JUST ME AND ME AGAIN

Monday, November 22, 2010

CARA MUDAH UNTUK BUAT DUIT



     Korang tentu biase dengar iklan2 macam mana nak buat duit dengan mudah dan cepat.Kalau anda bersekolah tahap darjah 3, hanya sekali bace anda akan terpengaruh dengan mudah....Kebelakangan ini,iklan buat duit dengan mudah,begitu berleluase sekali di internet.Contoh ayat"On pesbuk dapat duit..""Buat duit dari rumah..."Dulu pakai honda cup,sekarang pakai BMW....""Bila nak senang kalau asyik makan gaji...""Dulu merangkak,sekarang pakai kerusi roda.."selalu kita dengar dan baca.Tentu sekali,kalau tak banyak,pasti terdetik jugak dihati kita untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

     Apa caranya -Anda hanya perlu ikut arahan yang diberikan.Jangan menipu dan kene ikut giliran.

     Mudah sangat ke? -Memang mudah!Anda tak perlu sewa opis.Anda tak perlu pakai baju kemeja.Dan anda boleh bekerja sambil makan kacang cap penangan.Yang paling penting,tak perlu modal besar dan anda boleh tido meluhur.....Tak perlu bangun awal.

     Boleh percaya ke? -Ikut suka ati korang.Nak percaya boleh.Tak nak pun boleh.

     Ramai ke dan berapa lama baru berjaya? -Kalau tanya kat broker,memang menimbun yang dah berjaya.Kalau tanye kat aku,adelah berjaya dalam 3,4 bulan....lepas tu melopong,pasai down line tak reti2 nak bergerak...Asyik berangan bila nak sambak BMW.

     Berapa orang yang dah bergelar jutawan? -Belum pernah aku dengar lagi.Kebanyakkannya kembali bankrap last2 minit.

     Kesimpulan -Mudah jew.Semua itu adalah warisan pusaka Pak Man Telo dan Labu Peramnya.Bagi yang mahu dan boleh berfikir,semua itu adalah kerja sementara,yang menjanjikan kemewahan sementara,oleh orang2 yang malas nak bekerja,yang mana dalam otak mereka dok pikir ape kerja yang tak perlu kerja  tapi boleh buat mereka jadi jutawan.Tak paham..?Jangan tanye aku.Korang bace lagi sekali.

     Namun dalam banyak2 iklan tu,ada satu yang aku rasa,boleh dipercayai dan diguna pakai.Aku harap korang akan sertainya.Ni aku sertakan sekali iklannya.


                    -CARA MUDAH UNTUK BUAT DUIT-


     Bosan kerana kekurangan wang?Sudah letih membayar hutang?Tidak pernah pergi melancung bersama keluarga?Ingin membeli kereta idaman?Ingin menghantar ibubapa ke Mekah menunaikan umrah.

     Kini anda tidak perlu risau lagi.Semua yang anda inginkan akan dapat anda nikmati.
     
       MASUK SEKARANG,DALAM 30 HARI PASTI DAPAT

Caranya mudah.........

     Begini,pagi-pagi besok anda pergi kerja seperti biasa.Mana2 yang belum bekerja,tolong cari kerja dahulu.Tak kira kerja apa.Yang penting halal dan tak menyalahi undang2.

     Lepas tu korang kerja baik2.Kerja rajin2.Mesti jujur dan amanah.Jangan curi tulang.Jangan mengula.Jangan malas2.Jangan kuar minum lama2.Jangan melawan majikan.

     Insyaallah....Cukup bulan nanti garenti korang dapat gaji punya....
Halal dan dijamin.Siap potong KWSP dan cukai pendapatan lagi....

     Ha ha haaaaaa.....Mudah kan....?Apa lagi,jom le kerje....
     jangan asyik dok melangok depan pesbuk....ni time apa ni..?