Thursday, March 24, 2011

WAJIB BACA

1970,march 24



     Aku dilahirkan dengan penuh kesempurnaan.
Tiada yang cacat,semuanya lengkap,cukup sifat.
Kulit ku halus,mulus,licin...Tiada sedikit calarpun.
Aku dibesarkan didalam keluarga yang mementingkan adab sopan.
Jadi tak hairanlah kenapa budi pekerti ku begitu terpuji.

     Sepanjang hidup ku,aku habiskan dengan berkhidmat untuk orang ramai.
Namun aku bukanlah seorang YB,atau pun ketua kampung.
Aku hanyalah makhluk biasa yang tak punya harta berbilion ringgit.
Hanya berhartakan tenaga yang tak seberapa untuk terus
menabur bakti kepada bumi bertuah ini.
 Namun aku disenangi oleh semua orang.
Aku tidak pernah berkelakuan tidak senonoh.
Apa tah lagi lumba haram dan merempit.

Tingkah laku ku yang sentiasa menjaga adab dan berbudi pekerti mulia 
membuatkan aku tak senang duduk,kerana
 ramai yang datang berjumpa untuk menggunakan khidmat aku.
Tak kira siang ataupun malam.
Aku sering dikunjungi oleh tetamu2 yang tak ku kenali semata2
kerana ingin mendapatkan khidmat ku.
Walau macam mana letih sekalipun,
mereka tetap ku layan dengan baik.
Kerana aku telah diajar begitu semenjak dilahirkan lagi.
Aku perlu berterima kasih yang amat sangat kepada
keluarga yang telah banyak mengajar aku erti hidup ini.


2011,march 24
Namun waktu begitu mencemburui aku.
Kini usia ku semakin ke penghujung.
Tetamu2 yang sering memerlukan khidmat ku satu ketika dahulu
sudah berkurangan.
Inilah hukum alam.
Satu2nya hukuman yang kita tak dapat hindari.

Kudrat ku semakin lemah.
Tulang-belulang ku semakin uzur.
Kulit ku dah berkedut sejuta.
Aku sering sakit2 badan.
Tapak kaki ku yang kesat dah melicin.
Aku dah tak mampu untuk berlari pantas seperti dahulu.
Sendi2 ku kerap kali berbunyi.
Pandangan ku dah kelabu.
Kadang2 terpaksa meraba didalam kegelapan.
Perjalanan darah ku tak selancar dahulu.
Aku sering terbatuk2.

Lumrah kehidupan.
Inilah penghujung perjalanan ku.
Inilah suratan kehidupan yang diajar keluargaku,
yang tak pernah aku lupa hingga kehari ini....
Ingat masa muda sebelum datang masa tua.
Dan aku telah mempergunakan masa muda ku sebaik yang boleh.
Menabur bakti hingga titisan darah yang terakhir.

Tetamu2 ku...
Biarkan aku sendirian.
Aku tak mahu diganggu diakhir2 kahidupan ini.
Biarkan aku begini.
Biarkan aku tersandar didalam bangsal,
kerana aku sedar,semuanya sudah tidak dapat diperbaiki lagi.

Antara kerosakkan yang aku alami adalah:-

1)Enjin sudah leaking.
2)Brake tak makan.
3)Exzos bocor dan berkarat.
4)Sistem litar elektrik dah kong.
5)Rim sudah berkarat dan reput.
6)Body berkarat dan hampir putus dua.
7)Coil api dah terbakar.
8)Jejari banyak yang putus.
10)Caburator tersumbat.
11)Tupang dua dah patah.
12)Banyak skru2 yang dah lus.
13)Tempat duduk berlubang.
14)Rantai putus.
15)Bearing pecah.
16)Dan yang paling bahaya,cukai jalan dah mati.


Jadi,daripada ngko susah payah baiki motor buruk tu,
ada lebih baik ngko beli je motor baru.
Hampehhhhh....

----------------------------

Korang jangan keliru dengan rintihan hidup diatas.Adalah agak mustahil
semua itu tidak akan berlaku kepada kita semua.
Berfikirlah diluar tempurung.
Ambil mana yang perlu.
Buang mana yang patut.