JUST ME AND ME AGAIN

Thursday, November 25, 2010

AKU ADA SATU TEKA-TEKI.

PUTERA KEMBAR








     Pada zaman dahulu,didalam sebuah negeri,ada seorang raja yang sedang gering.Baginda mempunyai dua orang putera kembar yang bakal menggantikan baginda menjadi raja,apabila baginda mangkat nanti.Namun baginda tidak tahu,diantara putera berdua itu,siapa yang paling layak menjadi raja.Kedua2nya sama handal.Sama bijaksana.Sama gagah.Sama berani dan sama handal menunggang kuda.Seorang bernama Husin,seorang lagi bernama Hasan.Kuda mereka juga kembar.Mereka dapat membezakan kuda2 itu,tetapi kuda2 itu tidak dapat membezakan tuan2 mereka,kerana Hasan dan Husin mempunyai rupa dan perwatakan yang sama.


     Akhirnya,setelah baginda berbincang dengan penasehat diraja,baginda bersetuju untuk mengadakan satu pertandingan berlumba kuda diantara Hasan dan Husin.Pemenang akan ditabalkan menjadi raja.


     Maka baginda pun bertitah kepada dua puteranya....


     "Wahai anak2 ku,pada subuh esok,sebelum matahari terbit diufuk timur,kamu berdua harus mengambil kuda masing2 dan berlumba hingga sampai kepintu gerbang istana selatan.Kuda siapa yang masuk dahulu kepintu gerbang istana selatan,akan diistiharkan sebagai pemenang dan akan ditabalkan menjadi raja."


     "Syarat2nya,kamu berdua tidak dibenarkan turun dari kuda dan meninggalkan kuda kamu disepanjang perlumbaan itu.Andainya kamu berdua turun dari kuda dan meninggalkan kuda kamu,kamu akan diistiharkan kalah.Jadi teruskan berlumba walau apa pun yang berlaku himgga sampai kepintu gerbang istana selatan."


     Sampai masa yang ditetapkan....


     Disatu subuh yang gelap,tanpa cahaya sedikit pun,kedua2 putera itu menuju kekandang kuda.Mereka mengambil kuda masing2.Kemudian trompet ditiupkan oleh penasehat diraja,maka perlumbaan pun bermula.


     Kedua2 putera itu berlumba dengan bersungguh2.Masing2 sama hantal dan tangkas menunggang kuda.Kuda2 mereka sering potong-memotong antara satu sama lain.Masing2 tidak mahu kalah.


     Akhirnya,setelah setengah hari perlumbaan,mereka pun hampir sampai kepenamat.Namun sebaik sahaja sampai didepan pintu gerbang istana selatan,kedua2 putera itu memberhentikan kuda2 mereka dengan serentak.Masing2 tidak mahu masuk kepintu gerbang istana selatan.Pada hal,sesiapa yang masuk dahulu akan diistiharkan sebagai pemenang.


     Masing2 berbalas-balas kata....


Hasan -"Saudara ku,masuklah dahulu...."
Husin -"Tidak saudara ku,kamu lah masuk dahulu..."
Hasan -"Tak mengapa...kamu masuk lah.."
Husin -"Tidak saudara ku,aku relakan kamu masuk dahulu..."
Hasan -"Jangan begitu saudara..kamu lah yang patut masuk dahulu.."


     Kenapa boleh berlaku demikian pula?Mulanya masing2 beriya2 untuk menang.Akhirnya,masing2 menolak pula untuk menang...masing2 tidak mahu masuk kepintu gerbang istana selatan.


     Mereka berdua terus suruh-menyuruh,sehinggalah kamu dapat mencari jawapannya.


     Soalannya....


     Kenapa kedua petera itu tidak mahu masuk kepintu gerbang istana selatan dan diistiharkan sebagai pemenang dan seterusnya dilantik menjadi raja.....?


     Sesapa yang nak cuba jawab,boleh jawab.Kalau jawapan korang tepat,nanti aku bagi hadiah.Saudara-mara tidak dibenarkan mencuba,nanti korang kautim lak ngan aku.....ha ha..