Friday, January 14, 2011

TOKEK OH TOKEK

     Semalam KOSMO! ada siarkan berita tentang cicak tokek.Sejenis cicak paling berharga buat masa ini.Seram sejuk aku mendengar harga seekor cicak tokek seberat 350 gram keatas berharga jutaan ringgit.!Harganya melambung tinggi berikutan khasiatnya yang mampu menyembuhkan penyakit HIV,AIDs....Betul tidaknya,aku tak tahu,sebab aku bukan dokter pakar dihospital besar.Ni aku bukan nak cerita pasal cicak tokek.Aku nak cerita satu kesah benar dan seram tentang pengalaman seorang pencari cicak tokek.


     Sebagaimana ditempat lain,kampung aku juga tidak terlepas dari bahang kehangatan yang dibawa oleh cicak tokek.Beberapa orang penduduk kampung aku yang berkobar2 nak merasa menjadi jutawan segera telah mula menjalankan operasi memburu cicak tokek dari rumah kerumah.Maksud aku rumah lama yang telah ditinggalkan.Bukan rumah ketua kampung atau rumah ketua pemuda,kang lain pulak jadinya.Menurut mereka tokek ini suka mendiami rumah yang tidak berpenghuni.Lagipun mencari tokek dirumah tinggal lebih mudah dari mencari tokek didalam hutan yang terpaksa dilakukan secara rambang.


     Al kisah,pada suatu hari seorang pencari tokek telah pergi kesebuah rumah tinggal yang telah agak lama ditinggalkan.Adalah dalam 1 tahun lebih.Rumah tinggal ni tak lah terpencil sangat.Penoreh getah berulang alik kekebun getah melalui jalan kecil dihadapan rumah ini setiap hari.Mulanya beliau sekadar meninjau2 disekitar kawasan rumah.Memandangkan tiada tokek yang ditemui diluar,beliau mengambil keputusan untuk masuk kedalam rumah.Beliau menuju kebahagian dapur.Pintu lama yang sudah uzur ditolaknya perlahan2.Setelah pintu ditolak,beliau terus melangkah masuk tanpa ragu2.Tiada apa yang nak dirisaukannya,lagipun hari siang.Masakan ada hantu,fikirnya.


     Namun,tiba2 langkahnya terhenti...Kakinya mengeletar.Badannya terasa seram sejuk.Bulu romanya meremang tegak.Tiada kata2 yang keluar dari mulutnya.Hanya matanya terkebil2 memandang kelantai dapur.Bukan cicak tokek gergasi yang dilihatnya.Bukan hantu mak limah yang menyakatnya dan bukan pari2 yang menggodanya....tetapi mayat!Mayat manusia.Mayat yang telah kering seperti mumia diMesir.Percaya atau tidak,itulah yang dilihatnya.Dengan kepayahan yang amat sangat,beliau cuba keluar dari rumah itu.Tiga langkah yang diambilnya untuk keluar terasa seakan 500 meter jauhnya.


     Tak berapa lama kemudian,kecoh dikampung berikutan penemuan mayat kering oleh seorang pencari tokek.Pehak polis segera dihubungi.Orang ramai mula mengerumuni kawasan rumah tinggal tempat penemuan mayat kering tersebut.Setelah melihat keadaan mayat tersebut,berbagai2 andaian dibuat.Bermacam2 rumusan dibuat.Namun tiada satu pun jawapan yang tepat diperolahi.

     Antara andaian yang aku dengar,


-Mayat itu tidak mereput,sebaliknya mengering seperti mumia.
Secara logiknya,mayat pasti mereput dan busuk.Kemudian hancur dagingnya.Yang tertinggal hanyalah tulang dan rambut.
-Tiada rambut mayat ditemui.
Andai kata mayat itu menemui ajalnya disitu dan mengering disitu,pasti rambutnya juga ada disitu.Kerana rambut tidak mereput.Diandaikan ia tidak mati disitu.
-Penduduk berhampiran tidak terbau bau busuk seperti bangkai.
Mustahil penoreh yang berulang alik dihadapan rumah itu tidak terbau sesuatu yang busuk andainya ada sesuatu yang bersaiz besar mati didalam rumah itu.Menguatkan lagi andaian mayat itu telah mati ditempat lain dan hanya dibuang disitu setelah dikeringkan.
-Tong gas memasak masih baru dan tidak berabuk.
Jelas ada aktiviti berlaku dirumah itu dalam masa terdekat.
-Penghuni rumah itu telah menghilangkan diri lebih kurang setahun yang lalu.
Ramai penduduk kampung tahu penghuni rumah itu telah hilang setahun yang lalu,namun tiada siapa yang ambil peduli kehilangannya memandangkan penghuni rumah itu tidak berapa betul dan pernah melakukan jenayah kecil-kecilan.Kalau dilihat dari keadaan mayat,tempoh kekeringannya lebih kurang sama dengan tempoh kehilangan penghuni rumah itu.Ini menguatkan semula andaian mayat itu adalah mayat penghuni rumah itu.
-Tiada gigi dibahagian depan.
Penghuni rumah itu memang tidak mempunyai gigi dibahagian hadapan.Ia diperakui sendiri oleh kakaknya.Kakaknya pasti,mayat itu adalah mayat adiknya,penghuni rumah itu.
-Penafian si abang.
Menurut abang penghuni rumah itu,beliau pernah masuk kedapur rumah itu beberapa bulan yang lalu ketika melawat dusun durian berhampiran rumah.Tiada apa yang ditemuinya didapur rumah.Jadi beliau menolak andaian mayat telah mengering disitu hampir setahun bersamaan tempoh kehilangan penghuni rumah.
-Bahagian kemaluan mayat tiada.
Kemaluan mayat seakan2 telah dipotong dan dibuang.Andainya dimakan tikus atau biawak,kenapa kemaluannya sahaja yang dimakan?Kenapa bahagian lain badan tidak dimakan?Jelas sekali ia bukan perbuatan haiwan.Ia dilakukan agar identiti mayat tidak dapat dikenal pasti.Seperti ada unsur jenayah la pulak.Boleh jadi mayat itu mayat seorang wanita.Dirogol,dibunoh,kemaluannya dipotong dan disorokkan dirumah tinggal itu.Giginya pula dicabut agar menyerupai gigi penghuni rumah.Boleh diterima akal...


     Kesimpulannya,tiada satu andaian pun yang memberikan jawapan sebenar.Pehak polis datang dan memeriksa mayat itu.Kemudian dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.Pencari tokek telah mengidap demam panas selama seminggu gara2 terserempak dengan mayat kering.Sehingga kini aku masih tidak mengetahui status mayat kering yang ditemui oleh pencari tokek.Penduduk kampung juga telah melupakan kejadian ini sedikit demi sedikit dari ingatan mereka.


     Terima kasih kepada cicak tokek,kalau bukan kerana harganya yang mahal belum tentu mayat kering itu dijumpai.


     Apa yang pasti disini,mencari tokek bukanlah satu pekerjaan yang mudah.Rasanya berbaloi juga dengan harganya yang mahal.Kepada pencari2 tokek,teruskan mencari.Tokek sedang menunggu anda dirumah tinggal.