JUST ME AND ME AGAIN

Friday, December 24, 2010

ANAK2 ANDA BUKAN LEMBU

Hari pertama terima buku teks bagi murid2 tahun 1



Cuti sekolah hampir tamat.Sesi persekolahan baru akan bermula seminggu lagi.Anak2 dah mula sebuk minta itu ini kat mak bapak.Mak bapak pulak sebuk dari siang sampai kemalam cari duit lebih untuk membeli kelengkapan persekolahan anak2.Mana2 yang anak baru sorang dua bersekolah,masih boleh sengih2 lagi.Tapi yang ada anak seramai pasukan ragbi 7 sebelah,dan kesemuanya masih bersekolah,korang paham2 je lah.Aku paham sesangat la....

Budak2 sekolah zaman sekarang beruntung.Apa mintak semua dapat.Bila musim baru persekolahan bermula,semua barang nak yang baru.Baju,seluar,kasut,stokin,beg dan ntah apa2 lagi yang baru2...Botol bekal isi air pun nak yang baru...Yang penting,berani mintak,mesti dapat punya....Bukan macam zaman aku dedulu,dapat.....dapat la jugak...dapat pelempang..

Aku masih ingat lagi,beg sekolah aku dari darjah 1 hingga darjah 6,tak pernah berganti.Kalau bebudak sekarang suruh buat macam tu,aku rasa ada yang guling2 atas tanah tak mahu pergi kesekolah...Bukan nak mengata anak orang...Anak aku sendiri...Dah boleh buat pameran beg sekolah kat belakang rumah nun...Tapi nak salahkan bebudak pun,tak boleh jugak...Bukan diorang sesaja nak mintak beg baru setiap tahun.Setiap kali anak aku nak beg sekolah baru,aku akan cek,beg sekolah lamanya.Apa yang aku dapat lihat,tali beg dah putus sebelah.Roda dah gelong.Macam tayar basikal tak berbering je.Bahagian tepi beg dah terkoyak....Itu antara kerosakkan biasa yang aku lihat tiap2 tahun.Mula2 salahkan anak.Tak pandai nak jaga harta....Tapi bila pikir2 balik tak patut pulak nak salahkan anak seratus-peratus...Mana tidaknya,bila aku lihat jumlah buku teks dan buku latihan yang terpaksa disumbatkan kedalam beg tu dah melebihi muatan sebenar.Tu belum campur alat tulis,pensil warna,kamus dan ntah apa2 lagi....Aku pernah cuba beli beg yang bermutu,namun keputusannya pada hujung tahun tetap sama,kalau tak roda tercabut,tali penyandang terputus...Aku rasa ada satu beg je yang boleh tahan tugas berat macam tu,beg askar....tapi tak larat pulak bebudak nak pikul...terpaksa pulak taruk dalam kereta tolak..

Jadi nak selesaikan masaalah,beli je lah beg yang baru....

Satu aku nak ingat mengingatkan sesama kita,mana2 yang ada anak masih bersekolah tu,rajin2 la jenguk anak kat sekolah.Jangan pagi hantar sampai pagar sekolah,petang jemput kat pagar sekolah...Nak lagi best,hari Q dan penutup sekolah pun tak pernah hadir.Mana2 yang tak pernah buat,cuba buat...dan lihat perubahan prestasi anak pada hujung tahun nanti..pasti ada perubahan.Jangan asyik berleter kat rumah bila anak2 bawak balik report kad bertulis dakwad merah.Jengukan anda itu akan memberi anak2 satu semangat untuk belajar apabila anak2 merasakan pembelajaran mereka dikelas diberi perhatian.

Kepada mereka2 yang tak pernah jejak kesekolah anak2 dan sekadar menghantar sampai kepintu pagar sekolah,sama lah seperti malepaskan lembu kepadang meragut.Kalau rumput banyak,gemuklah lembu tu,kalau tak kuruslah lembu tu.

Jadi ingatlah,anak2 anda bukan lembu.Kepada yang terasa,aku mohon maaf.Aku cuma ingin membuka sedikit minda kita yang tak berapa nak terbuka,termasuk aku sendiri....

Selamat memulakan musim persekolahan yang baru kepada semua anak2 yang masih bersekolah.Laku kan yang terbaik.

-Assalammualaikum-