JUST ME AND ME AGAIN

Thursday, September 5, 2013

SELAMAT JALAN ROMEO-MIRA KU SAYANG MIRA KU MALANG



Talifon berdering,sayup2 kedengaran...Aku tak mampu untuk membuka mata,apatah lagi untuk mengangkat talifon...Lantak engkau lah...Senyap...Berhenti pun engkau.Dalam hati kecil aku,kalau ada sesuatu yang penting,pasti talifon itu berdering lagi...Tiada..Aku anggap itu hanya panggilan yang hanya mengganggu waktu tidur aku.Baik aku sambung tidur.

Pusing kiri,pusing kanan,namun mata aku masih terkebil2...Adoy...Kenapa pulak ni..Mata punyalah mengantuk..Kenapa susah sangat nak terlelap...Badan pulak terasa lemah longlai,macam seharian bekerja di bendang...

Aku mula melayan perasaan.Perlahan2 ingatan aku mengimbas kembali satu persatu kisah malam tadi.Kisah yang membuatkan aku terlewat tidur untuk yang entah keberapa kalinya.Rasa aku tiap2 malam aku lewat tidur...heh heh..

"Rom,I bukan sengaja nak minta duit U..Tapi I terpaksa ni...Mak I sakit kat kampung..I belum gaji lagi...Tolong lah Rom,kali ni aje...Bukan banyak pun,3 ratus je..Tu pun nak buat beli ubat untuk emak I.Nanti I ganti balik..."Sayup2 suara Mira ditelinga aku...

Ini le kehidupan di kota..Bila susah baru nak cari aku.Bila susah baru nampak aku.Kalau tak,aku talifon pun engkau tak jawab.Apa,engkau ingat aku ni bank,tabung duit engkau...

"Aku boleh beri,tapi tak lah sampai 3 ratus,,,Aku ada 2 ratus je sekarang.Kalau engkau setuju,engkau ambil lah.."Jawab aku pendek,malas nak berdalih panjang2...

Dalam kotak fikiran aku,aku dapat bayangkan kemana duit 2 ratus aku tu akan pergi...Pasti tak akan sampai ke kampung.Pasti tak akan digunakan untuk membeli ubat.Dan yang pastinya duit aku tu akan bersepai dipasar raya...Aku faham sangat perangai Mira..Bukan sekali dua dia meminjam duit dari aku,dah tak terkira banyak kalinya....Tapi satu yang buat aku tak serik2 memberi pinjaman kepada Mira,sebab Mira tak pernah lupa untuk membayar balik duit aku walaupun aku tak pernah minta.

"Kringggggggg...!!!!"Hadoy,,, talifon ni berbunyi balik...Penting agaknya....Aku dayakan jugak untuk menjawabnya.Macam tak ada waktu lain nak talifon...Cuba lah time rehat ke...

Aku lihat skrin talifon,tertera nama Mira....Budak ni lagi...Baru engkau hilang dari ingatan aku,kini kau muncul kat talifon aku pulak...Apa lagi dia nak pagi2 buta ni....mengganggu betul...

"Ya,,,,Mira.Ada apa hal.."

"Rom,maaf mengganggu masa U..Rom,U mesti tolong I kali ni...Sekali je lagi...I betul dalam kesusahan ni Rom....Kalau U tak bantu I sekarang,mati I Rom....Rom..?U dengar tak...."

"Aku dengar lah ni...Tolong amendanya lagi...kan malam tadi aku dah tolong 2 ratus..."

"Rom,U dengar baik2..I sekarang kat pasar raya q,,Masalahnya...Ermmmm..Ermm...Rom,U datang sini lah...Panjang kalau I nak cerita kat talifon ni....Rom,,,Boleh ya Rom...I tunggu ya..."

Hampeh betul lah budak sorang ni.Kejap nak cerita,kejap tidak...Entah apa lah lagi yang dia nak..

"Mira,,,malas la aku nak pergi sana...Aku tengah kerja ni...Tak dapat nak keluar.."Kelentong aku pada Mira....

"Rom...Tolong Rom...Kali ni aje..."

"Tak boleh,,bos aku ada depan aku sekarang ni.Kejap lagi nak mesyuarat..Aku tak dapat nak cilok keluar...Engkau minta tolong lah kat orang lain...."Sambung aku lagi dengan nada ketat seorang pembohong...keh keh

"Rom,,U memang....sampai hati U Rom,buat I macam ni......U tak kasihan kat I ke...I betul2 perlukan bantuan...(TOTTTT....)"talian terputus...Aku rasa kredit Mira dah habis...Fuh...Selamat aku...Dapat aku sambung buat taik mata...Talifon terus aku matikan.Ok,sekarang sesiapa pun tak boleh ganggu aku...Aku nak berihat serihat2nya....Tidur aku tak cukup malam tadi...Aku sampai rumah dah pukul 4 setengah pagi...Pukul 6 pagi bangun solat subuh...tidur balik.....ni aku terjaga gara2 si Mira...Aku tengok jam di meja...Pukul 11 pagi...patut lah Mira dah kesana sini...He he...Aku je yang masih terperap dalam bilik gelap ni...Rasa2 macam baru pukul 6 pagi...Nasib baik hari ni aku cuti.....Kalau tak mahu aku terlelap bawah meja kat opis..

Tahu2 je,aku terjaga dari tidur dah pukul 1 tengahari...Biasa le,,,perut dah berbunyi,,,ngantuk macam mana pun,mesti terjaga punya....

Rutin macam biasa,mandi,kemas bilik,buat sarapan ala kadar...Erkkkk...Sarapan penamanya...Dah tengahari ni..Kena keluar beli lauk...Capai kunci kereta,capai talifon,capai beg duit...Aku keluar dari rumah.Masa nak kunci pintu terlintas dihati aku nak on kan talifon.

Ada 3 msg masuk...Semuanya dari Mira...Aku buka yang ke3..


"Rom,,sebenarnya I tak cukup duit nak bayar beg tangan baru ni...Kurang 199 ringgit je lagi..U datang ya Rom..I tunggu U kat kaunter ni...."

Aku dah agak dah....Aku tersenyum sumbing....Padan muka engkau Mira...Engkau tipu aku lagi...kan dah kantoi...

Kereta aku pandu perlahan.Dalam fikiran aku asyik terbayang muka Mira yang kemerah2an menanggung malu kat kaunter pasar raya..Harap2 jadi pengajaran kepada Mira...dan aku tak tahu siapa yang tolong bayarkan...Mungkin kawannya yang lain,atau pun mungkin pak jaga yang terkena...Kerana aku tahu,Mira sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan dirinya...kompom pak jaga tu kena ngorat cukup2 kat Mira,dengan 1001 janji manis..ha ha ha...