Ini baru tahun 2015,jangan anda bayangkan 20,30 tahun dari sekarang....Melayu hanya tinggal pada nama.Sumpah Hang Tuah,melayu tak akan hilang di dunia.Memang benar kata Hang Tuah itu,namun Hang Tuah tahu tak melayu yang macam mana yang masih ada atau pun tinggal di dunia ini?Pada waktu itu mungkin Hang Tuah beranggapan,melayu yang tak hilang didunia itu sama sepertinya juga,masih berkeris,berjalan kaki kehulu kehilir,berumah atap rembia,menyembah raja,bergaduh setiap hari kerana perebutan kuasa dan sebagainya.
Dan andai kata Hang Tuah masih hidup pada saat ini,mungkin beliau menyesal melihat generasi melayu yang tak hilang di dunia ini.Rasanya kalau dia tahu begini jadinya,mahu rasa diamuknya semua melayu yang ada pada zamannya agar tiada lagi melayu yang merosakkan bangsa tinggal di dunia ini.Dan yang paling pasti,Hang Tuah akan bergabung dengan Hang Jebat membenteras semuanya.
Namun Hang tuah terlupa,Semua ini juga terjadi kerana kesilapannya juga.Melayu yang disumpahnya untuk tinggal di dunia ini,kebanyakannya berperangai sepertinya.Membuat sesuatu membabi buta.Tiada usul periksa.Menjatuh hukum tiada saksama.Sanggup mengorbankan kawan demi kepentingan seseorang.Tidak mahu mendengar nasihat orang lain.Menyembah raja secara membuta tuli.Dan banyak lagi..
Apa yang hang Tuah tak sedar ketika itu ialah,Ia sendiri sama seperti Hang Jebat.Ia itu menderhaka kepada sultan.Engkar perintah sultan.Beliau hanya nampak kesilapan hang Jebat kerana menderhaka kepada sultan.Namun hakikat sebenar beliau sendiri menderhaka kepada sultan.Anda tahu apa yang Hang Tuah lakukan sehingga beliau menderhaka kepada sultan?
Begini,Semasa Hang Tuah diperintahkan oleh sultan untuk menjalani hukuman bunoh,Hang Tuah mengikut sahaja perintah sultan tanpa dakwa dakwi.Lalu disuruh tok menteri membawa Hang Tuah kesuatu tempat untuk dihukum bunoh.Namun tok menteri tak sampai hati untuk membunoh Hang Tuah,lalu berpakat dengan Hang Tuah dan menyorokkan Hang Tuah di suatu tempat yang tidak diketahui.Tok menteri kembali semula kepada sultan sambil membawa keris tamingsari sebagai bukti Hang Tuah telah dibunoh.
Sultan cukup gembira...Namun sultan terlupa bahawa Hang Tuah tidak mati dibunoh,dan Hang Tuah telah menderhaka kepadanya.Kerana engkar dengan perintah sultan.Lalu disini dimana keistimewaan Hang Tuah yang mendakwa sahabat baiknya,Hang Jebat menderhaka kepada sultan?Sedangkan beliau sendiri engkar kepada perintah sultan agar dihukum mati?Nampak sangat kelemahan orang melayu.Dan kelemahan itulah yang ada sampai kehari ini.
Dan melayu Hang Tuah itulah yang hidup sehingga kehari ini dan tak akan hilang didunia.Jadi dapatkah kita berbangga seandainya melayu begini yang masih ada dan tidak hilang di dunia...Sudah pasti kita tidak mahukan melayu begini...Tetapi itulah hakikatnya..melayu tak akan hilang dan tak akan berubah biar berjuta tahun sekali pun.
Ego,degil,melawan,engkar,kuasa,darjat,fitnah,hasad dengki,derhaka,menjual maruah,itu lah yang dibawa melayu zaman Hang Tuah sehingga ke melayu zaman sekarang dan zaman akan datang..Jadi saya ingin bertanya disini,,,melayu jenis beginikah yang kita mahukan agar tidak hilang didunia?Sudah pastinya tidak..Namun apakan daya,asal disebut melayu,itulah yang bermain difikiran bangsa asing.
Dan sebahagian dari generasi zaman Hang Tuah yang menjual maruah masih ada didunia ini.Kerana ia tak akan hilang,seperti sumpah Hang Tuah itu.Dan yang peliknya mereka menjual maruah bukan untuk kuasa dan darjat seperti dizaman Hang Tuah.Mereka ini hanya mahukan kepuasan nafsu..Kalau tak percaya boleh masuk kemana-mana akaun twitter dan lihat sendiri anak melayu menjual maruah.Kalau didalam facebook seakan masih boleh disorokan,namun didalam twitter ia disiar terang-terangan.Untuk apa?Tiada apa ...Cuma mahukan kepuasan nafsu seks yang seakan manusia tak bertamadun sebelum zaman Hang Tuah..
Tak perlulah saya berikan contoh yang lain...Anda boleh fikirkan sendiri.Ada mata tengok ada telinga dengar.Tengok dengan mata burung bukan mata tempurung..Cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar...
moral-kepada yang terasa diminta kembali ke pangkal jalan.Pastikan melayu yang tak akan hilang didunia itu,melayu yang berlandaskan ajaran islam yang dibawa oleh Nabi Besar kita.