JUST ME AND ME AGAIN

Monday, August 6, 2012

10 PERKARA YANG KORANG LUPA SEMASA BERBUAL



     Hari-hari kita berbual dengan kawan dan rakan.Kadang-kadang kita ketawa ria ketika berbual,kadangkala terpegun mendengar dengan teliti.Namun pernah tak kita ambil tahu atau sengaja buat-buat tak tahu apakah riaksi rakan bual kita itu.Adakah rakan bual kita itu betul-betul berminat dengan cerita kita...Atau cuma atas dasar terpaksa..?Aku telah membuat beberapa kaji selidik ringkas keatas beberapa manusia yang aku temui dimerata tempat.Aku tanyakan kepada mereka beberapa soalan mudah.Aku ceritakan kepada mereka cerita-cerita bodoh.Dan dibawah ini adalah beberapa riaksi yang aku lihat dari mereka.

     Jika anda sedang berbual dan rakan bual anda....

1)Memandang tepat kemata anda - Mereka mahukan kepastian dengan segera.

2)Menggaru-garu kepala yang tetiba gatal - Buat-buat tak tahu ,sebenarnya memang tak tahu.

3)Menggaru-garu dagu sambil memandang anda - Memang tak faham satu apa pun.

4)Menundukkan kepala - Cuba mendengar dengan teliti walaupun fikiran kearah lain.

5)Mengangguk-anggukkan kepala sambil memeluk tubuh - Tanda faham walaupun banyak yang tak faham dari faham.

6)Tunduk sambil menguis-nguis ibu jari ke lantai - Mereka sudah bosan dengan kata-kata anda.

7)Tunduk kekiri atau kekanan sambil memeluk tubuh -Mereka meminta anda mengubah topik.

8)Pandang anda tersenyum-senyum sambil mengganggukkan kepala - Ia sebenarnya sudah tahu apa yang anda ingin katakan.

9)Pandang tepat kemuka anda sambil mencekak pinggang - Memang patut sangat anda tamatkan perbualan itu dengan segera.

10)Pandang anda sambil memicit-micit hidung - Ada lebih baik anda yang berambus sebelum mereka berbisik sesama sendiri kerana mulut anda berbau.Atau mungkin anda dah 8 hari tak mandi..Ha ha ha...Ampehhhhh

     Inilah 10 perilaku utama yang sering kita lihat dan tahu. Tetapi kita tak mahu ambil tahu,sebab memang tak tahu atau kita yang sering buat salah laku begitu...?Lepas ni korang perhatikan gerak laku orang yang berbicara dengan anda.Nombor mana yang kena dengan anda.Kalau kena nombor 10...Ha ha ha....Korang memang ampeh tul....Korang yang patut kene belasah.....