Hidup ini ibarat roda.(bukan roda-roda kota raya)Terkadang diatas,terkadang dibawah.Terkadang berputar laju dan lancar,terkadang berputar tersangguk-sangguk.Namun,walau apa jenis roda sekalipun perumpamaan perjalanan hidup kita,hidup harus diteruskan.Berputus asa dalam kehidupan samalah seperti menempah tiket untuk mengakhiri hidup ini dengan menggunakan tayar celup cap sotong.....Ha ha ha...
Macamana laju dan lancar sesuatu roda itu berputar,sampai masanya ia akan berhenti juga.Begitu jugalah dengan kehidupan kita.Hanya cara penamatnya sahaja yang membezakan kita dengan roda.Namun harus diingat kerana, roda juga boleh menamatkan putaran hidup kita jika roda celup cap sotong yang kita gunakan tiba-tiba meletup dan mencampakkan kita dan kereta kita sekali kedalam gaung....
Ada juga roda yang berputar,namun kereta tak bergerak...Ibarat kereta yang tersangkut didalam lumpur.Kehidupan begini tidak berapa boleh diharapkan sangat...Apa sahaja perancangan yang dibuat tak membawa kita kemana...akhirnya berlaku keputus asaan....
Ada juga kehidupan seperti roda pancit.Masih boleh berputar walaupun terhincut-hincut...Putaran perjalanan tak selaju mana...sekadar untuk sampai kekedai pomen...Kehidupan yang sebegini tak berapa nak lancar...Setiap hari berhadapan dengan masaalah baru yang mana masaalah semalamnya masih belum dapat diselesaikan....
Ada juga roda yang berputar terlalu laju.Nasib tak baik terbabas ke tebing lalu kemalangan.Nak tambah derita patah tangan patah kaki..Kehidupan yang sebegini terlalu terburu-buru.Semua keputusan dibuat sendiri tanpa perbincangan atau pandangan orang lain.Jadi hasilnya kehidupan yang sebegini juga tak berapa memuaskan.
Bagaimana dengan roda yang telah tidak berpusing lagi?Mungkin disebabkan oleh kerosakan.Ia masih boleh dipanggil roda,walaupun telah tersandar dibelakang reban kambing.Kehidupan yang sebegini ibarat rumah kata pergi kubur kata mari....Jadi perkemaskanlah diri.Isi dengan apa yang patut.Jangan isi perut.....
Roda yang terbaik adalah roda yang berputar beriringan seperti roda lori kontena...Kalau satu roda belakangnya rosak ataupun bocor,roda yang lain masih boleh bergerak.Kehidupan yang sebegini teramatlah banyak kebaikannya.Seperti sentiasa bekerjasama dalam apa jua keadaan,bantu membantu,saling mempercayai dan yang paling best,kalu anda beku ataupun jem,masih ada yang sudi menghulurkan bantuan.Namun jangan diharapkan sangat bantuan berbentuk wang ringgit....Juga bantuan yang diterima tak semestinya membantu,kerana kawan-kawan biasanya banyak membantu mendatangkan masaalah...Ha ha ha...
Jadi ada baik korang berfikir dahulu sebelum mengambil iktibar dari perjalanan hidup sebuah roda ini...Kerana roda yang aku pakai ni,roda celup cap sotong......sekali lagi....Ha ha ha...