JUST ME AND ME AGAIN

Wednesday, August 27, 2014

SOALAN BODOH YANG KADANG2 JAWAPANNYA MUNASABAH

Antara soalan berkaitan pantun dulu2,yang rasanya prop pun belum tentu dapat menjawabnya dengan tepat...Kalau korang nak cuba2 menjawabnya,silakan...Tapi jangan salahkan aku kalau tidak ketemui jawapan yang tepat,,Masa diberikan,ikut suka korang....just for fun,

Soalan berikut berdasarkan pantun dibawah.Pilih satu jawapan sahaja.



Budak-budak bermain tombak,

Tombak diikat dengan rantai,

Kalau takut dilambung ombak,

Jangan berumah ditepi pantai.



1)Siapakah nama seorang dari budak-budak yang bermain tombak itu?

a-Hang nak gi mana

b-Hang Harun Salim Bacik ke

c-Hang Lekuk

d-Hang pikir la sendiri

e-Hang temberang je lebih



2)Kenapa tombak diikat dengan rantai?

a-Tombak itu cuba melarikan diri

b-Tombak itu telah patah

c-Ada aku kisah

d-Kerana kau kekasih

e-Kerana tombak adalah seekor lembu



3)Siapakah yang takut dilambung ombak?

a-Ketua kampung 

b-Rambo

c-Tukang kebun sekolah

d-Penggali kubur musim ke 4

e-Rakit buluh



4)Kenapa rumah dibuat ditepi pantai,bukan ditepi perigi?

a-Kerana disebelahnya ada pasar raya

b-Senang untuk berkelah

c-Arahan ketua jkkk

d-Tepi pantai ramai pelancung asing

e-Mereka sendiri pun tak tahu



Cari perkataan lain yang sesuai menggantikan perkataan berhuruf gelap berdasarkan pantun dibawah.



Kajang tuan kajang berlipat

kajang hamba mengkuang layu

Dagang tuan dagang bertempat

Dagang hamba terbuang lalu



5)Kajang tuan kajang berlipat

a-Bergusti

b-Bergosip

c-Bercanda

d-Berkarauke

e-Berkipas lipas



6)Kajang hamba mengkuang layu

a-Kangkung

b-Asparagus

c-Lengkuas

d-Tembikai susu

e-Engko ada



7)Dagang tuan dagang bertempat

a-Dugong

b-Tunggang

c-Kacang

d-Bacang

e-Bangang



8)Dagang hamba terbuang lalu

a-Bedah tong gas

b-Cipan gunung

c-Artis k pop

d-Pak Maun

e-Pencacai



Jawab semua soalan berdasarkan pantun dibawah



Dari Arab turun ke Aceh

Naik ke Jawa berkebun serai

Apa diharap pada yang kaseh

Badan dan nyawa lagi bercerai



9)Kenapa mereka turun ke aceh?

a-Hanya mereka yang tahu

b-Kerana ada kenduri

c-Kerana terpaksa

d-Kerana kehabisan minyak

e-Kerana kau



10)Apakah yang ditanamnya selain serai?

a-Angan-angan

b-Cerucuk konkrit

c-Ubi kayu

d-Periuk api

e-Lantak korang



11)Apakah yang diharapkan?

a-Balasan sms

b-Harapkan pagar

c-BR1M

d-Harapan ku musnah

e-Semua ini poyo



12)Siapakah yang bercerai?

a-Artis tempatan yang hantarannya puluhan ribu

b-Jiran ketua kampung korang

c-Ahli politik

d-Towkey kedai emas

e-Entah

Kalau jawapan korang semuanya (e),korang memang bijak dari prop kat UM sinun...Bhahahahhh



KISAH HANTU YANG PALING MENYERAMKAN KETIKA BERSENDIRIAN

Anda terlebih dahulu dinasihatkan supaya tidak membaca kisah ini ketika bersendirian atau pun ketika waktu malam,kerana kisah ini amat lah menyeramkan.Pastikan anda membaca sehingga tamat.

Dilihat dari tajuk sahaja telah terbukti ini adalah kisah yang menyeramkan atau pun paling tepat,kisah yang amat menyeramkan.Memandangkan ianya sebuah kisah seram sudah pastilah ada hantu dalam kisah ini.Dan hantu itu pastilah amat menyeramkan.Kalau tidak,tidaklah dikatakan kisah seram.Bagaimana tahap keseraman kisah ini bergantung kepada hantunya yang menyeramkan.Jika membaca kisahnya sahaja telah membuatkan kita seram,bagaimana kalau kita terjumpa hantunya yang sungguh menyeramkan?Jadi sekali lagi diingatkan ini adalah sebuah kisah yang amat-amat menyeramkan.

Untuk memastikan kisah ini benar-benar seram pemilihan hantu yang menyeramkan amatlah diperlukan.Kerana dengan keseraman hantu-hantu ini akan menambahkan lagi keseraman kisah ini.Sungguh menyeramkan sekali.Dah namanya pun kisah seram,pasti lah menyeramkan.Kalau tidak timbul keseraman ketika membaca kisah ini,maka ini bukanlah kisah hantu yang amat menyeramkan.Jadi hantu-hantu ini juga banyak memainkan peranan menyeramkan kisah seram ini.Jika anda menghayati dengan sepenuh penghayatan,pasti anda terasa keseramannya sebaik sahaja anda membaca tajuknya.Tajuknya berbunyi,kisah hantu yang amat menyeramkan.Bila dah seram pasti ada hantu dan bila ada hantu,tentulah lebih menyeramkan.Jadi berhati-hatilah membaca kisah seram ini.

Kesimpulan dari kisah seram ini ialah,hantu adalah satu yang menyeramkan.Seram membaca kisah seram tidaklah sama dengan keseraman menemui hantu yang sebenar.Kerana hantu yang sebenar adalah lebih menyeramkan.Kalau anda tidak percaya tolehlah kebelakang anda seketika.Adakah timbul sesuatu yang menyeramkan dalam diri anda?Atau pun tiada apa yang kelihatan,maka anda tidak berasa seram.Maka lihat pula dipenjuru pintu bilik anda.nampak tak sesuatu kalibat yang berdiri ditepi sebelah kiri pintu tersebut.Pasti amat menyeramkan untuk mengakuinya yang anda telah merasa sedikit keseramannya.Pastikan anda hanya melihat dengan sepintas lalu.Kerana sesuatu yang menyeramkan itu boleh membuatkan anda terkaku sambil terkencing dengan sendirinya.Bulu roma dan bulu tengkuk anda akan berdiri dan meremang dengan sendirinya.Itu tanda ia begitu hampir dengan anda.Hanya anda yang tidak perasan atau pun buat-buat tak perasan.Disebelah kiri atau kanan katil anda pasti ada sebuah almari yang becermin.Awas..!Jangan anda cuba-cuba berani untuk menoleh kearah cermin tersebut ketika ini.Kerana hantu yang menyeramkan itu akan muncul apabila kita asyik bercerita tentangnya.Ia juga boleh membuatkan anda berasa keseramannya dengan muncul dibelakang tubuh anda sambil tersenyum penuh makna.Dan yang paling pasti,hantu-hantu ini memang terlalu suka mengusik anda yang dalam ketakutan ketika sendirian.Dan kalau anda masih tercari-cari dimana hantu tersebut suka bersarang,nanti masa anda masuk kebilik air untuk kencing,anda toleh keatas...Pandang kearah siling sepintas lalu.pasti anda nampak sesuatu....he he he..Amacam?Dah gi tengok ke?Tak jumpa gak...Rasa dah bersarang kat blog aku ni kot...


SURAT UNTUK CIKGU DARJAH 5 MERAH

asalammualaikum.Aku nak tanya korang 2 soalan mudah.jawab dengan jujur,k.Bila korang pertama kali menulis surat dan bila kali pertama korang pandai menipu.Yang bestnya pulak,penipuan korang tu tak berapa nak menjadi.Dah lupa?Ke buat2 lupa.Kalau tak nak mengaku gak,tak apa lah.Korang baca je surat kat bawah ni.Untung2 korang ingat balik....Bhahahah


KOMIK GILA-GILA-KARTUN DULU-DULU YANG JARANG-JARANG KORANG DAPAT TENGOK

Ni ada 2 cover muka depan majalah komik gila-gila keluaran tahun 1983 bertemakan sambutan hari kemerdekaan dan beberapa keping komik yang sempat aku scan.Pada korang yang tak pernah baca atau tengok komik dulu-dulu,boleh ar buat semakan atau rujukan.Jalan cerita tak banyak berubah seperti sekarang.Masih bertemakan sesuatu peristiwa semasa yang berlaku.Sindiran,nasihat dan lawak disatukan.Banyak yang masih aku simpan sebagai koleksi,namun terlalu sukar untuk menjaganya.Serangan tikus,lipas,juga serangan dari anak-anak aku sendiri.Betul lah kata orang,nak menyimpan benda lama ni bukan senang...

COVER DEPAN MAJALAH KOMIK GILA-GILA


COVER DEPAN MAJALAH KOMIK GILA-GILA


KOMIK DULU-DULU/1


KOMIK DULU-DULU/2


KOMIK DULU-DULU/3


KOMIK DULU-DULU/4


KOMIK DULU-DULU/5


KOMIK DULU-DULU/6


KOMIK DULU-DULU/7


KOMIK DULU-DULU/8


KOMIK DULU-DULU/9


KOMIK DULU-DULU/10


KOMIK DULU-DULU/11


KOMIK DULU-DULU/12


KOMIK DULU-DULU/13


KOMIK DULU-DULU/14


KOMIK DULU-DULU/15


KOMIK DULU-DULU/16


KOMIK DULU-DULU/17


KOMIK DULU-DULU/18