JUST ME AND ME AGAIN

Tuesday, March 22, 2011

APA YANG BEST?

     Korang pernah tengok filem tamil dulu2 sekitar tahun 80an kat tv?Korang rasa best ke tidak..?Aku rasa yang dulu lagi best.Tapi tak banyak beza dengan filem tamil sekarang.Bezanya heroin filem tamil dulu2 banyak yang perut buncit.Ha ha ha...

Apa bestnya filem tamil dulu2..?

-Dalam filem tamil boleh tengok pompuan tunjuk pusat.
-Boleh layan lagu 5,6 bijik.
-Hero dan heroin boleh tukar baju secara automatik ketika menyanyi.
-Penari iringan akan tiba2 muncul dan hilang juga dengan tiba2 bila lagu habis dinyanyikan.
-Tak pernah ada adegan masuk ke tandas.
-Dalam setiap filem,pasti ada satu watak manusia bangang @ dungu,bermuka putih dek bedak,seakan2 babun.


-Si hero jarang2 sekali bekerja.
-Hero adalah anak seorang petani yang miskin.
-Hero tak mati walau satu kampung datang belasah.
-Hero hanya cedera ringan.Kebiasaannya kepala berdarah.
-Hero boleh elak tembakan senapang.
-Hero jarang berlawan menggunakan senjata.
-Boleh tengok hero bawak motor antik jenama bullet berenjin diesel.
-Motor antik berenjin diesel tu boleh melakukan berbagai2 aksi stunt yang tak munasabah.
-Ada banyak lagak ngeri yang tak masuk dek akal,seperti hero boleh bertumbuk sambil memandu motor.
-Pegawai polisnya kuat makan rasuah.Pegawai rendah pula kaki bodek.
-Penjahat tak pernah sikit.Paling kurang pun 1 pajero,4 jeep yang dah kena hukum tembak.
-Kalau bapak penjahat,anak mesti penjahat jugak.
-Anak penjahat akan cuba mengorat awek si hero.
-Babak penculikan adalah perkara wajib.
-Penjahat biasanya kaya raya hasil jualan dadah dan penyeludupan.
-Penjahat yang kena belasah,biasanya akan dibiarkan kesakitan sehingga mati,sambil diperhatikan oleh seluruh penduduk kampung tanpa perlu dihantar ke hospital.
-Bila ada orang kena pukul,tak ada sesiapa pun yang mahu menolong,hanya sekadar menonton,sehinggalah si hero sampai.
-Babak kenduri kawin tak pernah mis.
-Pasti ada penonton filem tamil yang mengeluarkan air mata.Bodoh...

     Apa lagi..?Aku pun dah ingat2 lupa.Kalau korang nak tau,korang tengok je lah sendiri.Banyak filem2 tamil best lakunan Rajnikanth.Kalau filem hindustan,Amita Bachan yang terbaik zaman 80 an.Ok,aku belah dulu,layannnnnnn...