Haiwan juga tidak terkecuali mengalami situasi bercantum seperti kembar siam.Berikut adalah antara gambar-gambar haiwan kembar siam.
Saturday, November 29, 2014
PASANGAN KEMBAR SIAM PALING MENAKUTKAN
Kita sebagai makhluk yang lemah,harus menerimanya sebagai ketentuan Allah Subhanawata'ala.Tiada yang mustahil bagi Nya.Ini lah antara gambar-gambar pasangan kembar siam diseluruh dunia.
Label:
GAMBAR,
KORANG PECAYA?,
MISTERI,
TAHUKAH ANDA
Friday, November 21, 2014
AL KISAH,,,PELITA,MINYAK TANAH DAN TERKENCING MALAM...
Ermmm...Menung-menung ni teringat lak kisah dulu-dulu masa kecil.Masa belum sekolah sekitar tahun awal 70an.Aku teringat cerita minyak api.Atau pun nama lainnya minyak gas atau pun minyak gasolin dan juga minyak tanah.Kebiasaannya minyak api digunakan sebagai bahan bakar untuk pelita.Masa tu mana ada bekalan elektrik,jadi pelita minyak tanah adalah satu kemestian pada setiap rumah.
Masa tu minyak api ni harganya murah sangat.Semua mampu beli.Banyak juga kegunaannya selain dari menyalakan pelita.Salah satu yang aku nak cerita kat korang ni pelik sikit bunyinya.Hu hu...
Begini,dulu-dulu bilik air tak ada kat dalam rumah.Kalau ada pun kat luar rumah belakang dapur.Tu kira baik gak,kebiasaannya jauh dari rumah.Maksudnya dimana ada kawasan mata air dikawasan rendah,disitulah perigi digali.Maka dimana ada perigi disitulah didirikan bilik air.Jadi korang bayangkan kalau nak buang air tengah-tengah malam.dah lah tak ada lampu.Memang susah.Lebih-lebih lagi kalau budak perempuan.Dah tentu nak cari teman.Sebab takut punya pasal ada yang tahan kencing..last-last terkencing atas tilam...Mang haru..Bab nak meneman ni yang susah.Syok-syok tidur,kejut suruh teman adik gi kencing kat perigi...Adoi...
Jadi berbalik kepada minyak api ni,kebiasaannya selepas isyak sebelum tidur mak kita orang akan panggil anak-anaknya yang kecik.Singkap baju paras dada dan mak akan gunakan minyak api yang ambil dari pelita,lalu disapukan rata-rata pada perut kita orang.Itulah rutin kita orang setiap malam sebelum tidur.Alasan mak,agar kita orang tak terkencing malam.Jadi tak menyusahkan sesiapa.lagi satu mak kata,agar perut kita orang tak kembung masuk angin.Maklumlah,dinding kayu.Lobang sana sini.Angin sepoi-sepoi je masuk.Sejuk nak mampos..
Korang rasa logik ke minyak api ni leh wat kita tak terkencing malam?Entahlah,aku pun tak pasti..Tak ada fakta langsung..Hu hu..Tapi masa tu,tu aje jalan yang ada...Zaman sekarang tak kisah berapa kali korang nak kencing malam,tandas dalam bilik tidur.Belasah je...
Namun apa yang nak aku katakan disini,cara tu memang berkesan pada masa tu.memang kita orang tak terkencing malam.Pelik memang pelik bila difikirkan pada hari ini.Tapi pada masa tu kita orang tak rasa pelik pun.Kita anggap satu keperluan la pulak...ha ha ha...Lagi satu,nanti korang jangan sapu lak perut anak korang ngan minyak api kalau anak korang asyik terkencing malam.Bukan apa aku takut nanti habis satu rumah bau minyak api.Haru..Sebab rumah korang rumah batu..Angin tak kuar masuk macam rumah kami dulu-dulu...ok
Asalammualaikum,,jumpa lagi
Label:
AKU,
KORANG PECAYA?,
LAYAN,
TAHUKAH ANDA
Thursday, November 20, 2014
BACA KOMIK DULU DULU-QURAK-ONLINE
Asalammualaikum,kepada peminat komik-komik lama ,ini ada sebuah komik lama khas untuk korang baca.Komik ni bertajuk QURAK,ditulis oleh Adam Rasheed dan ilustrasi oleh Md Roffee.Tahun dikeluarkan tidak diketahui.Rasa sekitar tahun 80 an.Lama dah aku beli komik ni,masa tu aku dalam sekolah rendah.Pujuk mak tolong belikan.Harga baru 90 sen,tapi aku tak mampu nak beli.Muka mak masam,pot pet,pot pet...akhirnya mak belikan juga...punyalah susah nak beli komik harga 90 sen....Jauh na beza dengan anak-anak zaman ni,harga komik ada yang sampai mencecah 10 ringgit..tapi mak ayah relek je bayar tuk anak...Termasuk lah aku..hu hu.Ni aku siarkan bukan untuk keuntungan peribadi,aku tak dapat apa-apa pun.Sekadar kepuasan.Jom baca, untuk peminat komik lama dan kepada pecinta komik zaman sekarang yang tak pernah baca komik dulu-dulu.
klik untuk besarkan gambar
QURAK PAGE
QURAK 1
QURQK 2
QURAK 3
QURAK 4
QURAK 5
QURAK 6
QURAK 7
QURAK 8
QURAK 9
QURAK 10
QURAK 11
QURAK 12
QURAK 13
QURAK 14
QURAK 15
QURAK 16
QURAK 17
QURAK 18
QURAK 19
QURAK 20
QURAK 21
QURAK 22
QURAK 23
QURAK 24
QURQK 25
QURAK 26
QURAK 27
QURAK 28
QURAK 29
QURAK 30
QURAK 31
QURAK 32
QURAK 33
QURAK 34
Tunggu komik yang akan datang.Itu pun kalau aku rajin selongkar dalam gubuk belakang rumah..Ha ha..
Label:
GAMBAR,
KOMIK,
KOMIK DULU-DULU,
KOMIK LAMA,
LAYAN
Subscribe to:
Posts (Atom)