JUST ME AND ME AGAIN

Tuesday, January 25, 2011

ALL BEANs LOST MOVIE (Pecah Panggung)

Filem keluaran tahun 1989 ini menampilkan Mr Bean sebagai egen rahsia persekutuan bulan sabit merah sedunia.Dalam filem ini beliau ditugaskan untuk menyiasat sekumpulan saintis Rusia yang menjalankan satu kajian tentang pemeliharaan itik angsa di Kutub Utara.Beliau menempuh berbagai halangan seperti motosikal yang ditunggangnya kehabisan minyak,tersesat di Kota Bharu,tersalah menaiki kapal terbang ke Macau,dikejar sekumpulan dubuk di Utara Sudan dan banyak lagi.Tidak rugi kalau korang tidak melihat filem ini kerana jalan ceritanya tunggang-langgang.
Filem aksi perang pertama lakunan Mr Bean.Kisah berkisar tentang seorang pencen askar yang dipanggil semula untuk melakukan satu misi khas ke Afganistan.Kesemua mereka yang dihantar tidak mengetahui tujuan mereka kesana sehinggalah mereka menjejaki bumi afganistan.Alangkah kecewanya kesemua mereka apabila mengetahui tujuan mereka dihantar kesana semata2 untuk menggali perigi!Banyak aksi kejar mengejar dalam filem ini seperti sekumpulan samseng mengejar pelacur murahan,lembu jantan mengejar lembu betina,seorang ayah mengejar anaknya yang tidak mahu pergi kesekolah dan peminta sedekah dikejar oleh majlis bandaran.Memang rugi besar kalau korang tengok filem ini.Jadi lebih baik korang jangan tengok...
Filem aksi perang kedua lakonan Mr Bean.Filem ini lebih berkualiti dari filem pertama lakunan beliau.Ditambah pula dengan otot2 badan beliau yang berketul2,sesiapa yang menonton filem ini pasti akan teruja.Filem ini menceritakan kisah Rambean,lakunan Mr Bean,seorang veteran perang yang mengamuk kerana jasanya dilupakan.Aksi wajib tengok ini memperlihatkan Rambean memusnahkan 5 buah reban kambing,sederet rumah setinggan,7 buah beca,beberapa buah kotak polesterin dengan menggunakan cangkul apabila senapang yang dibawanya tidak meletup...Jangan lepaskan peluang untuk tidak menontonnya.
Filem lakonan Mr Bean ini boleh dikatakan agak terlampau.Cerita mengesahkan seorang lelaki lembut yang keliru dengan identiti sebenarnya.Ini menyebabkan beliau sering ditimpa pelbagai masaalah seperti tersalah membeli seluar dalam,keliru tandas mana yang harus digunakan,tersilap menggunakan gincu bibir,bermain bola sepak dengan memakai skirt labuh dan bermacam2 lagi.Korang dinasihatkan agar tidak membawa anak kecil untuk menonton filem ini kerana banyak terdapat aksi19sx.Apa pun,aku beri 2 bintang sahaja untuk filem ini kerana aku tidak menontonnya sehingga tamat.Aku terpaksa meninggalkan panggung kerana termuntah2.
Akhir sekali,filem wajib tengok untuk korang lakunan Mr Bean.Filem pecah panggung ini mengungguli carta top 10 selatan Hong Kong selama 9 minggu berturut2.Turut bersaing dengan filem ini ialah filem Abang Beca,filem Cangkung,filem Abu Nawas Pencuri,filem Sejernih Air Mata Penipu dan filem Perempuan,Isteri,Mak Mertua dan dot dot dot.Filem lakunan Mr Bean ini mengesahkan James Bean yang berwajah tak berapa nak handsom,cuba memikat sekumpulan gadis kolej swasta.Namun cubaannya untuk memikat telah diketawakan oleh gadis2 itu termasuk pengetua kolej tersebut.Malu dengan tindakkannya,beliau telah membawa diri ke Selatan Thailand.Disana beliau telah membeli sepucuk pistol dengan tujuan untuk menunjuk2.Namun panas tak sampai kepetang,beliau telah ditangkap polis interpol ketika cuba menyeberangi Sungai Golok.Apa yang terjadi kepada beliau selepas itu?Korang tengok sendiri dipawagam berhampiran.Aku tak tau kesudahannya kerana aku sendiri tak tengok lagi filem ni.Ha ha ha...


     Antara filem2 pecah panggung lakonan Mr Bean yang belum pernah korang saksikan dan tak mungkin dapat korang saksikan sampai bila2.Hampeh....