JUST ME AND ME AGAIN

Showing posts with label TAHUKAH ANDA. Show all posts
Showing posts with label TAHUKAH ANDA. Show all posts

Friday, November 21, 2014

AL KISAH,,,PELITA,MINYAK TANAH DAN TERKENCING MALAM...

Ermmm...Menung-menung ni teringat lak kisah dulu-dulu masa kecil.Masa belum sekolah sekitar tahun awal 70an.Aku teringat cerita minyak api.Atau pun nama lainnya minyak gas atau pun minyak gasolin dan juga minyak tanah.Kebiasaannya minyak api digunakan sebagai bahan bakar untuk pelita.Masa tu mana ada bekalan elektrik,jadi pelita minyak tanah adalah satu kemestian pada setiap rumah.

Masa tu minyak api ni harganya murah sangat.Semua mampu beli.Banyak juga kegunaannya selain dari menyalakan pelita.Salah satu yang aku nak cerita kat korang ni pelik sikit bunyinya.Hu hu...

Begini,dulu-dulu bilik air tak ada kat dalam rumah.Kalau ada pun kat luar rumah belakang dapur.Tu kira baik gak,kebiasaannya jauh dari rumah.Maksudnya dimana ada kawasan mata air dikawasan rendah,disitulah perigi digali.Maka dimana ada perigi disitulah didirikan bilik air.Jadi korang bayangkan kalau nak buang air tengah-tengah malam.dah lah tak ada lampu.Memang susah.Lebih-lebih lagi kalau budak perempuan.Dah tentu nak cari teman.Sebab takut punya pasal ada yang tahan kencing..last-last terkencing atas tilam...Mang haru..Bab nak meneman ni yang susah.Syok-syok tidur,kejut suruh teman adik gi kencing kat perigi...Adoi...

Jadi berbalik kepada minyak api ni,kebiasaannya selepas isyak sebelum tidur mak kita orang akan panggil anak-anaknya yang kecik.Singkap baju paras dada dan mak akan gunakan minyak api yang ambil dari pelita,lalu disapukan rata-rata pada perut kita orang.Itulah rutin kita orang setiap malam sebelum tidur.Alasan mak,agar kita orang tak terkencing malam.Jadi tak menyusahkan sesiapa.lagi satu mak kata,agar perut kita orang tak kembung masuk angin.Maklumlah,dinding kayu.Lobang sana sini.Angin sepoi-sepoi je masuk.Sejuk nak mampos..

Korang rasa logik ke minyak api ni leh wat kita tak terkencing malam?Entahlah,aku pun tak pasti..Tak ada fakta langsung..Hu hu..Tapi masa tu,tu aje jalan yang ada...Zaman sekarang tak kisah berapa kali korang nak kencing malam,tandas dalam bilik tidur.Belasah je...

Namun apa yang nak aku katakan disini,cara tu memang berkesan pada masa tu.memang kita orang tak terkencing malam.Pelik memang pelik bila difikirkan pada hari ini.Tapi pada masa tu kita orang tak rasa pelik pun.Kita anggap satu keperluan la pulak...ha ha ha...Lagi satu,nanti korang jangan sapu lak perut anak korang ngan minyak api kalau anak korang asyik terkencing malam.Bukan apa aku takut nanti habis satu rumah bau minyak api.Haru..Sebab rumah korang rumah batu..Angin tak kuar masuk macam rumah kami dulu-dulu...ok

Asalammualaikum,,jumpa lagi


Friday, September 6, 2013

SESUATU YANG KORANG LUPA TENTANG JIN WALAUPUN SETIAP HARI KORANG PAKAI JEANS.




JEANs atau pun JIN,kata orang melayu adalah sejenis seluar yang semua orang kenal tak kira usia.Semua pernah menggunakan Jin.Dari budak kecik belum pandai berjalan hinggalah atuk yang dah tak larat nak berjalan juga pakai Jin.Dari orang susah merempat sampailah ke artis terkenal,semuanya pakai Jin.Suatu masa dulu,kalau tak pakai Jin,bermakna tak rock..Heh heh..





Tak kira apa pun pekerjaan korang atau apa pun status korang,korang tetap pakai Jin.Mahal atau murah bukanlah alasan untuk tidak memakai Jin.Jin begitu selesa dipakai walau pun seharian.Dan kalau nak lebih selesa lagi basuhlah Jin tu setahun sekali,bersebatilah bau Jin dengan bau badan korang..Ha ha ha..







Ini Param,seorang penoreh getah dari Semambu Estet.Kerjanya tiap2 hari adalah menyembah pokoK getah.Pendapatannya dalam lingkungan 1500 ringgit sebulan.Beliau sanggup menghabiskan wang gajinya semata2 untuk membeli Jin.Kata Param,"Saya kalu potong susu,Jin juga ada pakai.Lain seluar tara pakai.Tara tahan.Ini Jin banyak tahan,itu susu getah kena kalu,tara rosak..Harga ada sikit mahal,tara pa...Jin punya pasal saya kasi habis 1 bulan gaji.."






Ini pula Cik Mat Palo Batu dari Pasir Mas,Kelantan.Kerjanya memetik buah kelapa.Dia juga turut memakai Jin.10 tahun dulu sewaktu gaji bulanannya lumayan kerana pokok kelapa masih banyak belum ditebang,dia mampu membeli Jin jenama terkenal.Kini didalam kegawatan ekonomi,dia masih memakai Jin,walau pun tak berjenama..






Bayangkan 6 tahun memakai seluar yang sama....Tapi tak boleh lawan yang 2 tahun pakai tak pernah basuh2...Kalau tak percaya tanya pelancung2 kelas ketiga yang bersepah kat negara kita ni.Yang kebiasaannya menunggu untuk menumpang kereta atau pun lori ditepi jalan.Paling dekat korang boleh rapat kepadanya adalah pada jarak 5 kaki..Lebih dekat pada itu,maka semputlah jantung korang..He he he..







Sehari kalau tak pakai Jin,rasa nak mati...Tu sebab ada budak sekolah yang sanggup pakai Jin hijau kesekolah kerana tak rela berpisah dengan Jin.Tapi sendiri mahu ingat lah,kalau kena memang tak dapat lari punya.Tambah2 pulak kalau guru disiplin bukan kaki Jin.Mahu berbirat lipan kat bontot.keh keh keh





Kalau waktu sekolah dah pakai Jin,bila dah habis sekolah,apa lagi,berhantu terus..Hari2 dengan Jin.Satu je pantangnya Jin ni,tak boleh bawa pergi temuduga kerja pejabat.Kalau korang pakai juga,alamat esok pagi korang kena isik borang baru untuk mohon kerja lain pulak.Kalau korang berjaya dapat pekerjaan di opis walaupun masa temuduga pakai Jin,itu mungkin kes terpencil dan yang pasti penemuduga itu rabun tak kenal mana Jin mana hantu...






Di kampung namanya Saodah,kini dah duk bandar kerja kilang.Nama pun dah tukar jadi Syasa,,Hari tak bekerja tak boleh pisahkan dengan Jin.Tidur pun dengan Jin..Jangan kawin dengan jin udah le..Ha ha ha













Kata Syasa atau pun Saodah,Jin2 lusuh yang dah luntur warnanya tidak dibuang.Sebaliknya dipotong dijadikan seluar pendek seksi.Boleh pakai kat dalam rumah sewa.Kalau pakai Jin kontot kat luar rumah nanti dikejar mat bangla pulak..









Beli sudah,pakai sudah,kini tibalah bab yang ditunggu2.Bab basuh membasuh.Sekarang mudah,picit suiz jew Jin boleh terbasuh sendiri.Tapi zaman dulu tak ada semua ni.terpaksa guna tulang 4 kerat untuk membasuh sehelai Jin.Bayangkan kalau korang terpaksa membasuh 10 helai Jin sehari,berapa banyak tulang korang perlu gunakan...keh keh keh







Bagi yang memakai Jin untuk melakukan kerja yang kasar,sudah tentulah membasuhnya pun memerlukan cara yang kasar juga.Ada yang memijak2,ada cara memukul,ada cara merendam 2 hari 2 malam,ada cara hanyutkan di sungai,ada cara merebus dan bermacam2 lagi.Namun tujuannya tetap sama.









Awas bila ingin menjemur Jin.Kalau tersalah jemur alamatnya Jin korang bertukar tuan.Kalau zaman dulu ramai yang bekerja kait kelapa,kini ramai yang bertukar menjadi tukang kait Jin di ampaian.Kalau Jin yang beharga rm200 di kait orang,mau korang menangis 7 hari 7 malam..









Di mana nak beli Jin?Mudah sahaja.Zaman sekarang  dimana2 pun ada peniaga menjual Jin.Dari semurah2 harga hingga semahal2 Jin ada dijual.Cuma kalau korang tak pakar tentang Jin,korang pasti terbeli Jin tiruan buatan Thailand atau pun Cina.Bentuk sama,warna sama,harga murah tapi kualiti tiada..Namun ramai jugak yang memakai Jin jenis itu,kerana harganya murah..Cuma otai2 Jin yang masih bertahan memakai Jin ORI...






Ini Mat Rapi,dah hampir 3 jam ia memilih Jin yang sesuai namun masih belum terjumpa.Jumpa pinggang muat,bontot pulak besar,jumpa peha fit,kaki pulak senteng..Last2 setelah 4 jam masa berlalu,mat Rapi keluar dengan sekotak seluar dalam....Bukan mudah untuk mencari saiz yang sesuai dengan kita sebab kebanyakannya bersaiz orang putih...






Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Ada hidup ada mati.Ada A ada Z.Begitu juga dengan Jin.Sekuat mana pun Jin,selasak mana pun Jin,pasti akan berakhir juga.Namun dimana ia berakhir tidak dapat dipastikan.Mungkin di atas pokok cempedak sebagai pembalut buah.Mungkin ada yang menjadi pengesat kaki.Ada juga yang menjadi umpan api atau pun penyumbat lubang air.Dan kalau tak bernasib baik,Jin usang akan digunakan sebagai langsir atau pun sebagai dinding sementara pondok melepas korang...Apa pun kegunaan Jin..Ia tetap hebat sepanjang zaman.Tiada satu pun yang dapat menandingi Jin atau pun Jeans,kata Mat saleh

#Terima kasih kepada kartunis Jon untuk ilustrasi


KARTUN DULU-DULU

klik gambar untuk besarkan
Kemas punya kemas aku terjumpa balik koleksi komik dan kartun lama dalam almari buruk hujung dapur rumah.Rasa2 tak kurang dalam 700 naskah kesemuanya.Ada yang sempurna ada yang dah kabur dan ada gak yang dah melekat.Aku sayang sangat dengan koleksi ni.Antaranya komik Gila-Gila,Gelihati dan Batu Api.Aku tak sanggup nak jual,apa lagi nak buang.Mem aku faham kesukaan aku,dia langsung tak kacau,tu sebab koleksi ini masih ada.Kalau tak dah lama masuk dalam api...Hua hua hua..Paling koman pun kena jual kat kedai kitar semula.

Aku mula mengumpul pada penghujung tahun 70 an.masa tu sanggup berhabis duit tuk beli komik.Tak makan kat sekolah pun tak apa.Janji dapat kumpul duit tuk beli komik.Budak lain nak raya beli mercun,aku tetap beli komik.Bila dah asyik dengan kartun,otak aku pun dah penuh dengan kartun.Pantang jumpa kertas pasti akan aku contengkan dengan watak2 kartun kesukaan aku.Buku latihan sekolah pun tak ketinggalan,turut menjadi mangsa aku.

Ni ada aku sertakan 4 keping kartun yang sempat aku scan,dari komik kartun Gelihati keluaran tahun 1980.Antara kartunis2 yang melukis dalam majalah ni pada masa tu adalah Jenal,Nazan,Yuzal,Mazlan Noor,Jon,Ben,Rajip,Zalie,Jip,Niz,Dinie dan Toto.Aku harap diorang masih sehat hendaknya.Lukisan2 mereka sempoi sahaja.Motifnya masih sama seperti kartun2 yang ada pada zaman sekarang.

Aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh bertahan menyimpan komik2 neh.nak harapkan anak2 aku,minat diorang tak sama dengan minat aku.Diorang hanya minat membaca tapi tak berminat nak menyimpan.habis baca,dah...terus melayang,tak tahu letak kat mana bila ditanya..Aku jugak yang jadi tukang kutip....
klik gambar untuk besarkan


klik gambar untuk besarkan

klik gambar untuk besarkan

Tuesday, September 3, 2013

ASAL USUL SELUAR JEANS

Kisah jeans bermula di bandar Genoa, di Itali, yang terkenal dengan corduroy kapas. Jean,sejenis kain dari Genoa (pada masa itu) sebenarnya hampir sama dengan corduroy; pelayar Genoa mula menggunakannya untuk menutup dan melindungi barang-barang mereka pada dok daripada cuaca.
Semasa Republik Genoa, seluar jeans telah dieksport oleh pelayar Genoa di seluruh Eropah. "Gen", perkataan Perancis untuk Genoa, itu boleh menjadi asal-usul perkataan "jeans". Di bandar Perancis Nimes, penenun cuba untuk mengeluarkan semula kain yang sempurna, tetapi tidak berjaya. Walau bagaimanapun, dengan eksperimen, dan melalui percubaan dan kesilapan, mereka maju lagi dan mencipta kain kepar yang dikenali sebagai denim, secara literal "de Nimes". Hanya pada akhir abad kesembilan belas barulah jeans tiba di Amerika Syarikat.

Seorang lelaki muda yang bernama Levi Strauss berhijrah pada tahun 1851 dari Jerman ke New York untuk bersama dengan abangnya, yang menguruskan sebuah kedai barangan kering. Pada tahun 1853 beliau berpindah ke San Francisco untuk menubuhkan perniagaan barang-barang kering sendiri.
Pada 1872, Jacob Davis, seorang tukang jahit yang sering membeli rivet kain daripada Levi Strauss & Co sebuah syarikat pemborong rumah, menulis kepada Levi meminta untuk bekerjasama dengan beliau untuk mempeten dan menjual pakaian diperkukuhkan dengan rivet. Idea Davis adalah untuk menggunakan rivet tembaga untuk mengukuhkan sudut-sudut poket dan di bahagian bawah butang. Selepas Levi menerima tawaran Davis, kedua-dua lelaki tersebut membuat dan mempetenkan seluar jeans jenama mereka di Amerika Syarikat pada 20 Mei 1873.Ia begitu popular dikalangan pelombong2.Kerana sifat seluar itu yang tahan lasak.

Denim yang digunakan telah dihasilkan oleh pengeluar tekstil Amerika, tetapi legenda menyatakan seluar denim yang asal telah diperolehi dari Nimes, Perancis.