JUST ME AND ME AGAIN

Saturday, August 31, 2013

INTER BROKEN VIEW



Mencangkung ditepi longkang dihadapan bangunan y setalah penat diinterview.Ada beberapa mata yang menjeling2 kearah aku.Ada aku kisah?Peduli apa aku korang nak jeling2 sambil mengumpat aku sepam dua.Hirup setin coke yang dah tak berapa nak sejuk.maklumlah aku beli pagi tadi...Simpan dalam beg buat bekal.

"Apa yang akan menyebabkan saya akan ambil kamu bekerja?"

"Apa yang tuan harapkan dari jawapan saya adalah sama dengan jawapan orang lain yang datang ke sesi interview ini.."Aku cuba memusingkan kepala tuan2 penemuduga tersebut.

"Errr...Ok,Kenapa tuan boleh diambil bekerja dahulu dan apa yang tiada pada orang2 lain semasa tuan ditemuduga..?Jawapan kepada soalan tuan tadi ada pada saya dan tuan.Saya manusia,tuan juga manusia.Jadi apa masalahnya..?Ambil dahulu dan tengok prestasi saya bekerja..."

-Diam-

"Baiklah,jadi apa yang kamu buat sekarang.Maksud saya pekerjaan kamu..?"

"Saya bekerja dibendang menolong pakcik..."

"Selain itu..?"

"Saya buat part time jual buku..."

"Buku apa yang kamu jual..?"

"Macam2..ada buku falsafah,politik,cereka,dongeng...."

"Ada jual buku politik?Kisah apa tu..?"

"Macam2...Tun Mahadir,Datuk Sri Anwar,Hishamudin Rais...Bla bla bla..."

"Oh,,Hisham dan Anwar senior saya dahulu.."

Dalam hati aku..Bagus..

Lalu si tuan ini pun sibuk bercerita panjang tentang zaman student power dia dan aku sesekali turut ketwa untuk ambil hati.

"Ok..Apa sukan yang kamu boleh main..?"


"Ragbi.."

"Last question,selain dari ragbi sukan apa yang kamu main..?

"Saya boleh berequestrian..(tipu) dan lontar peluru..(tipu lagi)..."

"Berapa jauh kamu boleh baling..?"

"12.35 adalah rekod terbaik saya..(tipu lagi)"Aku menjawab dengan muka ketat dan serius.

"Dalam kastam tiada sukan lontar peluru..Apa awak boleh main lagi..?"

Cis,,,Serkap jarang aku tak menjadi..Aku lihat muka tuan ini sudah naik jemu memandang aku....

"Tarik tali.."

"Memang patut pun,,Lihat dari segi fizikal awak..Tentu awak juara tarik tali berturut2...Ok tiada soalan lagi.Terima kasih kerana menghadiri temuduga ini.Kamu akan diberitahu kelak sekiranya berjaya dalam tempoh 3 bulan.

Tin coke aku balingkan kearah pili bomba..Aku buka surat khabar yang aku beli semalam..Mana tau ada kerja kosong dekat2 sini...

Friday, August 30, 2013

20 FAKTA TENTANG MIMPI




#Ini hanya lah fakta dari internet.jangan lak korang percaya sepenuhnya.Penilaian dari akal yang waras diperlukan.ok,selamat membaca


1. Semua orang pernah bermimpi

Kita semua mimpi, lelaki,wanita,tua muda termasuk bayi.Penyelidik telah mendapati bahawa orang biasanya mempunyai beberapa mimpi setiap malam dan setiap satu berpanjangan selama 5 hingga 20 minit. Semasa hayat biasa, orang menghabiskan purata enam tahun untuk bermimpi!

2. Tetapi Anda Lupakan Kebanyakan mimpi Anda

Menurut anggaran oleh penyelidik J. Allan Hobson, sebanyak 95 peratus daripada semua mimpi cepat dilupakan sejurus selepas bangun dari tidur. Mengapa mimpi kita begitu sukar untuk ingat? Mengikut satu teori, perubahan dalam otak yang berlaku semasa tidur tidak menyokong pemprosesan maklumat dan penyimpanan diperlukan untuk pembentukan memori berlaku. Imbasan otak tidur individu telah menunjukkan bahawa lobus hadapan, kawasan yang memainkan peranan penting dalam pembentukan memori, tidak aktif semasa tidur, peringkat di mana bermimpi berlaku.

3. Tidak Semua mimpi Dalam Warna

Walaupun kira-kira 80 peratus daripada semua mimpi adalah dalam warna, terdapat peratusan kecil orang yang mendakwa bermimpi dalam hitam dan putih. Dalam kajian di mana pemimpi telah bangun dan diminta untuk memilih warna dari carta yang sesuai dengan orang-orang di dalam mimpi mereka, warna-warna pastel lembut adalah yang paling kerap dipilih oleh pemimpi.

4. Lelaki dan Wanita berbeza Mimpi

Penyelidik telah menemui beberapa perbezaan antara lelaki dan wanita berhubung dengan kandungan mimpi mereka. Dalam satu kajian, lelaki dilaporkan lebih bermimpi tentang keganasan berbanding wanita. Menurut penyelidik William Domhoff, wanita cenderung untuk mempunyai mimpi lebih panjang yang mempunyai lebih aksara. lelaki mimpi tentang lelaki lain dua kali ganda berbanding wanita, manakala wanita cenderung untuk bermimpi tentang kedua-dua jantina yang sama.

5. Haiwan Mungkin berMimpi

Pernahkah anda melihat anjing menganggukkan  ekornya ketika tidur atau memindahkan kaki sambil tidur? Walaupun sukar untuk mengatakan dengan pasti sama ada haiwan itu benar-benar bermimpi, penyelidik percaya bahawa ia adalah berkemungkinan bahawa haiwan memang mimpi. Sama seperti manusia, haiwan melalui peringkat tidur yang merangkumi kitaran REM dan tidur NREM. Dalam satu kajian, gorila telah diajar bahasa isyarat sebagai satu cara komunikasi. Pada satu ketika, gorila yang sedang tidur itu menunjukan gaya behasa insyarat menggunakan tangannya.Kemungkinan gorila itu sedang bermimpi.

6. Emosi negatif Adalah Lebih biasa dalam setiap mimpi

Dalam tempoh lebih daripada empat puluh tahun, penyelidik Calvin S. Dewan mengumpul lebih daripada 50,000 senarai mimpi daripada pelajar-pelajar kolej. Laporan-laporan ini telah disediakan kepada orang ramai pada 1990-an oleh Hall pelajar William Domhoff. Senarai ini mendedahkan bahawa banyak emosi yang dialami semasa bermimpi termasuk kegembiraan, kebahagiaan dan ketakutan. Emosi yang paling biasa dialami di dalam mimpi adalah kebimbangan dan emosi negatif secara umum adalah lebih biasa daripada yang positif

7. Orang Buta juga bermimpi

Walaupun orang yang kehilangan penglihatan mereka sebelum berumur lima tahun biasanya tidak mempunyai impian visual dalam dewasa, mereka masih bermimpi. Walaupun kekurangan visual, impian orang buta juga  kompleks dan jelas sebagai orang-orang yang boleh melihat. Sebaliknya sensasi visual, mimpi individu buta 'biasanya termasuk maklumat daripada deria lain seperti bunyi, sentuhan, rasa, pendengaran dan bau.

8. Anda Lumpuh ketika bermimpi

REM(rapid-eye-movement) , adalah peringkat tidur semasa mimpi berlaku, dimaksudkan lumpuh otot sukarela. Mengapa? Fenomena ini dikenali sebagai REM atonia dan mengelakkan anda daripada anggota badan bertindak  semasa anda tidur. Pada asasnya, kerana motor neuron tidak dirangsang, badan anda tidak bergerak.

Dalam beberapa kes, lumpuh ini juga boleh membawa hingga sepuluh minit, keadaan yang dikenali sebagai lumpuh tidur. Pernahkah anda bangun dari mimpi menakutkan kemudian mendapati diri anda tidak boleh bergerak? Walaupun pengalaman mimpi amat menakutkan, pakar menasihatkan bahawa ia adalah normal dan akan berlangsung hanya beberapa minit sebelum kembalikan kawalan otot normal.

9. Mimpi lebih kurang sama

Walaupun mimpi sering dipengaruhi oleh pengalaman peribadi kita, penyelidik telah mendapati bahawa tema-tema tertentu yang sangat biasa dalam budaya yang berbeza. Sebagai contoh, orang-orang dari seluruh dunia  sering bermimpi tentang dikejar,  diserang atau jatuh. Lain-lain pengalaman impian biasa termasuk acara-acara sekolah, rasa beku dan tidak dapat bergerak, tiba lewat, terbang dan tidak berpakaian di khalayak ramai.

10.Waktu tepat anda bermimpi

Anda tidak dapat memberitahu waktu yang tepat  bila anda bermimpi sesuatu.Maksudnya anda tidak tahu pukul berapa anda mula bermimpi,Adakah sebaik sahaja tertidur atau pun dipertengahan tidur atau pun di penghujung tidur.Dan kebanyakan orang, mereka merasakan mereka bermimpi di kesemua tempoh mereka tidur.


11.Bermimpi ganjil atau luar biasa

Kebanyakan kita mengalami mimpi ganjil seperti terbang,boleh menembusi dinding,boleh berjalan diatas air dan sebagainya.Memasuki dimensi lain atau pun kembali kezaman dahulu.

12. Ciptaan yang diilhamkan melalui mimpi

Mimpi bertanggungjawab untuk banyak ciptaan terhebat manusia. Beberapa contoh termasuk:

Idea untuk Google -Larry Page
Arus penjana - Tesla
DNA heliks ganda dua lingkaran bentuk -James Watson
Mesin jahit- Elias Howe
Jadual berkala- Dimitri Mendeleyev
... Dan banyak lagi .

13. Mimpi masa depan

Terdapat beberapa kes di mana orang boleh bermimpi tentang perkara-perkara yang akan berlaku kepada mereka kemudian, dan ianya tepat. Anda boleh mengatakan bahawa mereka mendapat gambaran tentang masa depan, atau ia mungkin hanya menjadi kebetulan. Hakikatnya bahawa ini adalah beberapa fenomena serius yang menarik dan pelik. Beberapa mimpi firasat yang paling terkenal termasuk:

-Abraham Lincoln bermimpi Pembunuhan beliau
-Kebanyakan mangsa-mangsa 9/11 mempunyai mimpi yang memberi amaran kepada mereka mengenai malapetaka
-Mimpi Mark Twain tentang kematian abangnya
-19 mimpi precognitive disahkan mengenai malapetaka Titanic

14.Mimpi seksual bagi lelaki

Yang sangat saintifik dinamakan "bengkak zakar atau pun tegang pada waktu tidur malam" adalah satu fenomena yang sangat baik tanda yang anda mempunyai kemahuan sek. Sebenarnya, kajian menunjukkan bahawa lelaki mendapat sehingga 20 ereksi setiap mimpi mereka.

15.Tidur sambil berjalan(sleepwalking)

Sleepwalking adalah gangguan tidur yang sangat jarang berlaku dan berpotensi berbahaya. Ia adalah satu bentuk yang melampau gangguan tidur REM, dan orang-orang ini tidak hanya bertindak keluar dari mimpi mereka, bahkan pergi kedalam pengembaraan sebenar pada waktu malam.

16.Mengambil dadah untuk bermimpi

Sebenarnya ada orang-orang yang suka bermimpi dan bermimpi sehinggakan mereka tidak mahu bangun. Mereka mahu meneruskan mimpi walaupun pada siang hari, jadi mereka mengambil dadah hallucinogenic haram dan sangat kuat dipanggil Dimethyltryptamine. Ia sebenarnya hanya satu kes terpencil dimana sintetik kimia otak kita menghasilkan semula kejadian semasa bermimpi.

17. Aktiviti otak meningkat semasa bermimpi

Anda akan mengaitkan tidur dengan aman dan tenang, tetapi sebenarnya otak kita lebih aktif semasa tidur daripada di siang hari.Lebih lebih lagi jika anda bermimpi sesuatu yang menakut dan mencemaskan.

18.Mendakwa tidak bermimpi

Ramai orang mendakwa bahawa mereka tidak bermimpi sama sekali, tetapi sebenarnya tidak benar: kita semua bermimpi, tetapi sehingga 60% daripada kita tidak ingat apa yang kita mimpikan.

19.Mimpi seksual lelaki dan wanita

Kebiasaannya lelaki dan wanita bermimpi seksual pada kadar yang sama banyak.Dan kebanyakannya tidak mengenali rakan sek mereka.

20.Di dalam mimpi kita, kita hanya melihat wajah-wajah yang kita kenal

Ia membuktikan bahawa di dalam mimpi, kita hanya boleh melihat wajah-wajah yang telah kita lihat dalam kehidupan sebenar sebelum ini. Jadi berhati-hati dengan perempuan tua menakutkan yang kita temui didalam bas,ia mungkin akan muncul didalam mimpi kita seterusnya.Namun ada juga pendapat yang mendakwa bermimpi wajah orang yang tidak pernah dilihat sebelum ini.





ANAK




Sebelum nikah mak bapak tanya kita bila nak nikah.
Selepas nikah mak bapak tanya lagi bila diorang nak merasa timang cucu.
Selepas kita dapat anak orang asyik tanya "anak dah besar ke"
Selepas anak kita dewasa orang asyik tanya bila nak bermenantu
Selepas kita dapat menantu,kita pulak sibuk tanya bila kita nak dapat timang cucu.
Selepas dapat cucu kita asyik memanjakan cucu lebih dari anak kita sendiri.
Kemudian kita terlupa yang kita sebenarnya sudah berusia.
Dan kita terlupa yang anak kita asyik berbincang kenapa kita tak mati-mati.
Dan selepas kita mati anak kita asyik bergaduh merebutkan harta pusaka kita yang tak seberapa.
Dan alangkah ruginya kita mendapat anak yang sebegitu.

moral-didik anak sebagaimana ibu bapa kita mendidik kita dahulu.


Thursday, August 29, 2013

MERDEKA DAN UBI KAYU




Letih betul mata melihat pembaziran makanan disana sini.Aku tahu korang semua dah mampu dan banyak duit.Tapi agak2 lah kalau nak berbelanja membeli makanan.Jangan lah membeli mengikut hawa nafsu.Ingatkan bila bulan puasa bertambah insaf,rupa2nya bertambah parah.Lepas bulan puasa lagi teruk.Masing2 balas dendam untuk mengisi tempolok..Tahu muatan perut tak seberapa,beli lah ala kadar saja,ni tak memborong macam nak buat kenduri.Sedih gak aku kat korang,sedih pasal duit yang korang susah payah cari dan kumpulkan terbang melayang kedalam longkang dan tong sampah.Nak buat cam mana, ya tak.Dah duit korang,korang punya pasal lah.Aku hanya memberi pandangan sahaja.Terpulang lah korang nak berbelanja sebanyak mana untuk membeli makanan,sebab bukan duit aku yang melayang.

Teringat aku pada cerita arwah abah satu masa dahulu.Kata arwah,semasa zaman kanak2nya makanan amat sukar untuk dibeli.Makanan ada dijual tetapi duitnya yang tak ada.Bela ayam tetapi tak dapat makan daging ayam.Tangkap ayam tu,jual kat pekan,dapat duit beli beras dan kicap.Ayam pun tak sebanyak mana.Hari demi hari,sereban ayam pun habis dijual.Yang tinggal cuma anak ayam je.Nak dijual tak laku,maka tak dapatlah nak beli beras.Nak tak nak pergi lah kekebun dibelakang rumah.Gali ubi kayu serumpun.Bawa balik,rebus,makan ramai2.Tetapi walaupun makan ubi kayu hari2,lauknya boleh tahan juga.Waktu itu menurut abah ikan sungai banyak.Tak payah nak beli kat pasar.Pasang lukah kat sungai atau parit,2,3 kilo ikan yang masuk.Tetapi hari2 makan lauk ikan sungai jemu juga.Dah tu nak buat cam mana,itu saja yang ada.

Cerita arwah abah lagi,semasa beliau bersekolah rendah sekitar tahun 30 an,pernah sekali diadakan pertandingan sukan  di sekolah.Acaranya hanya lumba lari.Dan hadiahnya adalah ubi kayu....Hadoy..tak dapat aku bayangkan kalau hari ini ubi kayu dijadikan sebagai hadiah untuk acara sukan disekolah.Aku rasa ada ubi kayu tu yang melayang balik ke kepala cikgu.Namun kata arwah abah,mana2 murid yang mendapat hadiah pada hari sukan tersebut begitu gembira pulang kerumah membawa hadiah ubi kayu.Mak bapak yang menanti dirumah pun senyum lebar.Kalau zaman sekarang ibarat anak kita balik dari sekolah bawa KFC satu kotak...Ha ha ha...

Cerita arwah abah lagi,kalau nak merasa makan daging,tunggu lah pada hujung tahun bila ada jiran2 sekampung yang membuat kenduri kahwin.Itu pun tak sebanyak macam sekarang.Dalam setahun adalah 2,3 kali kenduri kahwin.Kalau kena keluarga yang tak mampu,makan pulut dengan ikan sepat ajalah jawabnya.Berbanding dengan kita hari ini,,boleh dikatakan tiap2 bulan ada kenduri kahwin.Tu belum kira kenduri tahlil dan doa selamat....Mungkin itu sebab kita mudah jemu dengan makanan,sebab kita dah terbiasa sangat..Tak macam orang zaman dulu yang ghairah bila dengar ada majlis kenduri kahwin.Masa itulah mereka berpeluang makan makanan yang sedap2...

Selepas kemerdekan,suasana berubah,negara pun berubah dan perangai kita pun berubah sikit demi sedikit.Pada pendapat aku tiada maknanya kita merdeka tetapi perangai kita macam penjajah.Apa2 pun pesan aku pada korang,jangan lupa pasang dan kibarkan bendera di rumah.Kecil pun tak apa yang penting tunjukkan bahawa kita ada negara.Nagara yang aman makmor.Negara yang merdeka.Negara yang melimpah ruah dengan hasil dan rezeki.Dan bukan lagi negara yang makanan hariannya ubi kayu...

SELAMAT JALAN ROMEO -ANGKARA BANGLA ROTI



     Cuaca pada petang ini agak suam-suam kuku.Panas tak berapa nak panas.Sejuk pun tak juga.Matahari agak segan silu nak keluar.Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Bahasa apa aku tak tahu..Terasa nyaman sekali,redup mata memandang..Namun hati aku tak berapa nak redup.Hati aku berdegup kencang.Peluh bercucuran walaupun cuaca tak panas.Kekadang jejari aku mengeletar.Tanda apakah ini?Entah lah...Aku pun tak pasti..Macam ada sesuatu yang mengganggu perasaan aku.

     Aku memandang jam besar yang terletak dihujung taman.Baru pukul 4 petang.Masih awal setengah jam dari masa yang dijanjikan.Aku menghembus nafas perlahan bersama asap rokok yang aku hisap...Terasa sedikit kelegaan...Aku memerhati ke seberang jalan.Kelihatan beberapa awek sedang berjalan beriringan.Selamat lah korang petang ni mod aku tak berapa nak baik,getus hati ku...Kalau tak dah lama aku ayat.Bukan bersungguh-sungguh,sekadar mengisi masa lapang.Tapi kalau sangkut aku tak lepaskan.Biasa lah,rezeki yang datang jangan ditolak.Aku tersenyum sumbing..

     Sedang aku asyik menikmati keindahan yang lalu-lalang dihadapan ku,Aku tiba-tiba tersentak bila terdengar suara serak-serak basah menegur ku dari arah belakang.Aku kenal sangat dengan tuan punya suara tu.Kenapa dia datang dari arah belakang?Cis..Sudah pasti dia terlihat telatah aku sebentar tadi.Jatuh lah saham aku kalau begitu...Bisik hati ku.Namun aku telah sediakan beberapa jawapan kecemasan andainya aku diserang bertubi-tubi dengan soalan cemburu seorang wanita.

"Dah lama tunggu..?"Sapanya perlahan.

"Tak lah,baru je.Cepat U sampai,jalan tak jem ke..?"Soal aku semula.

"Nak jem apanya,kan I jalan kaki je dari rumah.Dah rumah I kat hujung taman tu,bukan U tak tahu.Yang U tanya soalan bodoh ni kenapa?Kan U yang beriya-iya sangat nak jumpa I Kat sini.Kata U biar I senang,tak payah keluar jauh-jauh.."Balas Sharmila,seorang gadis yang tak berapa nak lembut.Tapi tak lah keras sangat.Ibarat kerak nasi,kena air lembut lah..Aku dah lama kenal dengan Sharmila,semenjak 7 tahun yang lalu.Masa tu aku masih bekerja sebagai budak penghantar di Bandar C.Sementara Sharmila pula bekerja sebagai kerani di pejabat yang sama.Kami berkawan macam biasa walaupun sering keluar malam bersama,tengok wayang bersama,naik motor bersama,makan bersama,rumah je lain-lain.Tidak ada perasan cinta diantara kami berdua.Sayang tu adalah sikit.Cemburu...Itu biasa lah..Ampeh...

"I bukan apa Shar,I takut apa yang U kendong tu tercicir kalau U keluar jauh-jauh.Maklumlah benda tu baru nak lekat..."

"Merepek lah U ni...Belum pernah dalam sejarah manusia benda ni jatuh tercicir.."Rungut Sharmila dengan nada keras bercampur jelingan tajam.Korang jangan salah faham,Sharmila bukan mengendong buku atau pun buah tangan untuk aku.Sebenarnya Sharmila tengah mengandung.Yang menjadi masaalah sekarang ini,Sharmila mengandung sebelum bernikah.Tapi bukan aku yang punya angkara...

"Boleh tak jangan buat lawak bodoh tu...I tengah risau ni.."Sambung Sharmila lagi bila aku hanya tersenyum kambing memandang kearahnya.Memang tak patut aku berkata begitu disaat Sharmila berkeadaan begini.

"Ok..I minta maaf,I tak akan keluarkan soalan bodoh lagi.So apa keputusan yang U dah buat..?U dah fikir masak-masakkan...?"Balas aku dengan harapan hati Sharmila kembali sejuk.Namun aku terkedu,sebaik Sharmila memalingkan mukanya kehadapan,aku melihat ada manik-manik jernih mengalir perlahan dari matanya.Selama aku mengenali Sharmila,ini kali kedua Sharmila mengalirkan air mata.Kebiasaannya Sharmila sangat tabah dengan kenakalannya yang kadang-kadang mengalahkan orang lelaki.Nampaknya aku mesti berhati-hati bila mengeluarkan kata-kata,silap-silap nanti aku pulak yang terperangkap....Manalah tahu Sharmila cuba memancing aku dengan air matanya...

"Dah puas I fikir Rom...Namun I tak pasti jalan yang mana harus I ikut..Semuanya jalan buntu.I betul-betul takut ni Rom,Apa akan jadi kalau orang tua I kat kampung dapat tahu perkara ni.Mahu mati I dikerjakan..I betul-betul menyesal Rom,kalau I ikut nasihat U dulu,pasti benda macam ini tak berlaku..."Tiba-tiba hidung aku terasa kembang.Rupanya Sharmila masih menganggap aku seorang yang boleh diharap untuk melindunginya.Aku masih ingat pada hari pertama Sharmila mendapat kerja baru di Pejabat M,aku menawarkan diri untuk menghantar dan menjemput Sharmila dari pejabat barunya,memandangkan pejabat itu jauh dan Sharmila tidak mempunyai kenderaan sendiri.Namun Sharmila menolak dengan alasan tidak mahu menyusahkan aku,kerana pejabat barunya jauh dari tempat kerja aku.Katanya dia telah dewasa dan harus berdikari.Aku tak boleh nak kata apa kalau dah itu kemahuan Sharmila.Aku akur walaupun aku bimbangkan keselamatan Sharmila yang terpaksa pulang lewat malam menggunakan teksi.Aku hanya dapat berdoa agar Sharmila sentiasa dilindungi setiap masa.

"Rom...Maaf kan I,kalau I ikut nasihat U dulu,tentu perkara sebegini tak berlaku.I menyesal sangat Rom..."Aku perlu menenangkan Sharmila.Disini aku harus memainkan peranan sebagai orang yang paling diharapkan oleh Sharmila.

"Sudah lah Shar...U jangan ingatkan semua tu lagi.Yang sudah berlaku biarlah berlalu.Tidak akan dapat diundur walaupun sesaat..Yang penting sekarang masa depan U dengan baby yang U kandung tu.."Rasanya inilah kata-kata aku yang paling bernas senjak dari tadi.

"Itu I tahu Rom...Semakin I ingat,semakin merana jiwa I jadinya..Kini cuma U tempat I bergantung harap Rom...."Balas Sharmila sambil mengesat air matanya.

     Kini jantung aku pula yang berdegup kencang.Perkataan bergantung harap yang keluar dari mulut Sharmila seakan-akan mahu memerangkap aku.Aku kuatkan semangat.Aku andaikan itu cuma kata-kata sepontan yang keluar dari mulut Sharmila.

Pon...Pon...Pon....

"Roti...Roti...Kaya ada,krim ada,kelapa ada....Abang mahu roti ka..?Beli satu abang..kakak kasi belanja..."

Perbualan kami terhenti.Bangla roti ni pulak buat iklan murahan.

"Dah...Blah,blah...Tak mahu aku roti engkau.Aku kalau nak makan roti dekat rumah kena ada air kopi.Kat taman bunga ni apa yang ada...Air longkang adalah.."Rungut aku pada bangla roti.

"Aloo abang jangan marah,ini kakak banyak manis,abang banyak untung...He he...."

"Cis..Banyak cakap pulak dia..Engkau nak jual roti ke jual minyak urat..?"Hampeh punya bangla roti,sempat juga dia jeling-jeling kat Sharmila.Entah kenapa  aku begitu hangin dengan bangla roti sorang ni.Mungkin kerana...Ahh..Baru aku teringat..Kira-kira 3 bulan yang lalu Sharmila ada berjumpa dengan aku pada satu malam.Malam itu suara Sharmila terketar-ketar.Sharmila memberitahu aku bahawa beliau telah hilang kegadisannya sewaktu balik dari kerja.Aku ketawa terbahak-bahak ketika itu.Bagi aku lawak Sharmila pada malam itu begitu ganas..Namun Sharmila bersungguh-sungguh mengatakan bahawa ianya benar dan bukan lawak bodoh.Lalu aku terdiam.Aku minta Sharmila menceritakan satu persatu apa yang telah berlaku.Dengan sura teresak-esak Sharmila memberitahu bahawa dia telah diperkosa dibelakang pondok menunggu bas ketika ingin pulang dari kerja 2 malam yang lepas.Katanya pada masa itu dia bersaorangan kira-kira pukul 9 malam.Tiba-tiba datang seorang lelaki berdiri agak rapat dengan Sharmila.Sharmila tak endahkan lelaki itu.Matanya hanya tertumpu pada arah bas atau teksi yang akan datang sebentar lagi.Kemudian secara mendadak,Menurut Sharmila lelaki itu menolaknya sehingga terjatuh dan tergolek dibelakang tempat menunggu bas tersebut.Perkara itu berlaku dalam sekelip mata.Disebabkan panik,Sharmila cuba meronta.Namun semakin kuat dia meronta semakin rakus lelaki itu menggomolnya.Kemudian mungkin bengang dengan rontaan Sharmila,lelaki itu melepaskan satu tumbukan padu kemuka Sharmila.Dan selepas itu Sharmila tidak ingat lagi apa yang berlaku.Mungkin pengsan.Menurut Sharmila lagi,sedar sahaja dia telah berada dihospital K,dan doktor mengesahkan bahawa dia telah diperkosa.Ketika itu aku seperti orang bodoh hanya mendengar kata-kata Sharmila.Setelah agak lama aku dapat menerima kenyataan itu.Lalu aku bertanya pada Sharmila sama ada dia kenal lelaki yang memperkosanya itu.Menurut Sharmila dia tidak mengenali lelaki itu tetapi kalau dilihat dari segi pakaian,berkain pelikat dan berbaju kemeja lengan panjang,Sharmila yakin lelaki itu Mat Bangla.

     Tiba-tiba lamunan aku terhenti....

"Ya...Mat Bangla....Bangla...Bangla roti...Patutlah aku hangin sungguh bila terpandang muka Bangla roti tadi....Ampehh.."

"Sudah lah tu...U nak bersembang dengan Bangla roti ke atau dengan I.Kalau macam ni bila nak selesai masaalah I.."Sharmila bersuara lantas memadamkan ingatan aku pada si Bangla durjana...

Aku tersentak,lalu tergolek dari bangku simen.Aduh,sakit sungguh punggung aku.

"Kenapa Shar..?Kenapa main sergah2 jew ni...Lain kali bagilah salam ke,apa ke..."

Balas Sharmila bengang,

"Amboi amboi amboi.....Dah tiga kali kali I bagi salam,tapi U asyik sebut nama bangla roti...Apa kes ni..? Dah buang tabiat ke apa..?"

Aku tersipu2...Baru aku sedar rupanya aku bermimpi hingga terjatuh dari bangku tempat aku bersandar.Ermmmm...Pelik betul mimpi aku tadi...Sharmila mengandung anak luar nikah..he he..kemudian aku tersengeh sambil memandang kearah Sharmila yang masam mencuka.Tak dapat aku bayangkan kalau perkara ini betul2 terjadi..hai,,beruntung la enko mat bangla...Aku masih tersengeh...

"Yang U sengeh2 pe hal..?Ini last warning untuk U,,Kalau U buat sekali lagi benda macam ni,,I bersumpah,I akan tinggalkan U tanpa belas kasihan...Ingat..!!"

Tiba2 Sharmila memecahkan keheningan...

"Ok ok,,lain kali I tak buat dah,,,I janji,I tak akan tidur lagi dihalayak ramai sampai mengigau...Percaya kat I ya..."

Balas aku perlahan cuba memujuk Sharmila..

"Suka hati U lah,,Janji ke apa ke...Sekali lagi U buat,,,siappppp....Dah lah..I tak ada mod..U dah rosakkan semuanya...Mod I dah hilang entah kemana..I nak balik..Kensel date kita hari ni....Muktamad.."

Hadoi...kesitu pulak perginya minah ni....

"Shar...Tolong Shar...Jangan lah macam tu,,,Shar baik kan,kan,kan..."

"Maaf...Petang ni I jahat....Tak berapa nak baik...I nak blah...Selamat jalan romeo.....U pun boleh blah....."

Sharmila terus meninggalkan aku yang masih terpingga2...Apa lah punya nasib.....Melepas aku petang ni..kalau tak dah pasti perut aku kenyang...heh heh heh...aku masih mampu tersengeh....

"Hampeh punya bangla roti....Kerana engkau lah aku kempunan petang ni..."

Wednesday, August 28, 2013

PISANG GORENG DAN BULU KAKI




Sedang aku asyik mengunyah pisang goreng panas,tiba2 ingatan pada satu kisah sewaktu aku masih kanak2 datang melayang dalam fikiran aku.Memang kisahnya ada kaitan dengan pisang goreng juga.Aku tersengih sendirian.Apa ke jadah aku teringat pada kisah tu,aku pun tak tahu.Dah berpuluh tahun.Tiba2 pula muncul difikiran.

Suatu pagi kira2 35 tahun yang lalu aku bangun awal pagi walaupun masih belum bersekolah.Tanpa membasuh muka apa lagi menggosok gigi aku duduk bersila bersama abang dan kakak aku untuk bersarapan.Mereka bersarapan sebelum kesekolah.Aku bersarapan kerana dah terjaga dari tidur.Sarapan pada pagi itu ialah pisang goreng.Sambil mengunyah pisang goreng aku memerhatikan gelagat abang aku.Apa yang aku pelik sebaik sahaja abang aku habis memakan seketul pisang goreng cepat2 dia menyapukan tangannya yang masih berminyak kebahagian betisnya kiri dan kanan.Lalu diusapnya keatas dan kebawah berulang kali.

Yang membuatkan aku bertambah pelik hanya bila bersarapan dengan pisang goreng,keladi goreng,cempedak goreng ,lempeng dan cekodok goreng sahaja abang aku akan mengusap kedua betisnya dengan minyak goreng yang melekat ditangannya.kalau makan nasi goreng atau nasi lemak tak pulak abang aku mengusap betisnya.

Suatu hari timbul niat dihati untuk bertanya.Setelah diperli dua tiga kali barulah aku mendapat jawapannya walaupun jawapannya pada masa itu tidak dapat diterima akal aku yang masih mentah.Abang aku jawab dengan ringkas je,"ni nak lebatkan bulu kaki..."Adoi apa nama jawapan la ni...Apa kejadahnya semua tu aku pun tak faham.Lantak dia lah apa dia nak buat.

Hinggalah aku meningkat remaja dan bersekolah di sekolah menengah barulah aku faham apa yang abang aku maksudkan.Patut lah beriya2 nak melebatkan bulu kaki sebab masa zaman abang aku disekolah menengah dia hanya memakai seluar pendek.Masing2 tunjuk betis,lebih2 lagi kat budak pompuan.Aku rasa masa tu kalau betis boleng tak berbulu pasti kena kutuk habis-habisan punyalah.Sesapa yang betis berbulu lebat tu kira jantan sangat la masa tu.Hampeh tul....

Apa lah punya bebal,kenapa tak celup je minyak masak dalam kuali kat atas dapur?Kan senang.Tak payah nak tunggu makan pisang goreng.Lumurkan kat betis sampai meleleh tiap2 hari..Aku gerenti kena selak bulu kaki baru nampak betis...Keh keh keh...

Mana diorang dapat petua ni pun aku tak tahu.Entah nenek kebayan mana yang diorang menuntut.Apa yang aku pasti masa dulu2 mak aku gunakan minyak kelapa tuk menggoreng.Bukan minyak sawit.Minyak sawit belum muncul masa tu.Dan minyak kelapa juga digunakan sebagai minyak rambut bertujuan untuk melabat dan menghitamkan rambut.Rasa2 diorang dapat idea dari petua tu agaknya...Lantak korang lah,,tak sanggup aku nak buat,,Mahu bersemut dan dihurung lalat kaki aku nanti.

Ada baik aku teruskan melantak pisang goreng...


Tuesday, August 27, 2013

MAT KILAU PAHLAWAN PAHANG

Setiap kali bila hampir kita menyambut hari kemerdekaan pada setiap tahun kenangan ini akan timbul kembali dalam minda aku.
Masih aku ingat kira-kira 5 tahun yang lalu aku ada menemani seorang penulis buku novel sejarah tanahair ke Negeri Pahang untuk menjejaki salah seorang pejuang terkenal tanahair kita suatu masa dahulu.Semangat aku begitu berkobar2,apatah lagi ia akan dibukukan dalam bentuk novel dan aku diberi peluang untuk melukis gambar2 didalam novel tersebut.Kami menjejaki kesemua tempat yang ada kaitan dengan tokoh terkemuka ini.Dari kampung kelahiran hingga ke kawasan gua batu,menziarah kawasan perkuburan dan melawat masjid lama serta berjumpa dengan pewaris tokoh tersebut.

Setelah semua maklumat diperolehi dan kebenaran untuk menulis kisah perjuangan tokoh ini diminta dari pewarisnya,kami pun pulang semula dengan semangat berkobar2 untuk menyiapkan tugasan yang bakal dibuat.Aku tak sabar2 untuk melukis potret tokoh tersebut.Bagi aku ini satu penghargaan buat aku yang baru berjinak2 dalam bidang penghasilan gambar untuk novel.Lebih2 lagi syarikat penerbitan novel itu adalah salah satu syarikat yang begitu popular dewasa ini.Persetujuan telah diperolehi dan aku diminta untuk melukis kira2 6 keping gambar untuk novel tersebut.Dalam hati aku bukan bayaran yang aku idam2kan tetapi keseronokan meneroka bidang baru yang tak pernah aku mimpikan.

Seperti biasa aku akan melakar berdasarkan potret2 asal atau pun dari gambar yang aku ambil.Namun dalam kesibukan aku melakar wajah tokoh tersebut,terlintas dihati aku untuk memperincikan sedikit potret tokoh tersebut tanpa menjejaskan wajah asalnya.Maksud aku,aku akan tambahkan pakaian pada tokoh tersebut memandangkan pada potret asal tokoh tersebut tidak memakai baju hanya berkain pelikat lusuh.Idea ini terlintas apabila aku merujuk pada tokoh2 negara asing yang dilukis dengan terperinci beserta pakaian laksana seorang pahlawan yang digeruni.Ia akan memperlihatkan semangat keperjuangan tokoh tersebut disamping keterujaan bagi yang melihat potret tersebut.Aku melihat semua tokoh2 asing yang terdapat didalam buku rujukan aku,tidak ada satu pun potret tokoh2 tersebut yang tidak berpakaian malahan memakai pakaian yang cantik2 walaupun pada firasat aku tokoh tersebut tidak menggunakan baju itu dan mungkin tidak pernah melihatnya.Seperti pelukis seperti aku,,mereka akan cuba untuk menaikan aura setiap lukisan yang dihasilkan tanpa menjejaskan wajah asal potret tersebut.


Setelah berpuas hati dengan lakaran yang aku hasilkan,aku pun mula melukis menggunakan warna air.Setelah siap aku amat berpuas hati dengan hasilnya,juga bagi penulis novel tersebut,beliau juga teruja dan amat berpuas hati.Kami tak sabar menantikan novel ini akan dikeluarkan.

Akhirnya novel yang ditunggu2 pun diterbitkan.Aku bertambah teruja,namun keterujaan aku terus hilang.Habis semua mukasurat novel tersebut aku selak satu persatu,namun tiada satu pun lukisan yang aku hasilkan ada didalam novel tersebut.Aku kecewa.Begitu juga dengan penulis novel tersebut.Beliau sendiri tidak tahu kenapa harus terjadi begini setelah kami bertungkus lumus menyiapkannya mengikut jadual.

Berbagai persoalan timbul diminda aku.Adakah lukisan aku tidak mengikut syarat yang diminta.Atau adakah keterlanjuran aku mengubah potret asal tokoh tersebut menjadi puncanya.Aku pun tak tahu sampai sekarang.Namun aku pasrah,aku hanya seorang pelukis bebas yang tak punya apa2 kuasa untuk mempersoalkan gaya penerbitan novel tersebut.Mungkin mereka memutuskan untuk tidak meletakkan gambar dinovel tersebut untuk mengurangkan kos penerbitan....

Walau apa pun,aku berbangga dengan potret Mat Kilau yang aku hasilkan,bagi aku inilah wajah sebenar beliau disaat kegemilangannya suatu masa dahulu.Segak bergaya pahlawan terbilang memperjuangkan bangsa agama dan negara dari penjajah.Aku tak mahu tokoh tersohor ini diperlekeh2kan oleh orang asing apabila mereka melihat potretnya berkain pelikat lusuh tanpa baju.

#Penulis novel tersebut tinggal sekampung dengan aku.Beliau adalah En Abdul Latip Talib.Salah seorang penulis novel sejarah islam terkenal dewasa ini.Terima kasih Pak Latip kerana mengizinkan saya melukis dalam novel2 tulisan Pak latip yang terdahulu.Terima kasih juga kerana turut sama membawa saya menjejaki Pahlawan Mat Kilau ke Pahang.