Petang ni tak macam petang-petang yang lalu...Lain sesangat rasanya..Tak dapat nak aku gambarkan suasananya.Tak dapat nak aku luahkan melalui kata-kata.Dimana aku sebenarnya..?Adakah aku tersesat...?Entah lah..Aku tak pasti..Langsung aku tak faham..Aku toleh kebelakang...Ada banyak pepohon kayu besar yang mungkin telah berusia puluhan tahun.Semuanya besar-besar belaka..Ada yang dua,tiga pemeluk besarnya...Ada juga pokok buah-buahan sebatang dua.Nampak macam pokok rambutan dan pokok bidara..Tetapi tak berbuah,belum musim agaknya....Dihadapan aku ada sebatang jalan kecil berturap seakan-akan jalan masuk ke kampung..
Tergerak dihati aku nak melihat-lihat kawasan sekeliling...Tapi...Ahh..Malas benar rasanya.Badan pun rasa tak sedap....Sendi juga rasa sengal-sengal..Macam skru dah longgar..Tunggu masa nak tercabut..Ada lebih baik aku duduk sebentar untuk menenangkan fikiran yang berserabut..Aku mencari-cari sesuatu yang boleh aku gunakan sebagai alas untuk duduk..Haa..Tu dia,aku ternampak sehelai surat khabar lama ditepi jalan.Lalu aku ambil dan bentangkan dibawah sebatang pokok yang rendang..Aku pun melabuhkan punggung...
Aku dongak ke langit...Matahari tak beberapa nak kelihatan ditutup oleh awan gelap.Kata orang itu tanda mendung hari nak hujan...Aku agak-agak dah lebih pukul 6 petang...Memang patut pun matahari tak kelihatan,dah nak senja rupanya...Aku cuba melelapkan mata...Namun tak berjaya..Lalu aku amat-amati sekitar kawasan aku berehat dengan telinga dan mata yang terkebil-kebil..Kenapa sunyi sangat rasanya....Kicau burung pun tiada..Bunyi unggas rimba pun tiada....Apa dah jadi...Biar betul perasaan aku ni....Ke aku berkhayal tak...?Aku cuba menyedapkan hati yang dah memang tak sedap....
Eh...Tu nampak macam ada orang berjalan..Siapa agaknya...?Tak kenal lah pulak...Nak kemana agaknya..?Mana aku tahu...Ada lebih baik aku bertanya sesuatu padanya..
"Saudara...Saudara...Assalammualaikum...."Ayat sepontan yang keluar dari mulut aku..Namun tiada jawapan yang aku terima seolah-olah saudara tu tidak mendengar salam yang aku berikan...
"Saudara...Assalammualaikum...maaf...."Ulang aku sekali lagi,namun masih serupa...Salam aku tidak dijawab dan lebih buruk lagi muka aku pun tak dipandangnya...Hai,sombong betul penduduk kampung ni,rengus hati ku..
Sedikit demi sedikit saudara itu berlalu meninggalkan aku terkulat-kulat...Ahh,lantak lah...Bukan dia seorang saja yang ada dekat kampung ni,ramai lagi....
============================
Bosan duduk dibawah pohon rendang tanpa mendapat apa-apa jawapan pada kekusutan yang aku alami,aku ambil keputusan untuk melihat-lihat sekejap kawasan sekeliling...Aku bangun,lalu melangkah kearah kanan...
Nampak macam ada bangunan kayu dekat hujung sana...Baik aku kesana dulu...Aku bergerak dengan langkah longlai...Akhirnya sampai juga..Ooo,surau rupanya...Aku ambil keputusan untuk masuk..Selepas memberi salam,aku menolak daun pintu lalu menjengok kedalam sebelum masuk...Tiada sesiapa,yang ada cuma tikar mengkuang lama yang dah hampir reput dan beberapa buah pinggan yang bertaburan diatas lantai...Najis tikus dan cicak meloyakan tekak aku..Agaknya dah lama sangat tak dibersihkan..Apa nak jadi dengan penduduk kampung ni...Surau sebuah pun tak terjaga..Entah lah....Aku tak jadi nak masuk.Daun pintu aku tutup kembali.Kemudian aku bergerak kesebelah kiri bangunan surau.
Wah,itu kalau tak silap aku macam kawasan perkuburan...Ya,Aku pasti sangat kawasan perkuburan....Lihat disana,batu-batu nisan sebagai buktinya....Lalu aku melangkah dengan berhati-hati agar tidak terpijak kubur-kubur lama yang dah hampir sama rata dengan aras tanah...Aku perhatikan ada sebahagian dari kubur-kubur disini tidak terjaga dan ada jugak yang terlebih jaga.Maksud aku ada kubur yang dibiarkan semak,hingga tidak kelihatan.Mana yang dijaga rapi,rumputnya ditebas atau diracun.Tak kurang juga aku lihat,ada kubur dah macam rumah pangsa dua tingkat.Berpagar..Siap ditampal mozek yang mahal-mahal.Mungkin warisnya orang berada agaknya.Ada sebuah yang begitu menonjol diantara banyak-banyak kubur yang ada disini.Siap ada pagar bewarna emas,dah macam kandang kucing siam aku tengok.Apa tujuannya aku tak tahu.Nak katakan untuk menghalang binatang liar dari merosakkan kubur,tak masuk akal pulak,sebab kawasan kubur keseluruhannya telah berpagar rapi.Nak kata menghalang orang mencuri,tak ada pulak barang bernilai dekat atas kubur tu.....Entah lah...Makin pening aku memikirkannya...Agak-agak sekadar untuk hiasan.Agak keterlaluan..Ada juga yang membena tempat duduk seperti bangku disebelah kubur.Agaknya pewaris kubur ini orang besar-besar yang mana mungkin duduk diatas tanah beralaskan tikar mengkuang ataupun surat khabar lama ketika datang menziarah kubur.Walaupun mereka tahu yang mereka akan disumbat juga kedalam tanah bila meninggal nanti...Langsung aku tak faham....Nak bagi kubur nampak ceria agaknya....Walaupun tahu ramai yang kat dalam tu tak berapa nak ceria.....Bodoh....Memang bodoh.....
Sepatutnya sedekahkan bacaan surah al fathihah beserta doa-doa yang baik..Baru lah penghuninya aman dan tenteram.Seingat-ingat aku,Amal kebajikan,sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengikut kita kedalam kubur.Bukan pagar besi,mozek mahal ataupun batu nisan berukir.Mereka tak memerlukannya..Semua tu tak berfaedah....Bodoh....Semakin bodoh....
Aku teruskan merayau dari satu kubur ke satu kubur...Kemudian aku terhenti disebuah kubur yang masih baru...Kubur ni aku lihat belum dihias seperti kubur-kubur yang lain.Mungkin kerana tanahnya masih lembut.belum sesuai didirikan bangunan berpagar diatasnya...Cuma ada sebatang nisan kayu yang tercacak.Aku belek-belek...Ada tulisan nampaknya..Mungkin nama simati...Baik aku lihat..Eh,nama sipolan ni sama dengan nama aku...Nama bapa pun sama....
Aku terkedu seketika....Adakah ini...Mungkinkah aku....Tidakkkkk....Tidakkkk.. Bukan aku....Bukannnn...Aku cuba mengawal hati dari mengingati sesuatu....Sesuatu yang mungkin aku...Dan mungkin bukan aku......
Bagaimana dengan perasaan aku yang semacam dari tadi..?Tidakkk...Bukan aku.Bagaimana dengan saudara yang tak menjawab bila aku tegur tadi..?Adakah dia tidak melihat aku..?...Bukan....Bukannnnnn.....Aku menjerit sekuat hati...Atau mungkinkah aku ...Tidakkkkk.....Aku belum mati....Aku belum mati....Tidakkkkkk....
Aku terus menjerit sekuat hati,hinggalah tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang lembut dan agak panas memegang tangan aku...Aku menoleh....Perempuan...Siapa...?Adakah bidadari...?Yaallah....Isteri aku rupanya...Adakah dia juga seperti aku...?Aduh,pening...Pening...
"Apa mama buat kat sini...?"Aku bertanya pendek...
"Mama yang patut tanya abang...Apa yang abang jeritkan senja-senja ni..?Mengigau lah tu.....Cepat bangun...Dah nak masuk waktu Maghrib dah...Itu lah,berapa kali nak cakap....Jangan tidur selepas waktu assar...Degil...Kan dah mimpi yang bukan-bukan...."
"Aku...Aku...Aku bermimpi ke tadi...?"
"Jadi aku ni bermimpi lah....?"
"Aku belum mati lah...?"
"Subhanallah....."
MORAL/Kubur bukan taman perumahan/Jangan suka tidur selepas waktu assar.
----------Assalammualaikum----------