Monday, September 9, 2013

NO REST N NOTHING

Nak tahu hebat tak hebat orang melayu dulu2..?Baca kisah ni..Suatu masa dahulu ketika era penjajahan British di Tanah Melayu.Kejadian berlaku didalam sebuah kebun getah di Daerah Jelebu,Negeri Sembilan kepunyaan orang melayu yang bernama Ramli.

Pada suatu pagi seperti biasa Ramli akan kekebun getahnya dihujung kampung untuk menoreh getah.Kebunnya seluas 7 ekar.Ketika Ramli tekun menoreh getah tiba2 datanglah seorang pegawai British bernama Tuan Okod,yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke Tanah Melayu.Lalu pegawai itu memerhatikan perbuatan Ramli. Setelah agak lama memerhatikan perbuatan Ramli menoreh dari satu pokok ke satu pokok,Pegawai itu pun bertanya kepada Ramli dengan gaya bahasa melayu yang tak berapa nak jelas.

Tuan Okod-"Bole shaya tau ape yeng kehmu buat..?"

Ramli yang tak berapa pandai berbahasa inggeris faham sikit2 gaya bahasa melayu Tuan Okod lalu menjawab,

Ramli-"Noreh tuan..."

Tuan Okod-"What...? No rest...?"

Sambil menggaru2kan kepalanya,Tuan Okod berasa begitu keliru.Kenapa orang ini begitu rajin sehinggakan soalan darinya pun tak sempat nak dijawab.Sebaliknya hanya menjawab yang dia" no rest..."maksudnya tiada masa untuk berihat,apakan lagi untuk menjawab soalan darinya....Lalu Tuan Okod mengambil keputusan untuk tidak menanyakan soalan lagi.

Sambil tersenyum simpul,Ramli meneruskan kerjanya....

Esoknya Tuan Okod datang lagi ke kebun Ramli pada masa yang sama.Dia ingin melihat adakah Ramli Masih bekerja dan masih belum berihat.Di lihatnya Ramli sedang berjalan dari satu pokok kesatu pokok sambil membawa baldi.

Tuan Okod-"Shaya lihat kehmu begitu shibuk.Shemalem Kehmu no rest,ini hari pun kehmu masih no rest lagi..?"

Ramli-"Tak tuan,nating...."

Ramli menjawab seakan2 Tuan Okod faham akan apa yang dilakukannya.Sedangkan Tuan Okod tidak tahu apa2 pun..

Dalam loghat negeri sembilan 'nating' bermaksud mengangkat atau mengambil sesuatu.Bersesuaian dengan kerja Ramli yang sedang mengambil getah sekerap dari pokok ke sepokok...

Tuan Okod-"Shemalam kehmu 'no rest'...harri ini kehmu kata 'nothing'...Kehmu memang hebat.Oreng melayu hebat...."

Tuan Okod begitu kagum dengan semangat dan kerajinan orang melayu yang pertama kali dikenalinya...Semalam bila ditanya,mereka kata no rest(tak berihat)..hari ini bila ditanya lagi mereka kata nothing(tiada apa-apa) sedangkan mereka sedang membuat kerja yang berat.....

Seminggu kemudian Tuan Okod tersenyum sendirian....