JUST ME AND ME AGAIN

Saturday, December 25, 2010

PARANG MASAK ASAM




     3 hari bercuti di Kuala Sungai Baru,Melaka...Aku dapat melihat bertapa beruntungnya penduduk2 yang tinggal berhampiran dengan pantai.Mereka menjamah nasi setiap hari bersama hidangan ikan segar yang baru ditangkap dari laut.Satu perkara yang tak mungkin dapat aku lihat ditempat aku.Aku sempat meluangkan masa melihat2 nelayan menaikkan hasil tangkapan mereka di jeti nelayan Kuala Sungai Baru.Berbagai2 jenis ikan ada seperti tenggiri,parang,pari,cencaru dan macam2 lagi yang aku dah lupa namanya..Semuanya segar2 belaka dan harganya pun murah2....


     Aku teringat di tempat aku,nak mencari ikan segar dipasar,punyalah susah.Boleh dikatakan kesemua ikan2 yang ada dipasar sudah berhari2 lamanya dan tak menimbulkan selera langsung bila melihatnya.Kebanyakkannya sudah meletup perut dan berbau semacam.Ada jugak yang sudah tertanggal biji mata.Kalau ketam,ada yang sudah tak bertangan dan bersepit.Udang pulak sudah berbau.Berbanding dengan ikan2 yang aku lihat di Kuala Sungai Baru,kesemuanya fresh2 belaka.....


     Bagi yang berminat untuk mencari remis,sejenis kerang yang kulitnya berwarna-warni,boleh mencarinya disepanjang persisiran pantai.Remis cukup enak digoreng pedas.Rasa isinya manis.Tapi untuk memakannya cukup leceh sekali,kerana remis ni terlalu kecil.Isinya pun betul2 untuk buat taik gigi saja.


     Kepada yang kemaruk untuk menikmati ikan segar yang dibakar,boleh mencarinya di jeti ikan bakar Kuala Sungai Baru.Pilih sahaja ikan yang diingini,bakar,makan dan jangan lupa bayar.Kalau korang tak nak bayar,jangan harap lah korang boleh tunjuk muka dekat sana lagi.


     Bagi kaki2 pancing,boleh pergi memancing pada sebelah malamnya.Umpan tiada masaalah.Boleh dibeli disana.Bot juga boleh disewa.Kalau nak memancing di tepi pantai pun boleh.Aku lihat ikan sembilang laut yang banyak dapat dipancing dipersisiran pantai.Kalau nak ikan yang lain,kenalah ketengah laut sikit.


     Aku juga tak melepaskan peluang untuk membeli ikan2 segar sebelum pulang ke N Sembilan.Tidaklah banyak sangat,tapi cukuplah untuk 2,3 keluarga.Ikan2 yang aku beli itu dimasukkan kedalam peti polisterin berair batu untuk menjamin kesegarannya.Nota ini aku tulis selepas aku melantak ikan parang masak asam.Nikmatnya,siapa yang makan je yang tahu.Kalau korang tak percaya,cuba try test sekali...Tapi syaratnya mesti ikan parang yang baru ditangkap dilaut....Pasti korang tersandar dekat pangkal tiang...


     Selamat menghabiskan cuti tahunan kepada yang sedang bercuti.Kepada yang beragama kristian,selamat menyambut Hari Natal.Salam satu Malaysia dari aku.


                              -Assalammualaikum-