebun sekolah
d-Penggali kubur musim ke 4
e-Rakit buluh
4)Kenapa rumah dibuat ditepi pantai,bukan ditepi perigi?
a-Kerana disebelahnya ada pasar raya
b-Senang untuk berkelah
c-Arahan ketua jkkk
d-Tepi pantai ramai pelancung asing
e-Mereka sendiri pun tak tahu
Cari perkataan lain yang sesuai menggantikan perkataan berhuruf gelap berdasarkan pantun dibawah.
Kajang tuan kajang berlipat
kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu
5)Kajang tuan kajang berlipat
a-Bergusti
b-Bergosip
c-Bercanda
d-Berkarauke
e-Berkipas lipas
6)Kajang hamba mengkuang layu
a-Kangkung
b-Asparagus
c-Lengkuas
d-Tembikai susu
e-Engko ada
7)Dagang tuan dagang bertempat
a-Dugong
b-Tunggang
c-Kacang
d-Bacang
e-Bangang
8)Dagang hamba terbuang lalu
a-Bedah tong gas
b-Cipan gunung
c-Artis k pop
d-Pak Maun
e-Pencacai
Jawab semua soalan berdasarkan pantun dibawah
Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kaseh
Badan dan nyawa lagi bercerai
9)Kenapa mereka turun ke aceh?
a-Hanya mereka yang tahu
b-Kerana ada kenduri
c-Kerana terpaksa
d-Kerana kehabisan minyak
e-Kerana kau
10)Apakah yang ditanamnya selain serai?
a-Angan-angan
b-Cerucuk konkrit
c-Ubi kayu
d-Periuk api
e-Lantak korang
11)Apakah yang diharapkan?
a-Balasan sms
b-Harapkan pagar
c-BR1M
d-Harapan ku musnah
e-Semua ini poyo
12)Siapakah yang bercerai?
a-Artis tempatan yang hantarannya puluhan ribu
b-Jiran ketua kampung korang
c-Ahli politik
d-Towkey kedai emas
e-Entah
Kalau jawapan korang semuanya (e),korang memang bijak dari prop kat UM sinun...Bhahahahhh
d-Towkey kedai emas
e-Entah
Kalau jawapan korang semuanya (e),korang memang bijak dari prop kat UM sinun...Bhahahahhh