Petang tadi bilal cari aku kat rumah.Katanya nak ajak aku temankan dia tengok lot getah kosong kat rancangan tanah pinggir.Aku kata boleh.Tak de hal...Kami pergi bertiga,termasuk seorang mat Indonesia.Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit.Lot yang kami cari terletak dihujung sekali.Jalan mula2 masuk memang cantik dan luas.Sesuai untuk semua kenderaan termasuk kereta lembu.Namun dipertengahan hingga ke hujung,jalannya semakin mengecil dan mengecil...Hujung sekali jalannya hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki.Basikal pun tak boleh lepas.Jadi kami terpaksa menapak untuk sampai ke lot yang kami cari.
Melihat lot yang kami cari,berbagai persoalan timbul difikiran aku.Terletak dihujung sekali.Semak belukarnya mengalahkan Hutan hujan Kalimantan.Peluang untuk selamat dari serangan binatang liar seperti khinzir,cipan,harimau,ular sawa adalah amat tipis sekali.Lerengnya curam 90 darjah.Pokok getahnya pulak dah banyak yang tumbang dan mati.Semasa bilal dan mat Indonesia sibuk melihat2 keadaan sekeliling,aku pula mula menyibukkan otak aku dengan memperincikan lagi persoalan2 diatas.Biasalah,orang seni macam aku ni,semua yang aku lihat boleh aku jadikan karya,walaupun karya yang aku hasilkan tak sehebat mana.Sekadar penyemak blog aku jew.Ini yang aku rumuskan,
Kenapa?Kenapa orang bersungguh2 sangat nak cari lot kosong sekarang ni?Kenapa tak tahun 1970 dulu?Jawapannya mudah sahaja.Harga.Harga getah sekarang ni naik melambung begitu tinggi.Kalau 4 tahun yang dulu,harga getah buku sekitar rm1.25 sekilo,hari ini sekilo rm5.64 sen.Korang rase ape penyebab kenaikan harga getah dipasaran dunia?Adakah getah telah menggantikan besi sebagai tetulang konkrit?Adakah getah sudah boleh dijadikan makanan?Adakah barangan dibuat dari getah lebih bermutu?Aku rasa itu dari fikiran orang2 bisnes.Fikiran orang berkarya macam aku ni lain sikit.Fikiran kami boleh menembusi tembok halimunan hingga mencecah 5dimensi.Bagi aku jawapannya mudah saja.Kita lah yang menyebabkan harga getah naik melambung.Pelik?Tiada apa yang nak dipelikkan.Macam ni lah,aku cuba terangkan dengan mudah.
Apakah penyakit yang begitu merbahaya sekarang ini?Aids,hiv,vd,denggi,h1n1,selsema babi dan burung?Itu semua adalah pangkat anak2 kepada penyakit yang aku nak cerita ni.Dan kalau korang nak tau penyakit yang paling merbahaya sekarang ini ialah penyakit MAKSIAT.Tiada tempat dibumi ini yang terlepas dari penyakit maksiat.(kecuali tanah haram)Korang pelik,kenapa aku kaitkan maksiat dengan kenaikan harga getah?Tiada apa yang nak dipelikkan.Korang cuma perlu fikir sedikit je lagi.Begini,Pelaku2 maksiat dewasa ini sudah celik it.Disamping melakukan maksiat mereka juga menimba ilmu melalui it.Mereka sudah sedar bertapa merbahayanya penyakit2 kelamin.Melalui it juga,mereka didedahkan cara2 melakukan sek selamat ketika bermaksiat.Dan apabila membicarakan sek selamat,kita tidak akan dapat lari dari satu benda ni.KONDOM.Atau nama moleknya,sarung getah.Kondom digunakan oleh berjuta2 pelaku maksiat setiap hari.Kalau sebulan dah berapa?Itu belum termasuk pengguna2 yang sah melalui program perancang keluarga anjuran kementerian kesihatan.Kenapa getah?Getah asli adalah satu bahan asas terbaik untuk membuat kondom.Getah tiruan tidak mampu menandingi keanjalan getah asli.Disebabkan permintaan kondom yang tinggi,maka permintaan pada getah asli pun tinggi juga.Sekaligus meningkatkan harga getah dipasaran global.Jadi terima kasih aku ucapkan kepada sebahagian penduduk dunia yang melakukan maksiat,kerana mereka adalah salah satu faktor bagi kenaikan harga getah.Tanpa mereka,orang2 kampung tak kan dapat menikmati harga getah yang tinggi.Tanpa mereka orang2 kampung tak kan dapat pakai kereta baru.Tanpa mereka orang kampung tak kan dapat buat rumah batu 4 tingkat.
Bagaimana?Masuk tak ke akal korang?Korang jangan percaya sangat dengan apa yang aku bentangkan tadi.Ulasan yang aku buat tadi adalah melalui pemikiran otak 5 dimensi aku.Dan kalau otak korang tak mampu untuk menerobos kealam 5 dimensi,aku cadangkan,baik korang jangan cuba untuk memahami apa yang aku tulis.Ok lah,cukup disini untuk kali ini.Otak aku pun dah lumpuh 45% ni.
Jumpa lagi.Adios Brongkos Jongkos.....
-Assalammualaikum-