Tuesday, December 25, 2012

SEKADAR INGATAN DIHUJUNG TAHUN

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.Juga selamat bercuti kepada yang sedang menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan.Kepada yang tak dapat bercuti,tabahkan hati teruskan kerja dengan dedikasi.

Hari berganti minggu,minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun.Tahun pula dah hampir kepenghujungnya.terlalu cepat benar rasanya masa berlalu.Sedar tak sedar kita dah semakin berusia.Tanggungjawab dah semakin bertambah.Masalah sekeliling pinggang.

Bermulanya tahun baru,kita seakan-akan lupa pada tahun yang lepas.Kita menyambut kehadiran tahun baru dengan bersorak bergembira,kita berpesta bersuka ria seakan-akan kita baru dilahirkan tanpa melihat atau mengenang yang kita sebenarnya masih ditakuk lama.Kita lupa hanya tahun yang bertukar,kita dan seisi alam ini masih serupa.Dan akan lebih buruk lagi kalau tahun baru nanti lebih mengecewakan dari tahun yang lepas.

Berbagai-bagai azam baru dibuat.Sedangkan azam yang lama masih tak terlaksana.Begitu ramai yang berazam dengan keduniaan.Namun tak ramai yang berazam untuk meningkatkan amal ibadat.Dari situ kita dah tahu yang kita ini makin kebelakang.Dan semakin teruk dari tahun yang lepas.Amal makin kurang,Sholat makin jarang-jarang,sedekah jariah dah sedikit,semua ini kerana azam-azam keduniaan yang kita azamkan setiap kali munculnya tahun baru.Sibuk nak kumpul duit kerana azam yang dibuat hingga kita terlalai dalam melaksanakan amal ibadat.

Tak salah kalau korang nak berazam.Itu dituntut demi memperbaiki diri dan memajukan negara.Cuma pinta aku agar korang dapat melaksanakannya dengan berhemah.Dunia,dunia juga namun akhirat jangan dilupa.Dan lebih molek lagi kalau korang mula berazam pada tahun baru Islam Maal Hijrah.Itu lebih berkat bagi kita yang beragama islam.(hanya Allah S.W.T yng Maha Mengetahui)