Monday, January 24, 2011
LORD of the BEAN
Pada zaman dahulu kala,di Utara Perancis,ada seorang budak yang tak berapa nak cerdik bernama Alponso tinggal bersama ayahnya yang sudah uzur.Alponso tidak pernah bersekolah.Zaman kanak2nya dihabiskan dengan mencari rezki untuk menampung keperluan dia dan ayahnya.Kehidupan Alponso amat daif sekali.Baju yang dipakainya sudah 4 tahun tidak berbasuh dan berganti.Rumahnya hanya berdindingkan kotak2 terbuang yang dikutip dipelabuhan.Tidurnya hanya bertilamkan surat khabar lama.Semua kemiskinan ini telah diwarisi oleh Alponso dari arwah moyangnya yang telah jatuh bankrap suatu masa dahulu.
Seperti biasa,pagi ini Alponso keluar awal untuk kepelabuhan.Niatnya hanya satu,untuk mencari sebanyak mungkin tin2 minuman dan surat khabar lama yang dibuang oleh kelasi2 kapal pada sebelah malamnya.Lagi banyak kapal berlabuh dipelabuhan,lagi besarlah pendapatan Alponso.Sesampai dipelabuhan,Alponso memulakan dengan tong sampah yang pertama,hanya ada kertas pembalut hotdog."Ceh.".getus hatinya."Macam ini punya besar tong sampah,hanya ada pembalut hotdog..?"Tong sampah diletakkan kembali ketempatnya.Alponso melangkah ketong sampah yang kedua.Hatinya berdebar2 ketika mengangkat tong sampah yang kedua."..Berat....Pasti ada sesuatu yang berharga didalamnya..."Bisik hatinya lagi.Tanpa membuang masa,Alponso membuka penutup tong sampah dengan rakusnya.Tiada apa yang menarik didalamnya.Hanya beberapa ketul batu pecah dan sebuah kotak kayu berwarna hitam."..Emm..Kalau beginilah gayanya,makan angin la aku jawabnya.."Alponso begitu kecewa.Andainya tiada tin minuman dam akhbar lama ditemui,maka tiadalah gaji untuknya pada hari itu.Kalau tiada gaji,maka tiadalah makanan untuknya.
Aponso meletakkan kembali tong sampah ketempatnya.Tiba2 hatinya tergerak untuk mengambil kotak kayu berwarna hitam yang terdapat didalam tong sampah.Lalu dibukanya.Tiada juga yang menarik didalamnya.Tiada tin minuman dan tiada akhbar lama.Yang ada hanyalah sebentuk cincin.Aponso termenung seketika,sambil membelek2 cincin yang baru ditemuinya."Kalau aku jual cincin ni,timbangannya tak lah seberat tin minuman dan akhbar lama.Nak aku simpan,tiada gunanya..."Bagi alponso,tin2 minuman dan akhbar lama lebih bernilai dari sebentuk cincin yang baru ditemuinya.Alponso beranggapan,lagi berat sesuatu benda itu,lagi mahal harganya.Ini semua adalah kejahilannya kerana tidak pernah bersekolah.
Sedang Alponso tergaru2 kepala untuk menyelesaikan masaalah yang remeh itu,tiba2 dia disapa oleh seseorang dari belakang."..Sipencari sampah,apa yang engkau buat termenung disini...?"Alponso berpaling kearah belakang."..Oh tuan kelasi,aku sedang memikirkan untung nasib ku hari ini.."Jawab alponso."..Apa yang engkau runsingkan wahai sipencari sampah..?Masakan tiada sampah yang engkau perolehi pada hari ini..?"Tanya sikelasi."Benar wahai tuan kelasi,tiada sampah yang aku perolehi pada hari ini.Hanya cincin berkarat ini yang aku jumpa.Malang benar rasanya menjumpai cincin yang tak seberat mana ini.Kalau ditimbang,pasti timbangannya rengan dan harganya murah."Jawab alponso dengan panjang lebar."Kemari,biar aku tengok cincin itu."Alponso lantas menghulurkan cincin itu kepada sikelasi."Wow,cincin ini begitu tinggi nilainya.Nasib baik sipencari sampah bodoh ini tidak tahu menilainya.."Bisik sikelasi didalam hati."..Beginilah wahai sipencari sampah,apa kata aku tukarkan cincin ini dengan sesuatu yang lain,adakah engkau mahu menerimanya..?"Tanya sikelasi dengan penuh harapan."Apa yang lebih bernilai dari cincin itu,wahai tuan kelasi..?"Alponso masih ragu2 dengan tawaran sikelasi."..Begini,apa kata aku berikan kamu setin kacang panggang.Dan kamu pula berikan aku cincin itu.Kamu akan mendapat dua benda,pertama kacangnya kamu boleh makan,kedua,tinnya kamu boleh jual..""Bagaimana..?Tidakkah kamu rasa tawaran saya ini begitu lumayan..?"Terang sikelasi dengan panjang lebar."Wow..!Masakan aku boleh menolak tawaran yang sebegini lumayan.Dua dalam satu.Ayah pasti berbangga dengan aku hari ini.""Baiklah,wahai tuan kelasi,aku bersetuju,nah ambil lah cincin ini.."Balas Alponso sambil menghulurkan cincin itu kepada sikelasi."Syabas,sipencari sampah,engkau memang bijak.Nah,ambil lah setin kacang panggang ini sebagai tukaran untuk cincin kamu itu.."Maka cincin itu pun bertukar tangan.Sikelasi tersenyum puas.Cincin yang baru diperolehinya bernilai jutaan ringgit.Sipencari sampah yang dungu mudah ditipunya.Alponso pula tersenyum bangga.Bangga kerana selama hidupnya beliau belum pernah membawa balik kacang panggang dalam sos tomato untuk dijadikan hidangan makan malam bersama ayahnya.Ini seakan satu penghormatan selama dia bekerja sebagai pencari sampah.
Sebaik sahaja sampai kerumah,Alponso terus mendapatkan ayahnya,lalu berkata,"Ayah..Ayah..Lihat apa yang aku bawa balik ini...?Kita akan menjamu selera dengan setin kacang panggang.""Kacang panggang?Dari mana kamu mendapat kacang panggang itu.Masakan kamu mampu membelinya..?""..Begini ayah,tadi di pelabuhan aku telah menukarkan cincin emas yang aku jumpa didalam tong sampah kepada sikelasi yang bijaksana.Tuan kelasi itu memberikan pula setin kacang panggang sebagai tukarannya.Katanya aku beruntung kerana mendapat dua benda sekaligus."Terang alponso."Apa dua benda yang kau dapat tu..?"Tanya ayah alponso lagi."Begini,kacangnya boleh dimakan,dan tinnya boleh dijual.Tidakkah ayah berbangga dengan aku hari ini..?"Jawab alponso bangga."Betul kamu telah tukarkan cincin emas itu dengan setin kacang panggang ini,Alponso?Soal ayahnya semula."Betul ayah.Ayah tak berbangga ke..?Alponso sedikit keliru..
"Begini anak ku,engkau tidak mendapat dua benda,sebaliknya engkau mendapat tiga benda setelah menukarkan cincin emas itu dengan setin kacang panggang."Terang ayahnya terketar2."Tiga benda..?Apa satu lagi ayah..?"Alponso tidak sabar menunggu jawapan dari ayahnya."Mayat aku....."Balas ayah Alponso sambil rebah kelantai kerana terkejut dengan tidakkan bodoh Alponso...
Ha ha ha
Ada ke kisah macam ni?Entah,aku pun tak tahu.Cerpen Hantam dari aku.Sekali lagi,ha ha ha
Label:
CERTAM