JUST ME AND ME AGAIN

Tuesday, December 6, 2011

SMS BERANTAI

     Benda tahyul dan kurafat menggunakan kaedah moden dan terkini...?Apa benda tu..?Nak tahu,baca catatan aku seterusnya.

     Beberapa tahun yang lalu aku telah menerima satu pesanan ringkas melalui talipon oleh seseorang yang aku kenal.Antara lain pesanannya berbunyi begini,"...Sila sebarkan pesanan ini kepada 10 orang lagi teman-teman anda.Jika anda mengabaikan pesanan ini anda akan ditimpa kecelakaan dan musibah.Contohnya di India,seorang telah menerima pesanan ini tetapi mengabaikannya,akibatnya beliau telah ditimpa kemalangan.Seorang lain pula telah mati dengan ngeri selepas beliau mempersendakan pesanan ini.....Jika anda menyebarkan kepada 10 orang teman yang lain dalam masa 7 hari,anda akan mendapat sesuatu yang anda tidak jangkakan.Pernah seorang yang telah menyebarkan pesanan ini telah menerima sumbangan duit sebanyak setengah juta dari seseorang yang beliau tidak kenali.Seorang yang lain pula telah terkena cabutan nombor bertuah bernilai 1 ratus ribu selepas mengedarkan pesanan ini....."

     Apa semua ni..?Apa ke jadahnya...?Ha ha ha...Sekarang korang dah paham..?Semasa aku menerima pesanan ini,aku tak berasa cemas ataupun bersemangat nak mengedarkannya kepada 10 orang teman yang lain,sebaliknya aku berasa bodoh, pelik dan hairan....Ada juga lagi manusia dizaman sains dan teknologi ini yang sekurang-kurangnya telah bersekolah hingga tingkatan 3, masih mempercayai ataupun terpengaruh dengan benda-benda macam ni....Akhirnya aku ketawa...

     Kemudian aku terfikir beberapa perkara...Bertapa mudahnya kaum seperti aku yang seagama dengan aku,ditipu dan mempercayai benda-benda kurafat macam ni...Mana tidaknya,seingat aku teman aku tu seorang yang tahu hal-hal agama,tahu hukum-hakam agama,namun masih terpedaya dengan pesanan yang tak tahu asal usulnya...Bagaimana kalau sipencipta pesanan tu kata sesiapa yang sebarkan akan masuk kesyurga,aku rasa lagi ramai kaum-kaum seagama dengan aku akan terpedaya,,,,

     Untuk pengetahuan korang,sebelum adanya khidmat pesanan ringkas ditalipon bimbit,dahulunya pesanan ini dihantar menggunakan khidmat pos.Masa tu ianya dikenali sebagai surat berantai.Bayangkan member yang terpedaya sanggup pergi pekan photostat pesanan tu 10 keping,lepastu beli setem,sampul surat dan poskan kepada kawan-kawan yang lain....Korang rasa apa yang member tu dapat..?Member tu cuma dapat letih dan telah kehilangan wang sebanyak 5 ringgit...Memang bodoh dan tak berbaloi...Dan korang tahu tak siapa yang untung..?Ha ha ha....Yang untung hanyalah pejabat pos tempat korang beli setem dan kedai photostat tempat korang photostat....

     La ni zaman dah moden,diorang tak guna surat lagi...Diorang dah gunakan khidmat pesanan ringkas sebab tak nak ketinggalan dalam arus kemodenan.Dan baru-baru ni aku dapat lagi pesanan yang iras-iras macam surat berantai tu tetapi telah dipertingkatkan bentuk kegunaannya oleh seseorang yang mencipta pesanan tu.Pesanan tu berbunyi begini,"...Dalam beberapa hari yang akan datang ini,tolong jangan minum apa-apa produk dari syarikat pepsi,tropicana jus,slice,7up,coca-cola dan lain-lain...Seorang pekerja dari syarikat ini telah mencampurkan darahnya yang mengandungi kuman HIV,untuk rujukan ada disiarkan dalan ntv 7.Sila siarkan berita ini kepada orang yang anda sayangi..????"

     Begitulah bunyinya pesanan yang baru aku terima.Apa tindakan korang,kalau korang yang terima pesanan macam ni.?Kalau aku,ini semua pesanan karut...Yang dilakukan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab semata-mata untuk menjatuhkan perniagaan orang lain...Mungkin perniagaan airnya tak berapa nak laku,maklumlah jual air sirap dalam botol plastik,lalu timbul idea nak kondemkan jenama air orang lain yang dah terkenal...Lalu edarkan pesanan tersebut dengan harapan pengguna tak akan beli lagi air keluaran syarikat yang dah tercemar tu lantas membeli air sirap dalam botol plastik....Ha ha ha...Dan untuk pengetahuan korang,sebelum itu pernah diedarkan pesanan yang mengatakan sardin cap ayam mengandungi katak dan milo mengandungi serbuk cacing tanah....Adoi....Tak tahu lepas ni apa pulak...

     Kesimpulannya,rasa-rasa korang siapa yang untung..?Sebenarnya sama jugak macam kisah surat berantai dahulu...Korang tetap rugi memanjang....Ha ha ha...Yang untung ialah syarikat talipon yang korang gunakan untuk menghantar pesanan tu.....Korang kiralah,satu sms berapa sen..?Kalau dah sejuta sms..?Jadi sebelum korang berhajat nak mengedarkan sebarang pesanan yang mengarut marut,ada lebih baik korang fikir dulu untung dan ruginya kepada korang...