JUST ME AND ME AGAIN

Monday, November 8, 2010

BUAH (berfikir diluar tempurung)



     Buah.Berevolusinya bumi ini kerana sebiji buah.Kerana buahlah,bermulanya satu kehidupan yang bertamadun.Kerana buahlah kita berada disini sekarang.Bertapa besarnya peranan sebiji buah....

     Bukan buah itu yang ingin aku perkatakan disini,kerana terlalu sedikit pengetahuan kita tentang buah itu.Biarlah aku perkatakan tentang buah2 yang biasa kita lihat.Yang sentiasa berada disekeliling kita.Berapa banyak buah dalam dunia ini yang korang tahu?Buah durian,buah epal,buah nangka,buah kurma....?Ada beratus jenis buah lagi dan kalau nak dihuraikan satu-persatu,mungkin mengambil masa yang lama.Jadi dipendekkan,aku mengajak korang berfikir diluar tempurung.Maksud aku keluar dari tempurung,bukan intai2 keluar melalui lubang tempurung.

1:Anak buah-Walaupun terdapat buah,namun pokok tidak pernah mempunyai anak buah.Pokok hanya mempunyai anak pokok.Aku berasa pelik dari mana asalnya timbul perkataan anak buah ini.Apakah satu masa dahulu pokok mempunyai anak buah?Dan bagaimanakah rupanya anak buah kepada pokok itu?Jauh disudut hati aku mengatakan istilah anak buah ini tidak beberapa sesuai.Istilah anak pokok jauh lebih sesuai.Itu kalau digunakan pada pokoklah.Dan jangan pula korang gunakan istilah anak pokok ini kepada manusia.Tak manis bunyinya,dan tak masuk akal langsung penggunaannya.

2:Buah tangan-Satu lagi penggunaan istilah yang tak beberapa nak sesuai.Setahu aku,tangan tak pernah berbuah,dan tak mungkin akan mengeluarkan buah.Tak tahulah pulak kalau korang ada tangan ajaib yang boleh mengeluarkan buah.Kebiasaannya kita menggunakan istilah ini untuk sesuatu yang kita bawa atau kita hadiahkan apabila melawat seseorang.Contohnya membawa buah tangan seperti buah anggur bila melawat orang sakit di hospital. Namun ketidak sesuaian penggunaannya masih dapat kita rasakan.Walaupun yang kita bawa dan hadiahkan itu bukan berbentuk buah,seperti biskut,coklat,air botol dan macam2 lagi,ia tetap disebut buah tangan.Tidakkah korang berasa pelik menyebut satu istilah yang tidak ada kena mengena dengan kejadiannya?Contoh ayat"Nah terimalah buah tangan dari aku berupa biskut kering dan air botol"......?

     Cukuplah 2 contoh yang aku berikan disini.Berfikir diluar tempurung,memerlukan pemikiran yang terlalu jauh.Ibarat seekor katak yang hidup dibawah tempurung kelapa.Sekali tempurung kelapa itu terbuka,apa akan terjadi kepada katak itu?Berapa luaskah pemandangan katak itu?Berapa jauh kah otaknya berfikir?Katak tau dunia ini luas,tapi terfikirkah dia,bumi ini seluas mana?Jadi pendekatan yang aku dan korang perlu ambil disini ialah berfikir diluar tempurung,tetapi bukan berfikir melalui otak atau pandangan seekor katak.Berfikirlah melalui otak dan pandangan seorang manusia yang waras.Kerana bagi aku istilah berfikir diluar kotak tidak beberapa sesuai untuk digunakan kerana secara logiknya,tiada satu apa pun yang hidup didalam kotak untuk dijadikan perumpamaan.....Sebaliknya hanya mat2 pit dan kutu rayau yang sanggup duduk didalam kotak,dan apabila kotak dibuka,pemikiran mereka masih seperti semalam.Lembab dan tiada masa depan.....Pandangannya hanya tertumpu pada satu perkara...Dunia ini baginya sudah tiada....