JUST ME AND ME AGAIN

Tuesday, March 22, 2011

SALAH EJAAN

     Dalam sebuah hutan,tinggal sekeluarga nyamuk dengan aman dan damai.Si ayah bernama Tiruk.Manakala si ibu bernama Denggi.Pasangan ini mempunyai seorang anak yang bernama Eades.Pada suatu hari si ayah telah jatuh sakit.Selang beberapa hari,penyakitnya tak juga sembuh.Maka si ibu,mahu tak mahu terpaksa juga menyuruh si anak yang masih kecil pergi ke kedai di pekan untuk membeli ubat.

Ibu-Eades,ngko terpaksa jugak pergi ke pekan untuk membeli ubat ayah ngko yang masih tak sembuh.

Eades-Baiklah ibu,apa nama ubatnya..?

Ibu-Ngko beli ubat cap kaki tiga dengan penadol.Ni duitnya,5 ringgit.Terbang baik2 tau...

Eades-Ok ibu....Saya pergi dulu..

     Maka si anak pun terbanglah menuju ke pekan.Tak sampai separuh perjalanan,sianak ternampak sebuah van kementerian kesihatan.Lalu terfikir dikepalanya,kalau ada van kesihatan,tentu ada doktor,kalau ada doktor tentu ada ubat.Kan lebih baik ambil ubat dari pehak kesihatan.Tak perlu bersusah untuk kepekan yang jauh dan ubatnya pun percuma.Maka si Eades pun pergi berjumpa dengan doktor.

Doktor-Boleh saya bantu..?

Eades-Doktor,ayah saya dah 8 hari demam tak baik2.Saya datang nak minta ubat...

Doktor-Ooo...Begitu.Apa sakitnya..

Eades-Kepalanya sakit dan hilang selera makan...

Doktor-Kalau penyakit itu senang sahaja ubatnya.Awak ambil ubat ini.Ubat ini begitu mujarab.Ambil sekali dah cukup.

Eades-Apa nama ubat ni doktor..?

Doktor-Tak payahlah saya beritahu...Kamu baca sendiri di kotaknya.Kalau saya beritahupun,kamu tak kan faham...Berikan sahaja kepada ibu kamu.Dia tahu langkah seterusnya..

Eades-Baik lah doktor,kalau macam tu,saya pergi dulu.Terima kasih..

Doktor-Sama2..

     Si Eades pun terbang pulang dengan gembiranya.Sampai dirumah,si Eades terus memberikan ubat itu kepada ibunya dengan perasaan bangga..

Eades-Ibu,ibu...Tadi saya terjumpa doktor di pertengahan jalan,terus saya minta ubat untuk ayah.

Ibu-Kamu berjumpa doktor..?Mana ubatnya..?Lekas,biar ibu tengok...

Eades-Nah...Ini ubatnya.

     Sambil mengunjukkan ubat kepada ibunya,si Eades tersenyum lebar penuh bangga.

Ibu-Eadessssssss...Apa yang kamu bawa balik ni...?Ini bukan ubat.....ini...ini...Kamu tahu tak apa yang kamu bawa balik...?Kamu tak baca ke apa yang tertulis pada kotak ini...?

Eades-Kenapa pulak ibu...?Salah ubat ke..?Tadi saya dah baca...Memang ubat pun....

Ibu-Apa yang kamu baca....Cuba ulang...Ibu nak dengar..?

     Si Eades pun membaca sambil mengeja satu2 perkataan yang terdapat pada kotak ubat itu.

Eades-U.B.A.T  N.Y.A.M.U.K......Ubat nyamuk....Haaa...Kan betul ubat untuk kita....

Ibu-Bodoh....Ini bukan ubat....Ini racun untuk bunoh kita sekeluarga...Faham..!

Eades-Aku salah eja ke....?[sambil menggaru2 kepala...]Tak kan U.B.A.T bunyinya racun....?