JUST ME AND ME AGAIN

Friday, December 9, 2011

20 SEN

    
 Suatu ketika aku terlihat seorang tua sedang terbatuk-batuk ditepi sebuah tandas awam.Badannya kurus,pakaiannya compang-camping,koyak disana sini seperti tidak pernah diganti.Kasut yang dipakainya telah terlalu usang dan berlubang didepannya.Beliau membawa sebuah beg plastik seakan-akan beg plastik pembungkus beras.Apa yang ada didalamnya aku tidak pasti.Melihat pada keadaan zahirnya,aku pasti situa ini hidup melarat ditepi kaki lima ataupun dibawah jambatan.Ahh...Lantaklah...Banyak lagi perkara lain yang hendak aku pikirkan.

     10 minit menunggu isteriku membayar bil disebuah bank terasa seakan 10 jam...Memang betul kata bidalan,penantian itu satu penyiksaan...Aku cuba menghilangkan kebosanan dengan membaca majalah yang baru aku beli tadi dengan harapan masa akan berlalu dengan pantas.Namun membaca majalah ditepi jalan yang sibuk dibawah bahang matahari bukanlah satu idea yang bijak.Aku menjadi rimas dan berpeluh....Akhirnya majalah itu menjadi mangsa keadaan,aku jadikannya kipas untuk menyejukan badan...Ahh...Lega sedikit..

     Sambil mengipas aku memandang kekiri dan kekanan jalan.Kenderaan yang lalu lalang seakan akan semut yang sedang berlumba-lumba membawa makanannya kesarang.Bosan sungguh aku melihat keadaan begini.Otak aku mula berfikir sesuatu yang bodoh.Boleh tak satu hari dalam sebulan dijadikan hari tanpa kenderaan diatas jalan raya..?Emm...Idea bodoh,aku rasa akulah orang pertama yang memprotes andainya peraturan itu dikuat kuasakan....

     Tiba-tiba aku terlihat kembali situa dengan beg plastik kesayangannya..Kelihatan seperti situa itu sedang memperkatakan sesuatu kepada penjaga tandas awam.Muka penjaga tandas awam seakan sedang menahan marah.Timbul minat dihati aku untuk menyibuk sambil mengetahui apa yang diperkatakannya.Aku berjalan kearah tandas awam lalu berhenti dibelakang situa seakan-akan sedang beratur untuk menggunakan tandas awam itu.

     Aku mula memasang telinga.Situa berkata dengan perlahan dan terketar-ketar manakala penjaga tandas awam mengeluarkan maki dan hamun.Kini aku sudah tahu apa sebenarnya yang berlaku.Perkara remeh begini pun ingin diperbesarkan....Getus hati ku.

     Ceritanya begini...Situa seorang peminta sedekah dan beliau ingin menggunakan tandas awam namun beliau tidak dibenarkan masuk selagi tidak membayar 20 sen.Fikirlah wahai penjaga tandas yang waras,manalah sipeminta sedekah ada wang untuk ketandas.Bosan mendengar penjelasan bodoh sipenjaga tandas,aku keluarkan not seringgit lalu aku balingkan keatas meja penjaga tandas awam.Matanya terkebil-kebil memandang aku tanpa sepatah kata-kata.

     "...Pak cik masuklah...Saya dah tolong bayarkan untuk pak cik..."Situa itu dengan terketar-ketar menahan kencing berlalu masuk kedalam tandas.Kini aku pula yang mula naik angin dengan penjaga tandas awam.

     "...Bang...Majikan abang akan muflis ke kalau abang sedekahkan 20 sen untuk situa tu..?Bang...Kalau saya jadi situa tu,saya tak akan bayar 20 sen untuk  masuk ketandas kalau perangai abang macam ni.Saya lepaskan aje kedalam longkang dibelakang tandas abang ni.Biar tandas abang busuk...Siapa yang susah nanti bang..?Abang jugak yang susah kena bersihkan...Kan..Kan..?"

     Aku berlalu pergi setelah berasa puas dengan apa yang aku hamburkan kepada penjaga tandas awam.Penjaga tandas awam masih lagi terkebil-kebil seperti cicak tertelan kapur barus.

     Aku menuju terus kekereta.Isteriku telah sedia menunggu.Aku hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk lalu masuk kedalam kereta.Tanpa sepatah kata-kata kereta aku pandu kedestinasi.Didalam perjalanan aku asyik berfikir...Rasa-rasanya tak lah susah sangat kalau kita nak membantu seseorang....Lalu timbul pula sedikit rasa puas kerana dapat membantu ....Walaupun bantuan yang dihulur tak sebesar mana...Hanya bernilai 20 sen.....

     

Tuesday, December 6, 2011

SMS BERANTAI

     Benda tahyul dan kurafat menggunakan kaedah moden dan terkini...?Apa benda tu..?Nak tahu,baca catatan aku seterusnya.

     Beberapa tahun yang lalu aku telah menerima satu pesanan ringkas melalui talipon oleh seseorang yang aku kenal.Antara lain pesanannya berbunyi begini,"...Sila sebarkan pesanan ini kepada 10 orang lagi teman-teman anda.Jika anda mengabaikan pesanan ini anda akan ditimpa kecelakaan dan musibah.Contohnya di India,seorang telah menerima pesanan ini tetapi mengabaikannya,akibatnya beliau telah ditimpa kemalangan.Seorang lain pula telah mati dengan ngeri selepas beliau mempersendakan pesanan ini.....Jika anda menyebarkan kepada 10 orang teman yang lain dalam masa 7 hari,anda akan mendapat sesuatu yang anda tidak jangkakan.Pernah seorang yang telah menyebarkan pesanan ini telah menerima sumbangan duit sebanyak setengah juta dari seseorang yang beliau tidak kenali.Seorang yang lain pula telah terkena cabutan nombor bertuah bernilai 1 ratus ribu selepas mengedarkan pesanan ini....."

     Apa semua ni..?Apa ke jadahnya...?Ha ha ha...Sekarang korang dah paham..?Semasa aku menerima pesanan ini,aku tak berasa cemas ataupun bersemangat nak mengedarkannya kepada 10 orang teman yang lain,sebaliknya aku berasa bodoh, pelik dan hairan....Ada juga lagi manusia dizaman sains dan teknologi ini yang sekurang-kurangnya telah bersekolah hingga tingkatan 3, masih mempercayai ataupun terpengaruh dengan benda-benda macam ni....Akhirnya aku ketawa...

     Kemudian aku terfikir beberapa perkara...Bertapa mudahnya kaum seperti aku yang seagama dengan aku,ditipu dan mempercayai benda-benda kurafat macam ni...Mana tidaknya,seingat aku teman aku tu seorang yang tahu hal-hal agama,tahu hukum-hakam agama,namun masih terpedaya dengan pesanan yang tak tahu asal usulnya...Bagaimana kalau sipencipta pesanan tu kata sesiapa yang sebarkan akan masuk kesyurga,aku rasa lagi ramai kaum-kaum seagama dengan aku akan terpedaya,,,,

     Untuk pengetahuan korang,sebelum adanya khidmat pesanan ringkas ditalipon bimbit,dahulunya pesanan ini dihantar menggunakan khidmat pos.Masa tu ianya dikenali sebagai surat berantai.Bayangkan member yang terpedaya sanggup pergi pekan photostat pesanan tu 10 keping,lepastu beli setem,sampul surat dan poskan kepada kawan-kawan yang lain....Korang rasa apa yang member tu dapat..?Member tu cuma dapat letih dan telah kehilangan wang sebanyak 5 ringgit...Memang bodoh dan tak berbaloi...Dan korang tahu tak siapa yang untung..?Ha ha ha....Yang untung hanyalah pejabat pos tempat korang beli setem dan kedai photostat tempat korang photostat....

     La ni zaman dah moden,diorang tak guna surat lagi...Diorang dah gunakan khidmat pesanan ringkas sebab tak nak ketinggalan dalam arus kemodenan.Dan baru-baru ni aku dapat lagi pesanan yang iras-iras macam surat berantai tu tetapi telah dipertingkatkan bentuk kegunaannya oleh seseorang yang mencipta pesanan tu.Pesanan tu berbunyi begini,"...Dalam beberapa hari yang akan datang ini,tolong jangan minum apa-apa produk dari syarikat pepsi,tropicana jus,slice,7up,coca-cola dan lain-lain...Seorang pekerja dari syarikat ini telah mencampurkan darahnya yang mengandungi kuman HIV,untuk rujukan ada disiarkan dalan ntv 7.Sila siarkan berita ini kepada orang yang anda sayangi..????"

     Begitulah bunyinya pesanan yang baru aku terima.Apa tindakan korang,kalau korang yang terima pesanan macam ni.?Kalau aku,ini semua pesanan karut...Yang dilakukan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab semata-mata untuk menjatuhkan perniagaan orang lain...Mungkin perniagaan airnya tak berapa nak laku,maklumlah jual air sirap dalam botol plastik,lalu timbul idea nak kondemkan jenama air orang lain yang dah terkenal...Lalu edarkan pesanan tersebut dengan harapan pengguna tak akan beli lagi air keluaran syarikat yang dah tercemar tu lantas membeli air sirap dalam botol plastik....Ha ha ha...Dan untuk pengetahuan korang,sebelum itu pernah diedarkan pesanan yang mengatakan sardin cap ayam mengandungi katak dan milo mengandungi serbuk cacing tanah....Adoi....Tak tahu lepas ni apa pulak...

     Kesimpulannya,rasa-rasa korang siapa yang untung..?Sebenarnya sama jugak macam kisah surat berantai dahulu...Korang tetap rugi memanjang....Ha ha ha...Yang untung ialah syarikat talipon yang korang gunakan untuk menghantar pesanan tu.....Korang kiralah,satu sms berapa sen..?Kalau dah sejuta sms..?Jadi sebelum korang berhajat nak mengedarkan sebarang pesanan yang mengarut marut,ada lebih baik korang fikir dulu untung dan ruginya kepada korang...

Tuesday, November 29, 2011

OREN BODOH DAN LAICI DALAM TIN


     Assalammualaikum dan salam sejahtera...Lama na rasa aku tak melalut kat blog neh...Bukan malas,bukan tak ada modal...cuma kesihatan aku tak berapa nak baik..tu yang selera nak berblog pun hancus...Sekarang ni pun aku tengah sakit.sakit apa?Ada laaa....

     Ni aku nak cerita sikit masa kita sakit atau demam ketika zaman kanak-kanak dulu.Korang ingat lagi tak...?Kalau korang dah lupa,cuba ingat-ingatkan kembali...Kalau tak ingat jugak,meh aku ceritakan....Tapi sakit versi aku la...Ha ha ha...

     Aku ingat-ingat masa tu kalau nak merasa makan sedap tentulah masa aku sakit atau demam.Makan sedap yang aku maksudkan itu,bukanlah makan nasi ayam atau pun laksam.Habis tu makanan apa yang bestnya..?Ha ha ha...Cuma air oren bodoh dan laici dalam tin....Korang kenal tak air oren bodoh neh..?Ada gak yang panggil oren kajang...Tak tahu aku kenapa,buat kat Kajang kot...Ha ha ha...Dia ni sejenis air botol bergas(karbonat)yang tak berapa nak bergas.Maksud aku gas dia sikit sangat.Lepas tu botol dia gemok pendek,nampak macam bodoh jew...Ha ha ha...Dia ni ada 3 perasa jew yang aku ingat,perasa oren,sarsi dan ais krim soda.Lagi satu harganya lebih murah dari air botol keluaran FnN.Generasi baru oren bodoh neh masih ada dijual kat kedai...Tetapi kebanyakannya dijual dikedai runcit,bukan dikedai minum...Kat super market pun tak ada...Kat 7e,lagi lah pulak...Jangan korang cuba-cuba tanya....Kalau ada pun kat kedai kopi ujung-ujung kampung...

     Kenapa aku kata air oren bodoh neh best sangat..?Sedangkan budak zaman sekarang pandang pun tak nak....Pertama sebab masa tu bukan senang.Daripada beli oren bodoh,ada lebih baik beli beras.Kenyang satu keluarga.Tapi adatlah kan,bila sakit,masa tu lah nak bermanja.Masa tulah boleh mintak benda-benda yang biasanya tak boleh nak dapat...Seingat aku,aku hanya merasa minum oren bodoh neh masa demam jew,selain pada tu jangan harap lah...Tu yang aku rasa oren tu best sangat...

     Laici dalam tin ni pun bukannya boleh dapat makan pada hari-hari biasa.Cuma masa demam jew.Kata abah nak sejukkan badan.Pada hal tak sejuk mana pun.Cuma nak pujuk jangan kasi aku menangis...Ha ha ha...Masa tu laici dalam tin yang aku makan tu tak tahu mana punya keluaran.Satu tin tulis cina.Hentam sajalah,budak-budak....Namun bila dah sembuh dari demam,jangan cabul sangat mulut nak minta oren bodoh ngan laici dalam tin,mahu lebam peha kena ranting pokok bunga raya...Ha ha ha...

     Lagi satu benda tradisi yang pasti ada masa aku demam kecik-kecik dulu ialah air cap badak dan koyok....Ha ha ha...korang tahu koyok tak..?Yang tampal kat dahi tu...Rasa berangin...Seingat aku punyalah susah masa tu,sekeping koyok tu dibelah 4.Dapat pakai 2 kali...

     Dan sebelum terlupa,tidak sah demam masa dulu-dulu kalau tak ada air pinang dan air jaram.Air pinang bewarna merah pekat dibuat dari daun sireh dan buah pinang.Air jaram pula dibuat dengan gaulan daun resam,daun rambutan,daun durian dan daun jarak.Sesiapa yang pernah kena penangan air pinang dan air jaram neh tahu lah....Menggigil satu badan...Pasti cari kain pelikat buruk buat selimut...Ha ha ha..

     Apa-apa pun selamat demam kepada yang masih demam.Kepada yang sihat,berhati-hati lah,esok lusa mungkin jatuh demam...Kalau dah demam bawak-bawaklah banyak bersabar.Rassullullah pernah bersabda,"...barang siapa sakit semalam,dia sabar dan redho kepada Allah,maka bersih lah ia dari dosa bagaikan ketika ia baru dilahirkan dari perut ibunya.Dan jika engkau sakit janganlah segera meminta sembuh..."

     Kini usia pun dah tua,anak pun dah ramai.Cara mereka demam pun dah tak sama macam aku dulu...Tak maunya umpan dengan oren bodoh lagi....tak maunya semboh dengan air pinang lagi..Namun yang lepas tetap ku ingat dan tak dapat diundur.Kini abah dah tiada untuk membelikan aku oren bodoh dan laici dalam tin biar pun aku demam berminggu-minggu....

     Assalammualaikum

Wednesday, October 12, 2011

PAK PANDIR DAN KONDOM


Suatu hari Pak Pandir dan mak Andir pergi kesebuah hospital untuk berjumpa dengan seorang doktor pakar rumahtangga dan sakit puan.

Doktor-Ya pakcik,boleh saya bantu..?

P Pandir-Begini tuan doktor,saya dan isteri saya bercadang untuk tidak melahirkan anak lagi,memandangkan kami telah mempunyai 13 orang anak.Ada tak apa-apa ubat yang dapat berbuat begitu.

Doktor-Ooo...Itu mudah sahaja.Cuba gunakan pil pencegah kehamilan ini.Pil ini harus dimakan setiap hari.Satu biji sekali makan.Pasti pak cik dan mak cik dapat mencegah kehamilan.

P Pandir-Kalau begitu terima kasihlah tuan doktor.Saya akan ikut nasihat tuan doktor.

Pak pandir dan Mak Andir pun pulang kekampung bersama pil perancang keluarga untuk bekalan selama satu bulan.

................................................................................................................

Mereka pun mengamalkan pil perancang itu seperti yang diberitahu oleh doktor.Namun....Pada bulan berikutnya,Mak Andir disahkan mengandung lagi..!!Kecewa dengan situasi itu,Pak Pandir mengajak Mak Andir pergi ke hospital untuk berjumpa dengan doktor pakar yang dirasakannya telah menipu dia dan isterinya.

Doktor-Hai pakcik,apa kabar..?

P Pandir-Kabar kurang baik tuan doktor...

Doktor-Kenapa pula...?

P Pandir-Begini tuan doktor,Tuan doktor telah memperdaya saya dan isteri saya berkenaan dengan pil perancang kehamilan itu.Ia langsung tak berkesan...Lihatlah hasilnya...Isteri saya hamil lagi....

Doktor-Mustahil..?Setakat ini belum ada pelanggan yang merungut mengatakan pil itu tidak berfungsi dengan baik...Adakah pil itu diambil dengan teratur...?

P Pandir-Itu sudah tentu...Saya mengambilnya setiap pagi selepas sarapan...Apa tak betul ke tuan doktor....?

Doktor-Adoi laaaaa.....Itu bukan tak betul lagi...Itu dah kira bahlul tahap gila...!!Yang pak cik pergi makan pil tu buat apa..?Pil tu orang perempuan yang makan...bukan pak cik...

P Pandir-Laa...Kenapa tuan doktor tak cakap awal-awal....?

Doktor-Dah tu pak cik macam bagus je....Saya ingatkan pak cik paham...Begini lah pak cik...Pak cik tunggulah kelahiran anak pak cik yang ke 14 tu dulu...Nanti bila dah bersalin,datang jumpa saya semula,saya akan ajarkan pak cik kaedah yang lain untuk tidak mendapatkan anak lagi,ok...

................................................................................................................

Setelah sembilan bulan,Mak Andir selamat melahirkan anak yang ke 14.Bila habis tempoh berpantang Pak Pandir mengajak Mak Andir untuk ke hospital bagi berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan semula nasihat tentang cara-cara untuk tidak mendapatkan anak lagi.

Doktor-Apa kabar pak cik..?

P Pandir-Kabar baik...Saya datang ni atas cadangan tuan doktor dahulu....

Doktor-Ya..Ya..Saya masih ingat lagi...Berkenaan dengan untuk tidak mendapatkan anak lagi kan..?

P Pandir-Ya betul tu tuan doktor...Apa caranya tuan...?

Doktor-Begini pak cik.Saya syorkan pak cik menggunakan kondom...Cara menggunakannya cukup mudah...Pak cik tahu tak cara memakainya..?

P Pandir-Tak tahu tuan doktor...Tuan tolong tunjukan cara menggunakannya...

Doktor-Cara memakainya mudah sahaja pak cik...Begini...(Sambil mengangkat ibu jarinya,si doktor menyarungkan kondom itu ke ibu jarinya sebagai contoh agar Pak Pandir dapat memahaminya dengan mudah...)Dah selesai pak cik...Memakainya cukup mudah dan cepat...Cara ini sangat berkesan pak cik...Dengan syarat pak cik mesti memakainya sebelum melakukan hubungan intim dengan isteri pak cik,ok...?

P Pandir-Baiklah tuan doktor...Saya dah paham sekarang....Terima kasih atas nasihat tuan doktor itu...Saya akan mengamalkannya setiap kali bersama dengan isteri saya..

Mereka pun pulang kerumah dan mengamalkan penggunaan kondom setiap kali ingin melakukan hubungan intim seperti yang diarahkan oleh doktor...

................................................................................................................

Namun sekali lagi....Pada bulan berikutnya,Mak Andir disahkan mengandung lagi......Pak Pandir begitu kecewa sekali...Kali ini kecewanya bercampur dengan marah pada si doktor yang telah mempermain-mainkannya....Lalu Pak Pandir pergi berjumpa dengan doktor itu semula...

P Pandir-Tuan doktor memang dah melampau...Sanggup tuan doktor menipu saya.Kondom yang doktor bekalkan langsung tak mujarab...Isteri saya telah hamil lagi anak ke 15....

Doktor-Ah mustahil....Masakan isteri pak cik boleh hamil kalau pak cik telah menggunakan kondom dengan betul....?Ini mesti pak cik menggunakannya dengan cara yang salah..?

P Pandir-Salah apanya tuan doktor..?Saya ikut apa yang tuan suruh lakukan dengan baik...

Doktor-Betul ke pakcik telah memakainya dengan cara yang betul..?Atau pak cik tersalah memakainya..?

P Pandir-Tiada apa yang salahnya doktor...Setiap kali saya ingin melakukan hubungan intim dengan isteri,saya akan memakai kondom seperti nasihat tuan doktor...(sambil menunjukkan cara-cara memakainya pada ibu jari tangannya..)

Doktor-Cara memakainya betul....Tetapi adakah pak cik memakainya ditempat yang betul...?

P Pandir-Dah tentulah betul tuan doktor...Kalau tuan tak percaya boleh tanya dengan isteri saya,ibu jari tangan kiri ini akan saya pakaikan kondom setiap kali ingin melakukan hubungan intim.....

Doktor-Ibu jari tangan kiri....?Ha ha ha...

P Pandir-Kenapa tuan doktor ketawa....

Doktor-Kenapa pak cik tak sarungkan kondom tu pada ibu jari tangan kanan sekali..?Kah kah kah......

P Pandir-Mungkin itu sebabnya tuan doktor....Saya hanya pakai kondom pada ibu jari tangan kiri...Saya lupa nak pakaikan sekali pada ibu jari tangan kanan....

Doktor-Kah kah kah.....Kah kah kah....Ha ha ha...Ha ha ha...Pak cik tunggu sekejap....Ha ha ha....Nurse.....Tolong ambilkan saya ubat penenang....Kalau boleh yang MJ makan tu...Ha ha ha...Dah tak tahan saya ni.....Kah kah kah.....kondom....Ibu jari...ha ha ha...Ibu jari kaki tak pakai....Kah kah kah...

Perbualan ini terhenti setakat disini....Pak Pandir masih terpingga-pingga dengan kelakuan si doktor..Keliru sungguh beliau...Rasa-rasa jawapan yang diberikannya tadi tiada sikit pun cacat celanya....

................................................................................................................

Moral/Belakang parang diasah lagikan tajam-Kalau korang asyik mengasah belakang parang,ada sesuatu yang tak kena tu...Sebab hanya orang tak berapa nak betul sahaja yang mengasah belakang parang.....Ha ha ha...

HIDUP INI IBARAT RODA.(tayar celup cap sotong)

     Hidup ini ibarat roda.(bukan roda-roda kota raya)Terkadang diatas,terkadang dibawah.Terkadang berputar laju dan lancar,terkadang berputar tersangguk-sangguk.Namun,walau apa jenis roda sekalipun perumpamaan perjalanan hidup kita,hidup harus diteruskan.Berputus asa dalam kehidupan samalah seperti menempah tiket untuk mengakhiri hidup ini dengan menggunakan tayar celup cap sotong.....Ha ha ha...

     Macamana laju dan lancar sesuatu roda itu berputar,sampai masanya ia akan berhenti juga.Begitu jugalah dengan kehidupan kita.Hanya cara penamatnya sahaja yang membezakan kita dengan roda.Namun harus diingat kerana, roda juga boleh menamatkan putaran hidup kita jika roda celup cap sotong yang kita gunakan tiba-tiba meletup dan mencampakkan kita dan kereta kita sekali kedalam gaung....

     Ada juga roda yang berputar,namun kereta tak bergerak...Ibarat kereta yang tersangkut didalam lumpur.Kehidupan begini tidak berapa boleh diharapkan sangat...Apa sahaja perancangan yang dibuat tak membawa kita kemana...akhirnya berlaku keputus asaan....

     Ada juga kehidupan seperti roda pancit.Masih boleh berputar walaupun terhincut-hincut...Putaran perjalanan tak selaju mana...sekadar untuk sampai kekedai pomen...Kehidupan yang sebegini tak berapa nak lancar...Setiap hari berhadapan dengan masaalah baru yang mana masaalah semalamnya masih belum dapat diselesaikan....

     Ada juga roda yang berputar terlalu laju.Nasib tak baik terbabas ke tebing lalu kemalangan.Nak tambah derita patah tangan patah kaki..Kehidupan yang sebegini terlalu terburu-buru.Semua keputusan dibuat sendiri tanpa perbincangan  atau pandangan orang lain.Jadi hasilnya kehidupan yang sebegini juga tak berapa memuaskan.

     Bagaimana dengan roda yang telah tidak berpusing lagi?Mungkin disebabkan oleh kerosakan.Ia masih boleh dipanggil roda,walaupun telah tersandar dibelakang reban kambing.Kehidupan yang sebegini ibarat rumah kata pergi kubur kata mari....Jadi perkemaskanlah diri.Isi dengan apa yang patut.Jangan isi perut.....

     Roda yang terbaik adalah roda yang berputar beriringan seperti roda lori kontena...Kalau satu roda belakangnya rosak ataupun bocor,roda yang lain masih boleh bergerak.Kehidupan yang sebegini teramatlah banyak kebaikannya.Seperti sentiasa bekerjasama dalam apa jua keadaan,bantu membantu,saling mempercayai dan yang paling best,kalu anda beku ataupun jem,masih ada yang sudi menghulurkan bantuan.Namun jangan diharapkan sangat bantuan berbentuk wang ringgit....Juga bantuan yang diterima tak semestinya membantu,kerana kawan-kawan biasanya banyak membantu mendatangkan masaalah...Ha ha ha...

      Jadi ada baik korang berfikir dahulu sebelum mengambil iktibar dari perjalanan hidup sebuah roda ini...Kerana roda yang aku pakai ni,roda celup cap sotong......sekali lagi....Ha ha ha...

Wednesday, August 24, 2011

BOLA


     Musim baru liga bolasepak bermula lagi.Liga kat eropah la,liga kat Malaysia ni,ntah bila nak tamat...Pasukan seciput jew,tapi ntah bila nak abis pun tak tahu....Banyak sangat berehat....Sampai naik lomau satu pasukan...Ni otak pun dah naik lomau nunggu Piala Malaysia bilo nak mulo.....Jom,layan lawak stadium sementara nunggu Piala Malaysia bermula...,

Lawak 1

Lokasi - Disebuah gerai menjual cenderahati berhampiran sebuah stadium bola.

Penjual-Yaaaa...Mari...Mari...Mari beli....Macam-macam ada..Ini yang terbaru,bola yang ditanda tangani oleh Ronaldo.....

Kemudian seorang pak cik melintas dihadapan gerai  lalu disapa oleh peniaga tersebut.

Penjual-Pakcik...Ini ada barang baru pakcik...Bola yang ditanda tangani oleh Ronaldo.Pakcik kenal Ronaldo kan?Bola ni boleh disimpan sebagai kenangan pakcik..Tak pun dijadikan hadiah ataupun hiasan dalam almari.Harga murah je pakcik.Pakcik punya pasal,saya kasi harga spesel,satu RM35 je...

Pakcik-Tak mahu lah aku...Dah lah mahal,bukan boleh makan pun...beli makanan kenyang gak perut aku....

Penjual-Harga offer ni pakcik.RM35 je sebiji.Mana mahal...Kalau pakcik rasa ada kedai lain yang jual lagi murah dari saya,,,pakcik tunjuk kat saya...

Pakcik-Tuuuu....kat seberang jalan sana...Baru RM seringgit je satu..

penjual-Pakcik biar betul....Tak masuk akal langsung...

Pakcik-Kalau ko tak percaya,ni aku ada beli 5...nah ko tengok le....

Penjual-Hampeh.......Ini bebola ikan memang le murah...Adoiii...mau sakit mental aku kalau hari2 macam ni.....


Lawak 2

Lokasi - Berhampiran sebuah stadium bolasepak dinegara kita.

Pakcik-Ni,ramai-ramai nak pergi kemana..?

Budak-Kami nak pergi tengok bola kat stadium pakcik.Malam ni ada game,Ipoh lawan Perak,pakcik....

Pakcik-Ooo...Tengok bola kat stadium...Mahal tak tiketnya?

Budak-Mahal jugak pakcik...Satu tiket RM10....

Pakcik-Mahal jugak ya...Macam nilah...Kalau korang nak free,jom ikut pakcik...

Budak-Wah....Bagus ni,ada jalan belakang ke,pakcik..?

Pakcik-Bukan....Jom ikut pakcik balik rumah...Kita tengok bola kat tv je,rasa2 malam ni ada siaran langsung...Tak kuar seduit pun......

Wednesday, July 6, 2011

KERANA SEHELAI KERTAS

     Ada sepasang suami isteri hidup aman harmoni walaupun tidak dikurniakan cahaya mata.Mereka telah mendirikan rumah tangga selama 6 tahun.Dalam tempoh itu mereka tidak pernah bertengkar.Semua masalah diselesaikan dengan baik.Suatu hari si suami telah dinaikan pangkat sebagai pegawai pemasaran bagi syarikat dia bekerja.Tugas barunya ini memerlukan dia sentiasa bekerja diluar kawasan tak kira waktu.Kadang2 hingga 4,5 hari tidak balik kerumah.Pada mulanya siisteri dapat menerima keadaan ini.Namun setelah sering sangat ditinggalkan begitu lama oleh sisuami,siisteri mula berprasangka sesuatu.Orang lain bekerja jugak,tapi tak lah macam suami aku.Sibuk mengalahkan perdana menteri.Getus hatinya pada suatu malam ketika menanti suaminya yang tak kunjung pulang setelah 5 hari keluar.Malam keenam sisuami masih tak balik.Kemarahan siisteri makin menjadi2.Malam ketujuh sisuami masih juga tak balik2.Kini kemarahan siisteri tidak dapat dibendung lagi.
     
     Siisteri telah nekad.Dia akan terus menyerang suaminya dengan soalan2 yang panas bila suaminya pulang nanti.Dia mahu segala apa yang terbuku dihatinya dilemparkan kepada suaminya.Dia mahu suaminya tahu apa perasaannya ditinggal sebegini lama.Dan dia juga mahu tahu apa yang dibuat oleh suaminya diluar sana.

     Penantian siisteri berakhir.Sisuami pulang pada malam kelapan.Sebaik sahaja pintu dibuka,siisteri terus menyerang suaminya dengan soalan2 panas berapi yang rasanya tak berapa elok nak dituliskan disini.Korang faham2 sudahlah.

     Keadaan itu reda akhirnya setelah sisuami membuat penggulungan hujah.

"Sayang,terpulanglah sayang nak percaya ataupun tidak.Abang keluar untuk bekerja.Sedikit pun tidak terlintas dihati abang untuk berpeleseran.Semua yang abang buat adalah untuk masa depan kita berdua.Percayalah..."

"Ahh...Sudah lah.Saya masih tak percaya.Orang lelaki kalau didepan bini,pijak semut pun tak mati..."

"Susah betul lah nak bercakap dengan awak ni...Kalau macam ni ada lebih baik saya tak bercakap dengan awak sampai bila2...Biar puas hati awak...."

"Baik....Kalau itu yang awak mahukan.Saya pun tak ingin nak bercakap dengan awak lagi...End..."

     Siisteri masuk kebilik tidur.Terus naik kekatil dan pura2 tidur.Sisuami pula menuju kebilik air untuk mandi.Setelah selesai mandi sisuami menuju kebilik tidur.sisuami naik kekatil sambil menjeling kearah isterinya tanpa sepatah kata.Kerana masing2 dah berjanji tak akan berkata2 lagi.

     Sisuami mengereng kekanan,mengereng kekiri,kekanan semula namun matanya tak mahu dilelapkan.Hatinya bercelaru seperti ada sesuatu yang belum dilakukannya.Tiba2 baru dia teringat yang dia kena bangun seawal jam 4 pagi esok untuk mengambil penerbangan ke Sabah pada jam 5 pagi.Kini fikirannya bertambah runsing,kerana setiap kali bangun tidur,isterinya yang akan mengejutkannya.Tapi kini dia dah berjanji tak akan berkata2 lagi dengan isterinya.Macam mana dia nak memberitahu isterinya supaya mengejutkan dia pada pukul 4 pagi esok.....Kalau nak harapkan dia bangun sendiri,alamatnya sembahyang subuh pun mis.

     Setelah berfikir seketika sisuami mendapat satu akal.Lalu dia bangun menuju kemeja tulis.Diambilnya sekeping kertas dan ditulisnya dikertas itu,"Sayang,tolong kejutkan abang pukul 4 pagi esokAbang ada penerbangan ke sabah."Lalu kertas itu diletakkannya disebelah bantal isterinya,dengan harapan bila isterinya terbangun untuk kebilik air nanti dia akan terbaca tulisan pada kertas itu dan mengejutkannya pada pukul 4 pagi esok."fuh....Selamat..."Bisik sisuami lalu terlelap dengan lena.

     .....................................................................................................

     Sisuami membuka mata.Menoleh kearah jendela cermin dan...

"Alamak...Dah terang benderang cahaya matahari...Habis lah aku kali ni...Lebur lah projek kat Sabah nun...Tak boleh jadi ni..Dah melampau sangat isteri aku ni.Sanggup dia biarkan aku terlena sampai ke pagi...."

     Siisteri yang telah bangun lebih awal hanya tersenyum sinis melihat tingkah laku suaminya.

"Padan...Rasakan..Tak mahu bercakap dengan isteri konon...."Bisik siisteri didalam hati.

"Awak...Awak dah melampau sangat ni.Kenapa tak kejutkan saya pukul 4 tadi..Awak tahu tak,saya boleh kehilangan kerja disebabkan perangai awak ni..."

     Siisteri masih diam membisu.

"Apa alasan awak...?Cakap...Awak jangan nak menambah marah saya..."

     Siisteri masih tidak berkata apa2 hanya jari telunjuknya sahaja ditujukan kearah bantal sisuami diatas katil.Sisuami menoleh kearah yang ditunjukkan oleh isterinya,lalu dia terpandang sehelai kertas.Lantas kertas itu diambilnya dan dibaca...Apa yang tertulis dikertas itu betul2 diluar dugaannya...

"Bang bangun bang....Dah pukul 4 pagi...Nanti abang terlepas penerbangan ke Sabah."

     Masing2 berpandangan mata kemata...Seketika kemudian berderai gelak ketawa kedua2nya......Apa nak dikata,kerana sekeping kertas suasana yang keruh kembali jernih.Itulah asam garam dalam kehidupan berkeluarga.Hujan boleh datang dengan tiba2 dan panas boleh berlalu dengan tiba2 juga.....

     Nasihat aku,pada diri aku dan korang semua,pada yang dah berkeluarga tu kalau nak marah,jangan simpan didalam hati,simpanlah didalam saku seluar korang.Bila korang campakkan seluar tu dalam mesin basuh,korang campakkan sekali marah korang tu......
                                         
                                          Ha ha ha.........

Tuesday, June 7, 2011

PANTANG LARANG DULU-DULU...ADA LOGIKNYA


Ingat lagi tak masa kita kecik2 dulu,orang tua kita selalu sangat berpesan dengan pantang larang ketika melakukan sesuatu perkara ataupun pekerjaan,itu tak boleh,ini tak boleh...Itu jangan,ini jangan..Itu tak elok,ini tak elok...Kadang2 pesanan tu disertakan sekali dengan gambaran2 yang menakutkan... Sampai kita naik bosan ...Naik takut pun ada..Ni bila kita dah jadi bapak orang pulak,bila pikir2 balik,apa yang mak bapak kita pesan dulu tu,ada jugak kebenarannya.Korang ingat lagi tak,dulu2 banyak sangat pantang larangnya.Aku ada beberapa contoh yang aku rasa korang masih ingat tetapi mungkin ada yang tak berapa nak paham logik disebalik teguran,pesanan dan pantang larang tu.Ni aku berikan beberapa contoh....

1]Tidak baik mandi diwaktu senja/maghrib.

-Logiknya ia boleh digunakan pada zaman dahulu.Zaman sekarang aku tak pasti.Korang tentu tahu,zaman dahulu mana ada air paip.Kalau nak mandi kena pergi ke telaga,sungai atau pun perigi.Bayangkan apa yang boleh korang lakukan sekiranya berlaku kemalangan semasa korang sedang mandi diwaktu senja,seperti terjatuh kedalam perigi atau pun sungai.Disengat binatang berbisa seperti lipan atau pun kala jengking.Nak menjerit minta tolong,kalau dekat tak apa lah jugak,kalau jauh seperti di sungai..?Itu pun belum tentu ada orang yang mendengar jeritan korang,kerana masing2 dah berkurung didalam rumah,selebihnya mungkin telah pergi ke surau atau pun masjid untuk solat berjamaah.Jadi kalau orang tua kita dahulu sering berpesan tidak baik mandi diwaktu senja,aku rasa inilah antara sebabnya.

2]Jangan tidur menelangkup,sambil kedua2 belah kaki dinaikan keatas,nanti mak atau ayah kita akan mati.

-Logiknya kerana ia berkaitan dengan kesopanan.Berkenaan dengan kematian mak atau pun ayah kita,itu hanyalah untuk menakut2kan kita.Itu jangan korang percaya.Rumah2 kampung pada zaman dahulu tidaklah sebesar mana.Kalau ada dua bilik tidur,itu sudah dikira besar.Jadi dengan rumah yang sempit dan bilangan keluarga yang ramai,kita akan banyak menghabiskan masa untuk berehat duruang tamu atau pun diberanda rumah.Tidak seperti anak2 kita dizaman ini yang mempunyai bilik setiap sorang.Apa yang paling ditakuti pada masa tu,kalau yang tidur menelangkup itu seorang gadis,tiba2 datang tetamu kerumah.Apa yang difikirkan oleh tetamu bila melihat keadaan itu?Tentu tetamu menganggap tidak bersopan atau pun tuan rumah tidak tahu menjaga/mendidik anak.Jadi ia akan mengaibkan tuan rumah.Kalau sekarang ada anak gadis yang tidur begitu,terpulanglah,sebab masing2 ada bilik sendiri.Tetamu pun tak nampak.

3]Jangan main nyorok2 pada waktu malam,nanti disorok oleh hantu kopek.

Logiknya, pada zaman dahulu tiada bekalan elektrik,hanya menggunakan pelita minyak tanah atau pun lampu gas.Apa akan terjadi kalau kita yang masih budak2 main sorok2 kat dalam rumah?Kita hanya fikirkan keseronokan.berlari kesana kesini untuk mencari tempat menyorok.Bayangkan kalau kita terlanggar pelita minyak tanah.Tak pasal2 rumah hangus terbakar.Kita juga mungkin akan jatuh tersungkur tersandung bendul pintu kerana keadaan cahaya yang tak berapa nak terang.Jatuh tak apa,kalau terseliuh atau pun patah?Dah satu hal lagi,klinik bukannya dekat,kenderaan pulak tak ada...Jadi siapa yang susah?Semuanya susah....Bab hantu kopek tu,aku tak pasti...belum pernah aku dengar ada budak2 yang disorok hantu kopek ni...

Ada banyak lagi pantang larang dan teguran yang seperti diatas.Aku tak dapat nak tulis semua,sebab aku pun dah tak berapa nak ingat...Kalau korang masih ingat atau pun tahu dan nak kongsi dengan pembaca yang lain,korang boleh email kan kat aku di, ruslantalib1@hotmail.com
Nanti aku akan siarkan dientri yang lain.Apa yang pasti pantang larang dulu2 banyak kebaikannya.Kalau korang rajin berfikir,korang tentu akan terfikir sesuatu.Berfikir diluar tempurung,bukan melalui mata tempurung.Salam satu Malaysia.

-Assalammualaikum-

Tuesday, May 17, 2011

CIKGU..Selamat Hari Guru.maafkan aku,aku hanya pemungut sampah..

     Cikgu...Aku tak pernah meminta kehidupan yang sebegini...Jauh dilubuk hati ku...Aku juga mahu menghabiskan masa kecil ku seperti kanak2 yang lain...Bergembira bersama keluarga...Bermain bersama rakan2 dipetang hari...Berkelah dihujung minggu...Dan yang lebih ku idamkan....Seorang guru yang dapat memberi  pelajaran demi masa depan ku.

     Cikgu...Dalam dingin pagi,disaat rakan2 sebaya ku bersiap untuk ke sekolah,aku pula telah bermandikan peluh dan kabus demi untuk mencari sesuap nasi....Tiada sarapan yang enak...Tiada pakaian seragam putih...Tiada ibu yang menemaniku hingga ke pintu pagar...Tiada ayah yang menghantar ku...Tiada simpati...Tiada belas kasihan..Yang ada hanyalah sesusuk tubuh kecil yang harus diberi makan agar terus hidup...

     Cikgu...Di saat rakan2 sebaya berkemas untuk pulang dari sekolah,aku masih berhempas pulas membanting tulang empat kerat dicelahan sampah...Alangkah seronoknya jika aku juga sedang berkemas2 untuk pulang dari sekolah...Alangkah seronoknya ketika menanti ayah datang menjemput dipagar sekolah...Alangkah seronoknya ketika melihat ibu menanti dimuka pintu...Alangkah seronoknya menjamu hidangan tengah hari bersama keluarga...Namun apa daya ku...Semua itu hanyalah mimpi yang tak mungkin menjadi kenyataan...

     Cikgu...Hanya satu pinta ku...Didiklah rakan2 ku yang berpeluang menjejakkan kaki ke sekolah...Didiklah ia sehingga berjaya...Didiklah ia sehingga menjadi insan yang berguna...Didiklah ia sehingga menjadi kebanggaan keluarga...didiklah ia sehingga ke puncak menara gading...Semoga suatu hari nanti ia akan menyambung usaha murni cikgu mendidik anak bangsanya pula...

     Cikgu...Maaf kan aku...

Selamat menyambut hari guru...

Hanya itu yang mampu aku ucapkan...Dengan didikan yang cikgu berikan kepada rakan2 ku,diharap suatu hari nanti tiada lagi pemungut sampah seperti aku...


Monday, May 9, 2011

PETUA MENCARI BENDA HILANG MELALUI INTERNET

     Assalammualaikum,,

Untuk Catatan kali ni,aku nak kongsi dengan korang satu petua ataupun cara2 yang amat mudah untuk korang yang mengalami masaalah pelupa.Terutama bagi mereka yang mudah terlupa dimana letaknya sesuatu barang yang biasa digunakan.Contohnya seperti,lupa dimana letaknya kunci rumah.Lebih2 lagi masa tu kita bersaorangan,tiada sesiapa untuk bertanya.

Caranya amat mudah sekali.Dengan majunya sistem teknologi hari ini,kita boleh peralatkannya untuk kemudahan kita.Nak tahu caranya..?Senang jew.Sila ikut langkah2 dibawah ini dengan betul dan banyak bersabar....





Langkah 1-Buka mana2 pelayar web yang korang suka.Contoh,Google,Yahoo atau pun Mozilla firefox.(contoh seperti gambar diatas) Pastikan korang mempunyai line internet yang penoh.Kalau line suam2 kuku,petua ni tak berapa nak lancar.






Langkah 2-Kemudian korang pergi keruangan search,taipkan apa2 yang korang nak cari.(contoh seperti gambar diatas) kunci rumah ke,kunci kereta ke,handset ke,apa2 ke...Namun pastikan apa yang korang nak cari tu berada disekitar rumah korang.Kalau diluar kawasan,ia tak akan menjadi.

Langkah 3-Lepas tu korang klik butang 'search'.Korang akan dapat jawapan dimana lokasi barang yang dicari dalam masa tak sampai seminit.(contoh seperti gambar dibawah) Sangat mudah.Tapi korang tak pernah terfikir nak buat macam ni kan..?





Bagaimana?Korang dah cuba 3 langkah mudah diatas untuk mencari sesuatu yang korang tak ingat taruk kat mana?Kalau korang dah cuba tetapi tidak mendapat jawapan seperti yang diinginkan,anggap le line internet kat rumah korang suam2 kuku.....Ha ha ha...Apa2 pun selamat mencuba,mana tahu nasib korang baik.Aku tak cuba pun.....memang hampeh..!! Ha ha ha....Jangan mareee...


MORAL - JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN SESUATU YANG ANDA BACA SEBELUM MEMAHAMINYA

Friday, April 29, 2011

ATUK DAN KUDA LAUT

Suatu petang dihujung kampung,seorang datuk sedang asyik menonton rencana berkaitan hidupan didalam laut bersama cucu kesayangannya.

Cucu - Tuk...Tu binatang apa yang kecik tapi kepala macam kuda..?

Atuk - Haa...yang mano satu..?Yang menggeruek2 kek rumpai laut tu ko..?

Cucu - Ya lah tuk..tu yang kepala macam kuda tu...

Atuk- Ooo...Itu namo eh kudo laut..

Cucu - Kenapa pulak dipanggil kuda laut tuk..?

Atuk - Sobab muko eh macam kudo...Peh tu dio idup lam laut..Mako dipanggei kudo laut..Paham..?

Cucu - Faham tuk...Tapi,kenapa kuda kat atas darat,tak dipanggil kuda darat tuk..?

Atuk - Ekau neh..Soalan tak padan dongan umor...Dah zahir dan ukum alam kudo idup kek darat tak payah lah nak dipanggei kudo darat lae..Sobab sumo orang tau kudo idup ateh darat...

Cucu - Ooo...Macam tu ya tuk...Tapi tuk..Ada jugak binatang yang idup atas darat tapi orang masih tak tau...

Atuk - Binatang apo pulak yang orang tak tau lagi...?

Cucu - Buaya darat tuk...

Atuk - Eeee...Budak ni...Eden ngaja bondo boto..Dio menyimpang tah kemano pulak...

Cucu - Tuk..tuk..Tu yang macam bintang tu,apa pulak..?

Atuk - Itu namo eh tapak sleman..

Cucu - Ooo..Tapak sleman...Tapak orang lain tak ada ke tuk..?Tapak usop ke,tapak ismail ke,tapak atuk ke kat dalam laut tu tuk..?

Atuk - Adoi laa...boleh pitam den dongan soalan2 ekau neh...Tak ado...Yang ado tapak sleman yo..

Cucu - Tuk ikan paus tu boleh makan tak..?

Atuk - Lom ponah atuk nengok ado yang makan ikan paus..

Cucu - Bukan orang lah tuk..Kalau ikan paus tu tak boleh makan..Macam mana dia boleh membesar tuk...?

Atuk - Alahai cucu den sorang neh...poning kepalo den dibueknyo...ghaso nak pengsan den...Poi amik penadol kek dapor nun 2 bijik...

Cucu - Tuk,cikgu cakap kalau ada orang pengsan kita kena buat pernafasan dari mulut ke mulut tuk...Kang kalau atuk pengsan saya buat ya...

Atuk - Dah..Dah..Dah..Cukup..Tak maun atuk nompang napeh ekau...Ekau tak ponah gosok gigi...

Cucu - Atuk pun sama...Tak gosok gigi...

Atuk - Eden lain...Gigi den dah tak ado...Nak gosok apo lae...

Cucu - Boleh apa...Atuk gosok lah gusi atuk tu....

Atuk - Ekau ni jang...Panjang boto aka ekau.....

___________________________________________________________________
                         
 MORAL

     Begitu lah seronoknya kalau tinggal dengan datuk atau pun nenek..Apa yang kita tanya akan dijawap,walaupun soalan yang ditanya tak berapa nak betul.Datuk akan cuba melayan kita sebaik yang boleh..Dan datuk tidak akan sesekali cuba menyakiti badan dan hati kita...Datuk juga akan cuba menunaikan permintaan kita sebanyak yang boleh..Itu lah nikmatnya tinggal bersama datuk...

     Korang pernah tinggal atau dipelihara oleh datuk atau pun nenek..?Kalau ada,korang memang beruntung..Aku tak pernah merasa semua itu...Dan aku juga tidak pernah melihat wajah Datuk aku,baik datuk disebelah ayah mahu pun disebelah emak.Kerana lahirnya aku kedunia ini datuk telah pun tiada...

     Aku cuma dapat melihat bagaimana arwah ayah aku menjaga anak aku.Penuh dengan kasih sayang..Apa sahaja yang diminta oleh anak aku,akan cuba ditunaikan oleh ayah..Jauh berbeza semasa ayah membesarkan aku...Jauh sesangat..Jadi pada korang yang masih mempunyai datuk,layanlah mereka dengan sebaik mungkin..Kerana datuk tidak akan menyakiti cucunya.Dan ketahuilah,datuk tidak pernah meminta wang ringgit dari cucunya,tapi cukuplah sekadar korang bertanyakan khabar...