Seperti biasa,tengahhari tadi selepas balik dari kerja,aku melawati pusara abah.Aku bersihkan mana2 yang patut.Rumput2 kecil yang mula tumbuh,aku cabut.Mana2 bahagian tanah yang terhakis,aku kemaskan kembali dengan cangkul.Dua,tiga hari ni hujan begitu lebat.Jadi,banyak juga bahagian yang terhakis.Berpeluh jugak aku dibuatnya.Mana taknya,matahari tegak diatas kepala.
Setelah agak yakin dan sempurna pada pandangan mata aku,aku kemaskan peralatan.Cangkul dan skop,aku masukkan semula kedalam stor surau.Kemudian aku bersihkan tangan dan kaki.Air yang aku bawa,aku teguk sehingga habis.Haus betul rasanya...Itu baru didunia...
Aku kembali semula kepusara abah.Aku duduk didepan pusara.Lalu aku sedekahkan Fathihah dan doa untuk abah dan semua arwah2 yang bersemadi disitu.....Amin..Setelah bertafakur seketika,aku meninggalkan pusara abah.
Petangnya,setelah menunaikan solat asar,aku termenung seketika dimeja makan.Mata aku terpandang sebungkus kuih yang aku beli semasa pulang dari melawat pusara abah tengahari tadi.Aku belek2 bungkusan kuih itu.....Maseh belum dibuka pembungkusnya.
Tanpa aku sedari,air mata aku jatuh satu persatu...Hati aku tiba2 terasa begitu sebak sekali.Aku kesat air mata yang jatuh...Aku pandang semula pada bungkusan kuih itu...kuih ciki....Aku tak pasti samaada itu nama yang sebenarnya.Tapi itulah yang tertulis pada pembungkusnya.
Ingatan aku tiba2 melayang kembali semasa zaman kanak2 dahulu.Semasa kecil dahulu aku panggil kuih sabun,sebab bila dihancurkan rupanya saling tak ubah seperti serbuk pencuci fab....Ia dibuat daripada tepung pulut.Berbentuk segi empat panjang,berasa manis dan sedikit kasar.Dibalut dengan kertas berwarna merah jambu dan ia dijual didalam paket yang mengandungi 10 keping.
Masih segar dalam ingatan aku,30 tahun yang lalu,Setiap kali abah menjual sekerap,dia pasti akan membeli kuih ciki untuk aku dan adik.Biasanya aku yang menghabiskan,kerana adik aku tak suka.Aku tersenyum pahit...Air mata ku biarkan mengalir...Bukan kerana kuih ciki aku menangis....Tetapi ingatan kepada arwah abah yang membuatkan aku mengalirkan air mata buat pertama kalinya,setelah hampir 2 bulan abah pergi mengadap tuhan yang maha esa.....
Al-fathihah untuk arwah abah dan arwah2 yang telah dahulu pergi,semoga ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman....
-Amin-