MUSANG BERBULU AYAM -
Musang tetap berbulu musang,dan ayam tetap berbulu ayam.Cuma ayam tak berbulu banyak didapati dipasar2.
MENANGIS AIR MATA DARAH -
Secara semulajadi,mungkin tiada.Tetapi kalau tercedera semasa kemalangan,mungkin ada.
KACANG LUPAKAN KULIT -
Walau bagaimana sayang sekalipun kacang kepada kulit,kacang tetap melupakan kulit,bila kacang ditelan kedalam perut dan kulit dibuang kelongkang.
MENANGIS TAK BERLAGU -
Orang menangis takkan menyanyikan lagu.Tetapi orang yang menyanyikan lagu,adakalanya menangis.
BELAKANG PARANG DIASAH,LAGIKAN TAJAM -
Hanya orang yang tak siuman dan hilang akal sahaja yang akan mengasah belakang parang.
TANAM TEBU DITEPI BIBIR -
Korang cubalah buat.Kalau berjaya,bagitau aku.Nanti aku siarkan dalam blog aku.Yang biasa aku dengar,orang menanam botox ditepi bibir.
MARAHKAN NYAMUK,KELAMBU DIBAKAR -
Cubalah buat kalau anda berani.Rasanya mahu perang dunia ke 3 meletus.Setahu aku kalau marahkan nyamuk,bakar je ubat nyamuk.
KAIS PAGI MAKAN PAGI -
Walau berekar tanah anda kais,anda tetap tak dapat makan pagi.Sebab setiap kali anda kais,anda hanya akan jumpa cacing tanah...
PAGAR MAKAN PADI -
Pagar tak pernah memakan padi,namun dituduh memakan padi.Walaupun kita tahu lembu dan kambing yang menceroboh sawah padi,tetap pagar yang dipersalahkan.Ini tak adil!
PERIGI CARI TIMBA -
Tak masuk akal langsung.
CARI HINGGA KELUBANG CACING -
Satu diantara kerja bodoh.Korang carilah dalam lubang cacing,satu benda sahaja yang ada,taik cacing...
BUANG EMAK,BUANG SAUDARA,KERANA KEKASIH AKU TURUTKAN -
Kalau rasa2 nak menempah tiket keneraka,buat le...
TANAM PADI TUMBUHNYA LALANG -
Sahih korang tersalah tabur biji benih,kalau tak,takkan jadi begitu...
KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL,LAUTAN DALAM JANGAN DIDUGA-
Beli sahaja kail yang panjang....
GENGGAM BARA HINGGA JADI ARANG-
Tak payah lah susah2 nak genggam.Buat melecur tangan je.Dah tentulah bara tu akan menjadi arang juga akhirnya.
DITELAN MATI BAPAK,DILUAH MATI EMAK-
Pada pandangan aku,ada lebih baik korang kulum je dalam mulut macam gula2.
BERENDAM AIR MATA-
Perkara mustahil yang tak mungkin dapat anda lakukan,kerana belum ada dalam sejarah orang menadah air mata untuk dijadikan air rendaman.