JUST ME AND ME AGAIN

Friday, April 22, 2011

BIARPUN HANYA 10 SEN

     Lihatlah wajah si kecil ini...Tidakkah tersentuh hati dan perasaan engkau sahabat ku..?    

 Bersedekahlah wahai sahabat2 ku,walaupun sekecil2 sedekah bernilai 10 sen.Kerana sabda Nabi Muhamad lagi,

"...Barang siapa bersedekah,walaupun sebiji tamar (kurma) maka ia mendapat pahala diakhirat kelak seberat sebuah bukit..."

     Apa ditunggu lagi sahabat2 ku,lembutkan hati mu dengan doa ini...

"...Ya Allah ya tuhan ku.Jinakkan lah hati ku sebagaimana engkau menjinakkan orang2 ansar dan Muhajirin..."

     .....Dan keluarkanlah sedekah dari hartamu dengan seiklas hati,mudah2han 10 sen yang engkau sedekahkan,akan membebaskan engkau dari belengu..Lihat lah wajah sikecil itu sekali lagi...Tiadakah timbul sekelumit perasaan sayu dan simpati dihati engkau,sahabat ku...Atau hati engkau masih dibelengu dan mulut engkau berkata...

"...Tak ingin aku nak sedekah kat budak tu...Belakun je tu..Mak bapak dia senang lenang kat rumah...Baik aku makan kat KFC,kenyang jugak perut..."

     Allah maha besar...Adakah engkau mengetahui segala2nya sahabat ku...?Tidak...Engkau tidak tahu...Engkau hanya berperasangka sahaja...Nyata hati engkau masih dibelengu sahabat ku...Nyata engkau tidak mengetahui sahabat ku,sesungguhnya 10 sen yang engkau keluarkan dari poket itu boleh sahaja disedekahkan kepada sesiapa sehaja termasuk si penipu,perompak,penjahat mahupun si kafir....kerana mudah2han dengan 10 sen sedekah iklas engkau itu akan menginsafkan hati sipenipu.....


     Apabila sedekah dikeluarkan dengan hati yang iklas,sebelum sampai ia pada orang yang menerimanya,ia terlebih dahulu sampai kepada Allahsubhanawataala.Maka sedekah itu akan berkata...

1]Adalah sedekah ini kecil,tetapi engkau telah membesarkannya.

2]Adalah sedekah ini sedikit,tetapi engkau telah memperbanyakkannya.

3]Adalah sedekah ini liar/sukar,tetapi engkau telah menjinakkannya.

4]Adalah sedekah ini akan binasa,tetapi engkau telah menjaganya.

     Apabila bersedekah seseorang dari kamu(mukmin)lalu dia redho dengan sedekahnya,maka neraka jahanam pun berseru...

"Izin kan aku bersujud syukur kepada mu ya Allah.Sesungguhnya engkau ya Allah telah membebaskan seorang umat Muhamad dari seksaan aku.Kerana aku berasa malu yang amat sangat untuk menyeksa umat Muhamad yang mengeluarkan sedekah.."

     Sesungguhnya pada satu sedekah yang dikeluarkan ada tujuh perkara...

1]Sedekah itu membebaskan kita dari dibelengu.(kedekut,sombong dll)

2]Sedekah itu menutup 70 pintu bala bencana.

3]Sedekah itu adalah penawar.

4]Sedekah itu menjadi benteng pertahanan diri.

5]Sedekah itu memadamkan kemurkaan Allah.

6]Sedekah itu merapatkan persaudaraan.

7]Sedekah itu melembutkan hati yang keras.

     Hanya ini yang mampu aku sedekahkan untuk kalian,sahabat ku...Sedikit ilmu yang aku peroleh di kelas tahmil....Mudah2han kita bersama mendapat hidayahnya...


Alan MX

-Assalammualaikum- 


moral/jangan berperasangka jika mahu bersedekah/sedekah seiklas hati.