JUST ME AND ME AGAIN

Wednesday, September 15, 2010

BOLA WAKA-WAKA (KAH KAH KAH)





Kita baru sahaja meninggalkan kehangatan piala dunia,pertandingan bolasepak bertaraf antarabangsa.Berbagai2 perkara berlaku sepanjang pertandingan itu.Ada yang lucu,yang sedih,yang rasa nak marah,yang rasa meluat tengok dan macam2 lagi lah.
Ni aku nak cerita sikit bab yang aku rasa nak muntah bila baca dalam akhbar hari2.Mamat sorang ni memang pemain bertaraf antarabangsa dan frofesional.Bermain di kelab gergasi liga Inggeris.Muka nampak macam cool dan bodoh2 alang sikit.Tapi tak kurang juga ramai mak wa dan awek2 yang tergila2 kan dia ni.
Apa yang nak aku coretkan di sini bukan lah pasal profil nya.Bukan pasal keturunannya,hobinya atau makanan kegemarannya.Tapi aku ingin menceritakan tabiat buruk sesetengah ahli sukan frofesional ni.
Dah lah mempamerkan aksi yang terburuk ketika piala dunia tempoh hari,beliau turut mempamerkan aksi terburuk di luar sana.Belum habis kesah Tiger Kayu dengan pelacur,kini muncul pula kesah Wayne Booney dengan pelacur.Yang paling aku terbakar bukan apa,mereka ni semuanya telah beristeri.Langsung tak tau nak bersyukur.
Satu masa dahulu aku begitu meminati Wayne Booney dan MU.Sampai seluar kecik aku pun cap MU.Ha ha ha ....Itu dulu,Kini aku dah bakar seluar kecik tu.Geli geleman aku nengoknya.Rasa nak muntah hijau pun ada.
Kini aku berharap FIFA dapat menghukum mereka ini dengan hukuman yang berat.Bukan hukuman mati.Tapi hukuman yang boleh meninggalkan kesan kepada mereka ini agar yang lain2 akan takut untuk mencontohi mereka .Juga kerja2 amal supaya mereka ini insyaf seperti kutip sampah dilebuh raya,Kutip bola golf atau pun jadi ball keeper di stadium.Aku ingat dengan denda ni,baru dia orang akan sedar.
Apa2 pun,ini semua pandangan aku.Korang tak payah nak sokong untuk ambil hati aku.Kalau korang tak setuju,korang belasah aku balik.Adios

COBAAN





Ni la kerja orang dulu2.Menuntut ilmu sampai ke lubang gua.Masa tu mana ada sekolah dan kolej swasta.Walaupun tak memerlukan modal yang banyak,namun terpaksa mempertaruhkan nyawa.Korang zaman sekarang beruntung,buka pintu nampak sekolah.buka tingkap nampak universiti.Orang  dulu2 buka pintu nampak gunung,buka tingkap nampak sawah.Korang je yang malas pergi sekolah.Lepas tu salahkan mak bapak bila gagal dalam pelajaran.
Orang dulu2 bertapa dalam gua 5,6 bulan,dapat ilmu kebal.Korang belajar 11 tahun,dapat habuk.SPM lingkup.Malas aku nak cerita lagi.Kang kene kat batang hidung aku balik.Apa2 pun korang pikir lah sendiri,kalau terasa,tak dapek den nolong eh tu doh.....